CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pagi kerja tukang cuci, petang sambung kelas PhD

17-4-2024 05:10 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5926| Komen: 3

Description: PETALING JAYA – Seorang rakyat Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD), di Universiti Bristol meraih pujian ramai berikutan sanggup membuat pekerjaan samping ...


PETALING JAYA – Seorang rakyat Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD), di Universiti Bristol meraih pujian ramai berikutan sanggup membuat pekerjaan sampingan sebagai tukang cuci.

Berkongsi video sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di sebuah rumah di TikTok @NINN, pelajar yang dikenali sebagai Izzah itu kelihatan tidak kekok melakukan tugas berkenaan.

Menerusi ruangan komen Izzah memaklumkan, dia memilih untuk melakukan kerja sampingan itu untuk mencari pendapatan tambahan.

“Sebenarnya saya ada masa lapang sikit lepas siap tulis tesis dan kertas jurnal. Lagi beberapa bulan nak balik Malaysia dah, saja cari ‘extra income’,” kongsinya.


Perkongsiannya itu menerima pelbagai reaksi orang ramai yang rata-rata berbangga dengan dirinya yang bijak mencari peluang.

“Bagus bermula macam ni. Nanti bila dah jadi ‘seseorang’, awak ada empati dan simpati tinggi pada orang lain. Ramai akan sayang, doakan awak,” kata @dahlia.

“Pensyarah saya pun macam ni. Sekarang sumpah dia merendah diri gila walaupun ada PhD,” ujar @cunaaa

“Saya tak cemburu dengan orang yang kaya atau cantik. Tapi saya cemburu dengan orang yang berpelajaran tinggi,” puji seorang lagi pengguna.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 17-4-2024 05:14 PM
Al farabi pada waktu siang dia jaga kebun, malam hari dia belajar.


Quote cmf_almondpecan 17-4-2024 07:31 PM
Sungguh mulia adik ni mencari rezeki halal pada waktu lapang. Pakej baik berpelajaran tinggi, rajin dan tak takut hadapi sesuatu yang ramai anggap sukar.
Quote orangbiasaje 18-4-2024 04:13 AM
Nak ty...international student boleh kerja ke walau under student visa? Kiranya consider legal ya?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.046121 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top