CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Atikah Suhaime Pernah Dilabel Sombong Oleh Bapa Mentua – ‘Dia Ada Satu Aura’

2-4-2024 08:01 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 20481| Komen: 72


Pelakon Datin Atikah Suhaime berkongsi momen pertama kali berjumpa dengan bapa mentuanya, Datuk Seri Mohd Kamal Eusuff Teh.

Menerusi temu bual bersama Nona, Atikah pernah dilabel sombong oleh bapa mentuanya gara-gara tidak bertegur sapa ketika dia dan suami masih bercinta.



Menurutnya, aura yang dimiliki bapa mentuanya itu membuatkan dirinya berasa segan dan takut untuk menegur.

"Pertama kali saya jumpa bapa mentua dia ada satu aura. Aura ni perkara yang tak boleh dibuat-buat. Sesetengah orang dia memilikinya contoh macam Datuk Seri Siti Nurhaliza ada aura tersendiri."

"Macam bapa mentua saya kita tahu mana-mana dia pergi orang akan takut dengan dia sebab dia bos. Saya sangat segan pertama kali jumpa bapa mentua saya.


"Saya tak tegur dan lepas itu bapa mentua saya mengadu pada suami saya waktu kami masih bercinta. Dia cakap ‘eh you punya girlfriend banyak sombong kenapa dia tak nak tegur saya?’."

"Kita kan kalau segan akan jadi macam tunduk dan segan. Dia kata saya sombong ‘kenapa dia ada masalah dengan saya ke?’ dia tanya suami saya.

"Lepas tu suami saya (ketika itu teman lelaki) dia beritahu yang bapa mentua ingat saya sombong. Saya tak bermaksud untuk sombong pun sebenarnya saya segan."

Namun selepas berkenalan, dia menyifatkan perangai bapa mentuanya sama seperti suaminya, Datuk Lokman Teh iaitu memiliki perwatakan yang sangat baik dan kelakar.

"Rupa-rupanya saya dapat tahu dia nak kita tegur jadi saya pun tegur. Saya panggil Datuk Seri tapi dia lebih selesa bila saya panggil Uncle pada masa itu.

"Saya rasa dia rendah diri dan rupanya dia seorang yang melawak sama perangai macam suami saya. Sebijik sangat."



Malah, Atikah juga sangat kagum dengan kedua ibu bapa mentuanya yang sangat merendah diri tidak kira status dan pangkat mereka.

"Daripada situ saya rasa okay dan lebih rapat dengan bapa mentua dan ibu mentua saya. Kami macam best friend dan selalu berborak bersama. Ibu mentua saya Datin Seri tapi dia seorang yang sangat ringan tulang. Bila datang ke pejabat, dia akan buat kerja dan bantu perniagaan sekali.

"Mereka berdua sangat rendah diri walaupun mereka jutawan. Saya tertanya-tanya kenapa ada orang baru dapat sikit terus sombong. Saya nak jadi seperti mereka. Mereka ajar saya banyak benda untuk sentiasa rendah diri dan berkawan dengan semua orang."

Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan Pegawai Eksekutif Zaitun, Lokman Teh pada 21 Januari lalu.

Sumber: Nona/OhBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lalasahaja 2-4-2024 06:34 AM
Edited by lalasahaja at 2-4-2024 12:15 PM

untung dia ni walaupun scandal dulu2 yang agak hangat, still boleh menang hati family

mertua pon menerima masa silam dahulu...

semoga tikah terus baik dgn keluarga.. bukan senang nak masuk family jutawan.. nak tak nak ramai wanita idamkan itu
Quote Mimo.mimo 2-4-2024 07:17 AM
Muka lokman dengan mustakim copy paste apaknya bethol
Quote ReginaGeorge 2-4-2024 07:18 AM
Memang la segan. Bulan setakat segan tp malu. Yelah bukan senang dapat menantu ada threesome evidence caught in act.
Quote jlo 2-4-2024 07:24 AM
mg 1st impression kita jadi serba tak kene kan
Quote wadiunong 2-4-2024 07:47 AM
acik2 forum ni tak sudah2 nak ungkit sejarah silam retis2 yg dah bertemu jodoh. takleh terima hakikat ke yg retis2 ada sejarah hitam ni dapat jodoh anak orka?
Quote sweetfasha 2-4-2024 07:52 AM
suka tengok video dia masak. cekap dia kat dapur.. hopefully dia sentiasa humble
Quote MatDeghem 2-4-2024 08:02 AM
wadiunong replied at 2-4-2024 07:47 AM
acik2 forum ni tak sudah2 nak ungkit sejarah silam retis2 yg dah bertemu jodoh. takleh terima hakika ...

Dalam baik dan di puji,di sebut juga kesah itam itu. Kan
Quote wadiunong 2-4-2024 08:18 AM
MatDeghem replied at 2-4-2024 08:02 AM
Dalam baik dan di puji,di sebut juga kesah itam itu. Kan

kannn. dah family in law terima & welcome to their family apalah kita ni siapa je org luar yg takat level netizen aje
Quote jelitayu 2-4-2024 09:24 AM
Orang tu dah elok2 menikah, tak menyondol sana sini, hormat family in laws semua tak berlagak besar kepala jadi menantu jutawan, jangan lah di hina2 dengan dosa2 silam dia (kalau ada/kalau betul). Jangan lah menghina org mcm diri sendiri 100% confirm masuk surga direct tanpa konar2 ke jahannam....takut dia dulu yg sampai ke surga sebelum kamu....
Quote AbukRokok 2-4-2024 09:36 AM
sbb bapa mentua kaya...aura org tua kaya
lainla  org tua biasa2/miskin langgsung xde aura
Quote Suchi 2-4-2024 09:40 AM
Edited by Suchi at 2-4-2024 09:41 AM
lalasahaja replied at 2-4-2024 06:34 AM
untung dia ni walaupun scandal dulu2 yang agak hangat, still boleh menang hati family

mertua pon me ...


Dia ni jd diri sendiri je
Caption dia selamba je akui laki dia mmg kaya dan dia mmg tak kaya
Mcm masa besday laki dia, selamba dia tong2 ngn kawan2 laki dia belanja laki dia mkn sbb dia takda duit byk kalau nk kuar banjer sorang2 hahah
Takda nak belagak acah2 mcm ko pun org kaya pastu konon kawen ngn org kaya gak
Quote kucingitam 2-4-2024 09:55 AM
suka tgk dia masak2..yg baru ni masak western..muka tak bersalah je ngaku resipi sendiri..padahal...
Quote prettyuglybabe 2-4-2024 10:00 AM
MatDeghem replied at 2-4-2024 08:02 AM
Dalam baik dan di puji,di sebut juga kesah itam itu. Kan

abis acik zarina tu dah kawin beranak pinak pun korang dok ungkit hutan simpan dia tu tak apa pulak..

Quote dua_chzy 2-4-2024 10:02 AM
Ngade bapak mentua gini.
Quote dua_chzy 2-4-2024 10:04 AM
wadiunong replied at 1-4-2024 11:47 PM
acik2 forum ni tak sudah2 nak ungkit sejarah silam retis2 yg dah bertemu jodoh. takleh terima hakika ...

Setuju. Jeles barangkali. Tak faham aku sampai ke sudah nak ungkit 3some bagai. Macam la korang masa kapel seblom nikoh dulu suci sangat takda sentuh2 jantan (iye aku tau level comolot ka dahi ka, dengan threesome tak sama). Silap2 hado yang berzina dolu baru menikoh.
Quote Cyempaka 2-4-2024 10:06 AM
kucingitam replied at 2-4-2024 09:55 AM
suka tgk dia masak2..yg baru ni masak western..muka tak bersalah je ngaku resipi sendiri..padahal...

pastu ada video baru dia kantoi dgn xtau kakak ke adik ipar dia. pastu pompuan tu asyik perli je kat meja makan. dah la turun makan je x tolong masak. cakap banyak pulak. smp berubah muka tikah. kesian pulak aku tgk. dia gurau je kot. kalo betul2 nak tipu xkan dia nak buat video tepek tiktok.
nasib baik mak mentua dia dok bekap dia

Quote mamajawie 2-4-2024 10:10 AM
pekat betul dorang sanjung budaya tu..nenek i baba nyonya pun kitorang takde la sambut cny gantung tulisan sume..
Quote AreYou.69 2-4-2024 10:33 AM
Erm..atika ni ank yatim ke?

Non stop semua cite psl side lokman je..fmly Tika tu mesti semekin sbb tu asik focus kt side cina ni je..btw zAiton tu sapa?hahaa
Quote ctkusiam 2-4-2024 10:56 AM
mak mertua cina jg ke? sama muka mcm pak mertuanyer.. comel betul Atika pandai bawa diri dlm keluarga mentua..  jgn kena buli dah lah ehihi

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.064453 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top