CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elly Mazlein Percaya Suami, Tak Pernah ‘Check’ Telefon – ‘Tolong Jangan Musnahkan Kepercayaan Mama’

14-5-2024 07:51 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3617| Komen: 13

Description: Penyanyi, pelakon dan pengacara popular Elly Mazlein memberitahu dia tidak pernah memeriksa telefon bimbit suaminya sepanjang tempoh empat tahun perkahwinan.


Penyanyi, pelakon dan pengacara popular Elly Mazlein memberitahu dia tidak pernah memeriksa telefon bimbit suaminya sepanjang tempoh empat tahun perkahwinan.

Menurut Elly, dia dan suami mengetahui kata laluan telefon masing-masing namun, tidak pernah terfikir untuk membuat pemeriksaan terhadap telefon masing-masing.

"Kalau kita check (periksa) phone (telefon bimbit) suami, ia sudah jadi macam hubungan toksik. Alhamdulillah, rumah tangga kami bahagia dan masih jauh lagi perjalanan kami."

"Saya dan suami saling percaya antara satu sama lain dan sentiasa doa yang baik-baik buat rumah tangga kami."

"Saya cakap dengan suami, papa (suami), mama percaya sangat dengan papa, tolong jangan musnahkan kepercayaan mama pada papa."

"Papa (suami) pun sudah dewasa dan boleh fikir yang terbaik dan papa tengoklah anak-anak papa kalau nak buat yang bukan-bukan dan suami cakap dia takkan jadi seperti itu."


"Suami juga tidak pernah periksa telefon bimbit saya sepanjang kami berkahwin. Saya percaya, apabila seseorang isteri mula meragui dan periksa telefon bimbit suaminya, mesti dia (suaminya) sudah pernah ‘terkantoi’ sebelum ini."

Berbicara lebih lanjut, Elly memberitahu komunikasi membabitkan pasangan suami dan isteri sangat penting dalam menjaga keharmonian rumah tangga.

"Kita perlu sentiasa positif dan berbincang dengan pasangan untuk mengelak sebarang masalah."

"Isu semasa (perkara buruk) yang membabitkan rumah tangga pasangan artis juga mengajar kami lebih berhati-hati supaya ia tidak berlaku dalam rumah tangga kami pula kerana kesian pada anak-anak yang masih kecil."

Sumber : Ohbulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heythere123 13-5-2024 10:57 PM
mungkin sheols jadi matang sikit lepas dah kawen cerai sebelum ni
Quote jalfa 13-5-2024 11:00 PM
Suami awak takut kena cakaran harimau agaknya
Quote September14 14-5-2024 12:58 AM
Comel laki dia okla tu dpt kaklina jg la umahtga elok2
Quote adeqbun 14-5-2024 12:14 PM
gila ke suami die nak curang..dpt kak lina pompom lubuk emas kot..job x henti2...hot lak tu...
Quote jihyomelly 14-5-2024 12:17 PM
rumah kepom santek..job non stop kepom..yg baik2 je la ye
Quote Purplehaz 14-5-2024 01:44 PM
Cuma Elly ni tua 9 thn dr suami dia..tp nmpk oklah muda cun juga
Yg lain tu nmpk pakej dh lengkap, pandai masak, kaya, rumah kereta semua dh lengkap cantik, Dapat beri zuriat anak lelaki pulak tu. Takyah dh cari yg lain.
Quote TomyamPuteh 14-5-2024 07:41 PM
Opkos la tak kan curang dek.Bini kayo kot. Nk harapkn gaji cikgu Dg44 tu mananya nk mampu mewah2 gitu. Nk kena hntr ke kg tiap2 bulan lagi.
Quote pakwetizzaqyah 14-5-2024 09:12 PM
takpe kita tengok
Quote TeropongThaico 14-5-2024 10:53 PM
Suka tgk diarg ni. Syerasyi bersama gitu
Yg baik2 saja
Quote jebatmaspunyer 15-5-2024 11:09 AM
Berapalah income seorang Elly Mazlein @ Kak Lina Pom Pom. Jadi host, jadi DJ.. Masyukkkk
Quote j3m4h 15-5-2024 11:17 AM
Laki sedap..muke jambus..kak lina menadah fukis je la pon..job lebat..bole la spedo hanak hekanz…ok la nmpk happy dh kwen lain..compare laki dulu yg kepams tuh..meroyan much..
Quote ninajaybee 15-5-2024 11:22 AM
Purplehaz replied at 14-5-2024 01:44 PM
Cuma Elly ni tua 9 thn dr suami dia..tp nmpk oklah muda cun juga
Yg lain tu nmpk pakej dh lengkap, ...

Suka tgk dia ajak bapa dia duduk sekali. Kepom ni ada adik-beradik ke?
Quote chinta89 15-5-2024 12:08 PM
lelaki kalau dh dapat lubuk emas tlg jgn cari pasal eh.

teringat ex lakinya, buat ape ek skg. napok feya gigih juak sik ayam lecak ketiak ler bersusah payah cari rezeki.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.044671 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top