CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PM Lulus Semua Permohonan Pembangunan Perlis

2-4-2024 05:57 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11363| Komen: 1

Description: PADANG BESAR – Kerajaan negeri berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meluluskan kesemua permohonan peruntukan pembangunan yang dimohon.



PADANG BESAR – Kerajaan negeri berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meluluskan kesemua permohonan peruntukan pembangunan yang dimohon.

Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli berkata, pihaknya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Anwar kerana secara dasarnya meluluskan peruntukan projek pembangunan negeri bernilai ratusan juta ringgit.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana meluluskan semua permohonan pembangunan negeri walaupun hanya separuh hari sahaja berada di Perlis.

“Semua projek yang dimohon yang mempunyai nilai besar akan dibawa ke mesyuarat Kabinet pada Rabu ini melibatkan jumlah ratusan juta ringgit,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat maghrib bersama Anwar di Masjid Nurul Huda di Felda Chuping, di sini hari ini.

Terdahulu pada sebelah petangnya, Anwar dalam lawatan kerja ke negeri ini untuk hadir mendengar taklimat pembangunan negeri di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis di Kangar.


Beliau kemudiannya meluangkan kira-kira 20 minit menyantuni peniaga dan pengunjung Bazar Ramadan Persiaran Wawasan sebelum menghadiri Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Negeri Perlis di Felda Chuping.

Menurut Mohd. Shukri, antara butiran dibincangkan dan akan diangkat ke mesyuarat kabinet adalah peruntukan mesin pengimbas di Pelabuhan Darat Perlis (PIP) bernilai RM40 juta.

“Selain itu, permohonan kerajaan negeri untuk projek pembangunan adalah pembinaan jambatan Sungai Baru selain tambahan kepada projek pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian bernilai RM14 juta.

“Selain itu, Perdana Menteri juga meluluskan tambahan peruntukan mengurus bernilai kira-kira RM100 juta dan kita mengharapkan ianya diluluskan di peringkat mesyuarat Kabinet,” katanya. '

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 2-4-2024 06:08 AM
Felda chuping ini ketika plant sugarcane ada sikit sikit seperti farming state  but version panas litlit...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.041268 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top