CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selepas Derma RM100 Ribu Kepada Palestin, Daiyan Trisha Artis Pertama Batalkan Semua Kontrak Dengan Jenama Pro Israel

16-5-2024 08:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7983| Komen: 56

Description: Selepas alasan demi alasan cuba diberikan selebriti untuk mengelak dari menjadi mangsa #blockout2024, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha menjadi artis yang pertama membatalkan semua kontrak bersama je ...

Selepas alasan demi alasan cuba diberikan selebriti untuk mengelak dari menjadi mangsa #blockout2024, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha menjadi artis yang pertama membatalkan semua kontrak bersama jenama besar pro Israel.

Tindakan drastik dan berani ini dilakukan Daiyan selepas mengambil kira semua teguran orang ramai.

"Saya ingin memaklumkan saya sudah membatalkan kontrak dengan beberapa jenama yang saya bekerjasama.

"Saya terima segala teguran. Saya ambil serius tentang isu ini dan sekarang ini adalah tindakan dan menunjukkan pendirian berterusan saya."


Alhamdulillah, rasanya inilah tujuan utama kempen #blockout2024 ini diwujudkan iaitu memberi kesedaran kepada mereka yang berpengaruh untuk menunjukkan solidariti kepada Palestin.


Daiyan bagaimanapun tidak mahu mendedahkan kerugian dan penalti yang terpaksa ditanggungnya selepas membatalkan kontrak.

Terdahulu, Daiyan juga turut berkongsi bukti resit pembayaran sumbangan bantuan Palestin menerusi empat badan berbeza bagi membantu mangsa perang di negata tersebut.

Jumlah keseluruhan sumbangan tersebut mencecah hingga RM100,000.

Diharapkan tindakan berani ini dapat dicontohi pempengaruh yang lain dan mari kita bersama-sama tunjukkan solidariti sehingga Palestin bebas dan MERDEKA!

Kredit: mStar/OhMedia


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote divalaura 16-5-2024 08:18 PM
dia bukan ambassador pun kan?
face of je..
atau iols yang tak tahu sebab tak minat dia ni
Quote lanacondor 16-5-2024 08:20 PM
Tahniah dik.. Semoga Allah datangkan rezeki melimpah ruah selepas ni
Quote Wenpa 16-5-2024 08:20 PM
Kalau betol baguslah,kurang2nyer dier serius
Quote sukanyanyi 16-5-2024 08:25 PM
Ni baru ke? Ok la bagus la at least tak ego, terima teguran siap ada perubahan@tindakan
Quote anilanil 16-5-2024 08:27 PM
Kadang2 mmg kena taruk dulu ngan netizen baru sel2 otak diorang ni berfungsi. Mohon retis terpaling bekerja utk Tuhan, terpaling bayar bill, terpaling sembunyi sedekah, terpaling rezeki yg ditetapkan, terpaling hanya Tuhan yg tahu ambil perhatian & berfikir sejenak. Syurga itu bukan mudah & murah.
Quote hanihan16 16-5-2024 08:42 PM
on the bright side, baguslah kalau ini effect yg mmg diingini as a result of blackout24. and boleh nampak ye raaaaamai artis & influencers yg tak pernah langsung post out pasal palestin dah mula post. bagi i tak kisahlah oena perli too little too late ke apa, at least diorg dah start gunakan platform diorg utk create awareness. harapnya berterusanlah
Quote missbigrockstar 16-5-2024 08:49 PM
divalaura replied at 16-5-2024 08:18 PM
dia bukan ambassador pun kan?
face of je..
atau iols yang tak tahu sebab tak minat dia ni

Apa beza face of
dgn, duta (ambassador)? Aku taktau. Bukan sama ke?
Quote divalaura 16-5-2024 08:58 PM
missbigrockstar replied at 16-5-2024 08:49 PM
Apa beza face of
dgn, duta (ambassador)? Aku taktau. Bukan sama ke?

pernah baca forumer cakap face of ni biasa2 je..
ambassador lagi masyuk bayaran..
face of ni macam dia promote/review gitu lah..tapi bukan ambassador macam muka dorang terpampang satu dunia..
Quote Skyline_84 16-5-2024 09:04 PM
ok la tu daiyan ..tk payah ckp byk mcm mira basic tu
Quote guesswho09 16-5-2024 09:06 PM
Hrp netizen berpuas hati la ye
netizen yg dok sibuk ber pelestine
dah brp ribu rm dah derma?
Quote Rogue98 16-5-2024 09:20 PM
Alhamdulillah...good job Daiyan...aku tak block pun dia sebab tau she will do the right thing.
Quote ues1331 16-5-2024 10:23 PM
Alhamdulillah, so maknanya bolehla batalkan kontrak kan? Memangla kena bayar fees tp iols xpercaya retis2 ni takde duit, tapi lebih pada xnak keluar duit sebab nak maintain lifestyle. Tapi yelah pilihan masing2. Semoga yang batalkan kontrak tu, tuhan murahkan lagi rezeki untuk ganti balik duit tu.
Quote heythere123 16-5-2024 10:24 PM
divalaura replied at 16-5-2024 08:18 PM
dia bukan ambassador pun kan?
face of je..
atau iols yang tak tahu sebab tak minat dia ni

rasanya lancome tu je kot sheols BA. Yang lain tu cam promote gitu je je tapi takde la diangkat jadi BA, especially fashion brands.

fans sheols je perasan sheols BA
Quote limesherbet 16-5-2024 10:27 PM
Bukti mane bukti? Setakat ckp blh je ckp..
Quote Piramida 16-5-2024 10:33 PM
Sorry tetap tak teringin nak follow dia ni hihi.. Xde yg menarik.
Quote razzia 16-5-2024 10:33 PM
kak marion pun dh up
psl gaza di ig story.satu jela
Quote Minami2013 16-5-2024 10:37 PM
At least dia bersikap terbuka dan bukan defensive mcm sesetengah artis.
Quote Masukkeluar 16-5-2024 10:42 PM
divalaura replied at 16-5-2024 08:18 PM
dia bukan ambassador pun kan?
face of je..
atau iols yang tak tahu sebab tak minat dia ni

Kt malaysia utk jenama antrabangsa mmg xde ambassador pun. Smua artis tu just face of je…tp dpt jgk la duit dan brg free..cth mcm dior tu ambassador nya jisoo..artis msia ni takat promote je. Tp bkn promote sesaja..dpt la duit dan di ajak join event/fashion show. So xde hal sgt klau nk terminate pun
Quote Masukkeluar 16-5-2024 10:44 PM
anilanil replied at 16-5-2024 08:27 PM
Kadang2 mmg kena taruk dulu ngan netizen baru sel2 otak diorang ni berfungsi. Mohon retis terpaling  ...

Artis tu mmg x brani kot buat sbb mmg spenuhnya hidup di sponsor. Daiyan ni atleast byk lg income lain slain mcm nyayian,belakon,jual buku..kalau schawal mmg x lah..diorg kaya raya pn sbg byk dpt sponsor

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.057127 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top