CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peilk Tapi Benar, Mas Kahwin Bertukar Jadi Daun

2-4-2024 05:52 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12151| Komen: 18

Description: JAKARTA – Seorang wanita dari Bima, wilayah Nusa Tenggara Barat terkejut apabila mendapati beg mengandungi ‘mas kahwin’ yang diserahkan kepadanya sebenarnya hanya daun kering, lapor laman berita De ...


JAKARTA – Seorang wanita dari Bima, wilayah Nusa Tenggara Barat terkejut apabila mendapati beg mengandungi ‘mas kahwin’ yang diserahkan kepadanya sebenarnya hanya daun kering, lapor laman berita Detik.

Rosdiana, 38, sebelum itu dilamar oleh lelaki bernama Syamsurizal, 60, pada Jumaat lalu.

Janda anak tiga itu pada asalnya enggan menerima lamaran Syamsurizal disebabkan faktor umur lelaki tersebut yang agak berusia, namun dia akur selepas diyakini oleh seorang sahabatnya.

“Syamsurizal melamar Rosdiana dengan membawa mas kahwin sebanyak 1.7 bilion rupiah (RM505,271). Niat baik itu diterima oleh Rosdiana dan keluarganya.

“Setelah bersetuju, Syamsurizal meminta agar beg yang mengandungi wang mas kahwin tersebut tidak dibuka sebelum Rosdiana sah menjadi isterinya,” kata pegawai Ketua Kampung Ragi, M Nur.

Tambahnya lagi, lelaki tersebut juga sempat menunjukkan wang sebanyak 100,000 rupiah (RM29.72) di dalam kotak itu bagi meyakinkan Rosdiana.


“Ramai saksi yang melihat wang itu adalah asli. Namun, kami diminta untuk tidak membuka semuanya sebelum saya sah menjadi Syamsurizal,” kata Rosdiana.

Ujar Rosdiana, disebabkan berasa aneh, dia dan keluarganya akhirnya membuka kotak wang tersebut sebelum pernikahan mereka yang dirancang selepas Aidilfitri nanti.

Namun, mereka terkejut apabila mendapati kotak tersebut hanya berisi daun kering.

Sehingga kini, tiada maklumat lanjut mengenai tindakan seterusnya yang diambil oleh pihak Rosdiana. – AGENSI 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 2-4-2024 06:11 AM
Toklaki buat loan dengan hantu ka?
Quote ulamalu 2-4-2024 06:17 AM
Kena scam ke.  Nasib baik buka beg sebelum jadi isteri.
Quote zarulnazmi 2-4-2024 07:56 AM
bakal somi jangan nak beri alasan di sihir
Quote BoongaKertas 2-4-2024 08:42 AM
smpt lah sis nak tarik diri. nikah dijadualkan lps raya kan.
Quote Kitty_catz 2-4-2024 08:49 AM
ingatkan pelebur pelebur ketum mental je kena scam
Quote lightheaded67 2-4-2024 09:14 AM
entah. so terus kan majlis kawen kah
Quote supernaturalee 2-4-2024 09:39 AM
aku dah agak dahhhhhhhhhhh

first word artikel - JAKARTA

Quote hokeypokey 3-4-2024 02:08 AM
kawen ngan bunian ke kawen ngan penipu??? aneh2 jer
Quote hokeypokey 3-4-2024 02:08 AM
double post
Quote airfilterkotor 3-4-2024 05:23 AM
Sebab tu dia suh buka kotak selepas nikah.
Quote areyam 3-4-2024 09:42 AM
langgar pantang... klu tak nnt jadi duit betul... kaya oooo
Quote Belibis 3-4-2024 11:54 AM
Ni helah nak kawin free jer.seb baik kantoi awal.
Quote B40tastePosh 3-4-2024 11:59 AM
Langgar perjanjian la tu, tak boleh la kawen,duit tak cukup masak lagi dah buka.
Quote B40tastePosh 3-4-2024 12:00 PM
Mungkin modus operandi Kepala Desa nak bikin Obyek Wisata Horror di desa terpuruk nye
Quote rumahbiru 3-4-2024 12:05 PM
“Ramai saksi yang melihat wang itu adalah asli. Namun, kami diminta untuk tidak membuka semuanya sebelum saya sah menjadi Syamsurizal,” kata Rosdiana.

ni nikah ke operate tino jadi jate?  sebelum saya sah jadi syamsurizal
Quote Mimo.mimo 3-4-2024 12:14 PM
Kayo. Taksempat jadi billionaire.
Quote grouper 3-4-2024 01:20 PM
Ilmu mcm ni mmg ada. Ada tu isi minyak moto pakai air je x yah top up2 dah. Syaratnya jgn buka tangki tu dah.
Quote jfq 3-4-2024 01:22 PM
Nasib baik belum nikah.
Kalau tak, untung atuk dpt kawin free

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.068121 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top