CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rezeki anak… Keluarga bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat hadiah Proton Persona dari taukeh kereta terpakai

24-5-2024 09:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12217| Komen: 35

Description: KISAH pasangan suami isteri menaiki motosikal sambil membawa bayi mereka yang memakai alat bantuan pernafasan ternyata mengundang sebak rakyat Malaysia.

KISAH pasangan suami isteri menaiki motosikal sambil membawa bayi mereka yang memakai alat bantuan pernafasan ternyata mengundang sebak rakyat Malaysia.

Pada Khamis, seorang pengusaha kedai automotif di Alor Setar, Kedah menghadiahkan sebuah kereta Proton Persona terpakai buat keluarga itu bagi meringankan beban mereka.

Menurut Daniel Firdaus, Mohd Azlan Ishak yang juga bapa kepada bayi berusia 11 bulan itu pernah berkunjung ke kedainya untuk mencari kereta terpakai.

Prihatin dengan nasib yang menimpa, dia bertindak menghadiahkan sebuah kereta bagi memudahkan Azlan membawa anak dan isterinya berulang-alik ke hospital.

"Alhamdulillah selesai proses penyerahan kereta Persona kepada Encik Lan (Azlan) dan isteri.

"Teringat kali pertama Encik Lan datang kedai Abang Aji (panggilan dirinya) nak cari kereta bernilai RM1,000 untuk ulang-alik hospital.


"Walaupun Abang Aji bagi pilih kereta, Encik Lan tak kisah dan tak meminta," ujarnya menerusi Facebook.

Untuk rekod, video Azlan bersama isterinya, Norhidayu Halim yang membawa anak mereka menaiki sebuah motosikal tular di media sosial sejak Isnin.

Video tersebut menyentuh hati ramai apabila anak pasangan berkenaan yang masih kecil dilihat memakai alat bantuan pernafasan.

Loading FB Post...


Azlan yang menetap di Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah berkata, anak kelimanya menghidap masalah paru-paru, limpa dan Refluks Gastroesophageal (Gerd) sejak berusia dua bulan.

Kisah keluarga Azlan turut meraih perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber : Mstar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akido_kido 24-5-2024 09:34 PM
dapat kereta dapat derma berpuluh ribu sekali dengar cerita baru lagi terkejut
Quote felinecat 24-5-2024 09:37 PM
akido_kido replied at 24-5-2024 09:34 PM
dapat kereta dapat derma berpuluh ribu sekali dengar cerita baru lagi terkejut

Betul ke belum kawen?
Quote noor2 24-5-2024 09:39 PM
akido_kido replied at 24-5-2024 09:34 PM
dapat kereta dapat derma berpuluh ribu sekali dengar cerita baru lagi terkejut

Citer apa....
Quote kepompong 25-5-2024 07:58 AM
so keta dah tukar nama ke belum? kalau belum , kena pulangkan ke
Quote Decaffeinated 25-5-2024 12:47 PM
akido_kido replied at 24-5-2024 09:34 PM
dapat kereta dapat derma berpuluh ribu sekali dengar cerita baru lagi terkejut

Prihatin dengan kisah Mohd Aariz, tauke kereta terpakai hadiahkan Proton Persona
Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my


Mohd Aariz Zafran Abdul Qaadir, 11 Bulan (dua kanan) bersama ibunya Norhidayu Halim, 35 (kanan) dan ayahnya Mohd Azlan b Ishak, 35 (dua kiri) yang tular di media sosial yang memakai alat bantuan pernafasan ketika di temuai pemberita di Taman Kota Nelayan. FOTO WAN NABIL NASIR


Alor Setar: "Alhamdulillah, rezeki anak saya terus melimpah sehinggakan ada yang sanggup menghadiahkan kereta terpakai untuk kami, semalam, " kata Mohd Azlan Ishak, 35.

Katanya, dia menerima hadiah kereta Proton Persona dari seorang pengusaha kereta terpakai di Jalan Langgar yang bersimpati dengan nasib mereka selepas kisah dia dan isteri tular di media sosial kerana membawa anak mereka Mohd Aariz Zafran, 11 bulan yang memakai alat pernafasan menaiki motosikal ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Ahad lalu.

Menurut Mohd Azlan, pada mulanya dia dan isteri, Norhidayu Halim, 35, singgah di kedai kereta terpakai itu kelmarin untuk membeli kereta menggunakan hasil wang sumbangan yang diterima daripada orang ramai untuk kemudahan membawa Mohd Aariz ke hospital.

"Saya memang berkenan kereta Proton Persona hijau di kedai itu dan hanya membawa wang tunai RM3,000 untuk membeli kereta di situ

"Apabila ditanya kepada pengusaha kedai kereta itu, dia tanya sama ada saya minat dengan Proton Persona itu. Saya kata memang minat dan saya terkejut apabila dia menghadiahkan kereta itu demi Mohd Aariz," katanya di sini hari ini.

Mohd Azlan berkata, segala proses dokumen kereta Proton Persona itu sudah diuruskan oleh kedai kereta terpakai itu.

"Saya juga berterima kepada seluruh rakyat Malaysia yang membantu menghulurkan sumbangan sehingga kini mencecah lebih RM100,000.

"Saya tak pernah minta pada sesiapa sebelum ini walaupun pernah ada RM12 dalam tangan hinggakan ada juga yang mengecam saya dan isteri namun saya tak ambil kisah sangat.

"Kalau tidak kerana ada yang tular gambar kami tiga beranak di media sosial baru-baru ini mungkin agak susah kami untuk menguruskan kehidupan memandangkan saya baru sembuh dari demam campak dan tidak dapat bekerja," katanya.

Mohd Azlan yang juga pembantu pelantar ikan di Kuala Kedah berkata, rumahnya di Taman Kota Nelayan juga tidak putus dikunjungi orang ramai temasuk pempengaruh media sosial, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan yang datang membantu.

Katanya, ada yang datang menyalurkan sumbangan susu bayi dan lampin pakai buang untuk anaknya selain memberi sumbangan wang tunai untuk mereka.

"Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang membantu memberi sumbangan demi untuk anak saya, Mohd Aariz yang menghidap paru-paru kronik," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan mengenai pasangan suami isteri yang ditular di media sosial kerana membawa anak mereka menaiki motosikal memakai alat pernafasan Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) ke hospital.

Kepayahan yang dilalui pasangan suami isteri itu mendapati perhatian daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerusi setiausaha politiknya, Ahmad Farhan Fauzi yang memohon orang ramai menyalurkan maklumat mengenai keluarga itu.

Disiarkan pada: Mei 24, 2024 @ 11:04am


Quote lightheaded67 25-5-2024 01:05 PM
dorg kan tak kawen lagi, ikutkn bukan ke budak tu kait maknya si minah tu aje sorg. dlm ugama anak luar nikah bapak takde campor kan. kuat nunggang betul laki pempuan ni
Quote sharlenetexas 25-5-2024 01:14 PM
Edited by sharlenetexas at 25-5-2024 01:15 PM

Bro tauke kereta tak rasa nak ambil balik ke kereta tu? Lantaklah buruk siku ke apa. Nak tolong pun selidiklah dulu. Makin membiak bilangan scammer.





Quote sharlenetexas 25-5-2024 01:16 PM
Macamana dia buat surat beranak budak2 tu?

Quote sharlenetexas 25-5-2024 01:16 PM
Dah habis 200k nnt, bakalan jual keretalah kan?

Quote mily 25-5-2024 02:58 PM
kereta tu liabiliti..huhu..
roadtax, minyak, servis..

lg byk kos mendatang..

baik beri dia pekerjaaan yg lbh baik dr skrg. lbh tinggi dr gajinya skrg supaya kehidupan lbh selesa.
Quote Decaffeinated 25-5-2024 03:36 PM
Dah terlanjur bersangka baik continue je lah and move on. Dah bagi jangan minta balik.

Len kali buat macam aku, sangka buruk dari awal. Tak pasti tak payah bagi.
Quote sharlenetexas 25-5-2024 03:59 PM
Decaffeinated replied at 25-5-2024 03:36 PM
Dah terlanjur bersangka baik continue je lah and move on. Dah bagi jangan minta balik.

Len kali bua ...

Ambil balik. Jadikan pengajaran.


Quote Decaffeinated 25-5-2024 04:47 PM
sharlenetexas replied at 25-5-2024 03:59 PM
Ambil balik. Jadikan pengajaran.

like the car? Dah sain transfer agak susah le. Tambahan pula pemberian tu atas alasan demi membantu anak dia yang sakit it will be wrong both legally or morally nak minta balik.

Duit lagi la payah.

Quote sharlenetexas 25-5-2024 04:57 PM
Decaffeinated replied at 25-5-2024 04:47 PM
like the car? Dah sain transfer agak susah le. Tambahan pula pemberian tu atas alasan demi membant ...

Jual besi buruk.


Quote brownstone 25-5-2024 05:02 PM
Decaffeinated replied at 25-5-2024 03:36 PM
Dah terlanjur bersangka baik continue je lah and move on. Dah bagi jangan minta balik.

Len kali bua ...

Dengan adik beradik kita ni kadang berkira, jiran pula tak bertegur sapa... mai tang sapa2 ceruk mana ntah, hati boleh cair nak tolong bagai.

No wonder ramai orang kita sanggup serah password, duit segala kepada scammer melalui panggilan telefon saja.
Quote Skuau 25-5-2024 07:00 PM
sharlenetexas replied at 25-5-2024 03:59 PM
Ambil balik. Jadikan pengajaran.

suh orng pi curi la...
Quote jazaa100 25-5-2024 07:22 PM
sharlenetexas replied at 25-5-2024 01:14 PM
Bro tauke kereta tak rasa nak ambil balik ke kereta tu? Lantaklah buruk siku ke apa. Nak tolong pun  ...

Tergelak pulak akk baca komen sharlene....

Dlm hati tokey tu rasa tersiat²...tapi nk amik balik takut kena kecam....
Quote jazaa100 25-5-2024 07:24 PM
mily replied at 25-5-2024 02:58 PM
kereta tu liabiliti..huhu..
roadtax, minyak, servis..


Duit derma byk...

Rm200k..
Setahun dia blh dok goyang kaki
Quote sharlenetexas 25-5-2024 07:47 PM
jazaa100 replied at 25-5-2024 07:24 PM
Duit derma byk...

Rm200k..

Boleh hapgred dadah. Beli yg mahal skit.


Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-7-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.047452 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top