CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mercun Meletup Di Dataran Jam Besar Angkara Penjaja Tepi Jalan

9-4-2024 05:03 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11025| Komen: 27

Description: SUNGAI PETANI – Letupan bunga api dan mercun di Dataran Jam Besar, di sini pada awal pagi tadi dipercayai berpunca daripada penjaja yang membakar bunga api di tepi jalan di situ.



SUNGAI PETANI – Letupan bunga api dan mercun di Dataran Jam Besar, di sini pada awal pagi tadi dipercayai berpunca daripada penjaja yang membakar bunga api di tepi jalan di situ.

Menurut saksi yang enggan dikenali, kejadian kira-kira pukul 4.48 pagi itu berlaku ketika kebanyakan peniaga di khemah perniagaan Bazar Aidilfitri sedang mengemas untuk menutup perniagaan masing-masing.

Katanya, beberapa anak muda yang dipercayai penjaja bunga api dan mercun membakar bahan tersebut untuk berseronok.

“Namun bekas bunga api yang dibakar itu dikatakan terbalik menyebabkan letupan jadi tidak terkawal sehingga percikannya membakar sejumlah bunga api dan mercun lain yang dipamerkan di atas meja jualan penjaja terbabit,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, dia yang berniaga di bazar di situ bersama beberapa peniaga lain terus bergegas ke lokasi untuk membantu penjaja itu selepas keadaan menjadi tidak terkawal.


“Saya dan beberapa individu bertindak membasahkan kain dan menutup bahagian meja yang mengandungi bunga api dan mercun yang terbakar itu. Kami bersyukur tindakan itu berjaya menghalang letupan dan kebakaran daripada terus merebak,” ujarnya.

Menurutnya, terdapat ramai penjaja membuka meja jualan bunga api dan mercun di situ menjelang Aidilfitri ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan yang dihubungi mengesahkan kejadian dan sedang menyiasat lanjut insiden berkenaan. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 9-4-2024 05:21 PM
tengok video macam ok je . tkde la merebak meletup sampai kereta
Quote Skuau 9-4-2024 05:35 PM
awai hang raikan '4th of july'....naa...
Quote cmf_premierleag 9-4-2024 05:48 PM
Bodohnya la kan
Lg satu kes mercun, pi letup keter jiran kat puncak alam..smpi terbakar hancur keter audi tu
Lahanat ya budak2 skang jahanamkam rete org lain
Quote pengecatbintang 9-4-2024 06:04 PM
Edited by pengecatbintang at 9-4-2024 06:07 PM
kepompong replied at 9-4-2024 05:21 PM
tengok video macam ok je . tkde la merebak meletup sampai kereta

sblm aku komen...

aku nak habaq aky mulayu okehh...

--
tu ler...

ore cine bako mercun..

ko pong nak tiru bako..

orang cine x der putus tangan or mati akibat maen mercun

tp ore kita macam2 yg berlaku akibat maen mercun..

putus anggota badan, cacat kekal, masuk sptal (menyusahkan dokter n nurse), mati katak

perkare baek yg cine wat tak nak ikut plaks

ko x nak marah ke mulayu camni (tiru cine) yg memudaratkan mulayu sendiri




Quote she 9-4-2024 06:07 PM
cmf_premierleag replied at 9-4-2024 05:48 PM
Bodohnya la kan
Lg satu kes mercun, pi letup keter jiran kat puncak alam..smpi terbakar hancur keter ...

Tapi penduduk situ kata
Nengok cctv
30 minit rakaman
Takde bebudak main mercun
Quote pengecatbintang 9-4-2024 06:08 PM
Edited by pengecatbintang at 9-4-2024 06:13 PM
she replied at 9-4-2024 06:07 PM
Tapi penduduk situ kata
Nengok cctv
30 minit rakaman

deleted


Quote cranell 9-4-2024 06:50 PM
baru muhibah Malaysia truly asian, cina raya main mercun, melayu raya main mercun, india raya main mercun, merdeka main mercun, tahun baru main mercun,

Tauke mercun banyak hepi lo
Quote lostnfaun 9-4-2024 07:39 PM
Punca menteri dap pegi halalkan bunga api. Sudahnya bersepah org main ikut suka hati dia. Cina main bunga api elok jer..
Quote lostnfaun 9-4-2024 07:40 PM
cranell replied at 9-4-2024 06:50 PM
baru muhibah Malaysia truly asian, cina raya main mercun, melayu raya main mercun, india raya main m ...

Bertambah kaya bila kerajaan PH halalkan mercun.
Quote B40tastePosh 9-4-2024 08:34 PM
Melayu tak pandai berniaga

Melayu tak pandai main merecun.

Betul ke?
Quote manopBKK 9-4-2024 09:27 PM
pengecatbintang replied at 9-4-2024 06:08 PM
deleted

Knp delete?
Quote Skuau 9-4-2024 10:10 PM
Edited by Skuau at 9-4-2024 10:16 PM
pengecatbintang replied at 9-4-2024 06:04 PM
sblm aku komen...

aku nak habaq aky mulayu okehh...


okla abang..suda raya saiya ikut cine la abang buka itu judi mesin sama...kongkek spa..harap Melayu mari la kasi dia worang ketagih..lepas...saiya jadi Along..kasi dia worang pinjam wang la ...."-Abangla
Quote pengecatbintang 9-4-2024 10:36 PM
Edited by pengecatbintang at 9-4-2024 10:41 PM

aku taip balik..

jika bukan akibat mercun..

adakah kete tu EV

umah owner kete tu blackout

kmdian kete terbako

adakah sblm blackout, sedang caj kete tu

semasa blackout, plug caj x ditanggalkan n dalam mode ON

bila letrik ada balik, power surged  





Quote pengecatbintang 9-4-2024 10:42 PM
Skuau replied at 9-4-2024 10:10 PM
okla abang..suda raya saiya ikut cine la abang buka itu judi mesin sama...kongkek spa..harap Melay ...



aku suruh ikut yg baik jer
Quote sharlenetexas 9-4-2024 10:43 PM
pengecatbintang replied at 9-4-2024 10:36 PM
aku taip balik..
jika bukan akibat mercun..


Ingat tak dulu kes kereta meletup kat traffic light kg sireh kelantan dulu masa pkp? Sampai kat rumah iols dengar bunyi duummm sayup2. Banyak sangat mercun dalam kereta tu. Ntah arwah nak supply katner. Padahal dah nk abis syawal.


Quote green~tea 9-4-2024 11:46 PM
pengecatbintang replied at 9-4-2024 10:36 PM
aku taip balik..

jika bukan akibat mercun..

Boikot EV
Quote B40tastePosh 9-4-2024 11:50 PM
Untung sekarung rugi seguni
Quote green~tea 9-4-2024 11:56 PM
sharlenetexas replied at 9-4-2024 10:43 PM
Ingat tak dulu kes kereta meletup kat traffic light kg sireh kelantan dulu masa pkp? Sampai kat ru ...

Ni yang cebisan kaki dia terpelanting dekat kedai seberang traffic light tu kan..

Yes sampai la ni i ingat berita tu
Quote hayrin86 10-4-2024 11:48 AM
Skuau replied at 9-4-2024 05:35 PM
awai hang raikan '4th of july'....naa...

Hari Merdeka (31 Ogos) dan Hari Malaysia (16 September) elok aje tiada aktiviti bermain mercun..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.050827 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top