CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aishah Buat Konsert ‘Free’, Hiburkan Pemandu Sangkut ‘Traffic Jammed’ Depan Rumah

17-4-2024 08:37 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11793| Komen: 14


Penyanyi hebat, Datuk Aishah mencuri perhatian apabila memuat naik video dirinya menghiburkan pemandu-pemandu yang sedang tersangkut dalam kesesakan lalu lintas di hadapan kediaman keluarganya.

Menerusi video di TikTok, Aishah yang mengenakan baju kurung berona kuning cair dilihat mendendangkan lagu raya popular nyanyiannya yang bertajuk ‘Pulanglah’.


Nyanyian Aishah yang bersahaja itu disaksikan oleh puluhan kenderaan yang sedang dalam perjalanan pulang ke kediaman masing-masing mahupun buat mereka yang dalam perjalanan untuk berhari raya ke rumah sanak saudara tercinta.

Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya terpegun dengan nyanyian Aishah yang hanya menggunakan mikrofon dan set karaoke majlis kenduri kampung.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kelunakan suara Aishah yang sedikit sebanyak berjaya mengubat hati mereka yang gelisah akibat terkandas dalam kesesakan lalu lintas.

Ada juga yang berseloroh dengan mengatakan jalan raya akan bertambah sesak kerana orang ramai mahu menonton konsert ‘free’ yang dilakukan Aishah.


Sumber: TikTok Aishah/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 17-4-2024 09:17 AM
Saya ok je walaupun dia penyanyi tersohor...
Barulah namanya penghibur...
Bukan setakat 'penyanyi mata duitan'...
Menjadikan kerjaya sebagai suatu hobi dan pengorbanan... dia dalam 'class' dia tersendiri...
Quote chandrahusin 17-4-2024 09:23 AM
tak jem pun jalan
aku ada tgk fyp ni lalu kat FB
saja2 je Aishah nyanyi
Quote DottieDot 17-4-2024 09:44 AM
Kagum gak ngn dia ni sebab ritu nmpk vid dia nyanyi lagu Pulanglah masa bulan puasa ritu..
Suara & nyanyian x lari jauh macam muda² dulu.. Padahal ikut betul style nyanyian dia jenis pecah tekak abis nafas gak..
Asbab BS laa kot.. Dan dia antara contoh BS yg paling aku suka sebab nmpk result tu memang berkesan kan.. Slim & sihat je Kak Aishah padahal lagi setahun nak masuk 6 series..
Level² dia ni santai² dan suka² jela hiburkan orang ramai dengan anugerah bakat yang masih ada/kekal..
Quote Suchi 17-4-2024 09:49 AM
Kat mana tu?
Pilah ke? Atau ghombau most wanted yo
Quote yeos 17-4-2024 09:55 AM
sedapnya dia nyanyi... dah memang penyanyi legend kan haha

makin cantik dia
Quote nw111 17-4-2024 09:59 AM
Ok..i terhibur..
Lawa pulak baju dia
Quote supernaturalee 17-4-2024 10:22 AM
hingaq aihh

Quote KamikuP 17-4-2024 10:37 AM
Wah BEST ni..kalau meolls terus masuk rumah tu beraya.. ekeke
Quote I.K.A888990 17-4-2024 03:01 PM
oaky la tu dpt tgk konsert free sambil2 tu kan
Quote afie_m 17-4-2024 03:21 PM
ok lah tu, , nampak kecik ja benda dia buat tapi tak semua penyanyi glamor nak buat mcm tu
Quote missbigrockstar 18-4-2024 01:07 PM
Bestnya rumah area kampung luas mcm ni.
Quote beta_carotene 18-4-2024 01:13 PM
Tokti kena ambik nombor dulu kalo nk jadi biduanita negara:

- Aishah
- Ella
- Ziana Zain
Quote lanacondor 19-4-2024 12:10 AM
beta_carotene replied at 18-4-2024 01:13 PM
Tokti kena ambik nombor dulu kalo nk jadi biduanita negara:

- Aishah

Betul la.. iols pon setuju list chuolz ni.. kak aishah ni boleh di angkat jdi biduanita negara
Quote sleepandream 19-4-2024 01:35 PM
verangan kuat jah haterz siti ni... delusional tak habes2 yach... konsert siti keluar tv depa dulu yang bagi review padahal

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.199298 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top