CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Akibat Boikot Starbucks Secara Berterusan, BFood Terkesan Hingga Catat Kerugian RM29.76 Juta

24-5-2024 10:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12865| Komen: 67

Description: Berjaya Food Bhd (BFood), syarikat pengendali Starbucks Malaysia nampaknya terkesan dengan kempen boikot berterusan daripada rakyat Malaysia.


Berjaya Food Bhd (BFood), syarikat pengendali Starbucks Malaysia nampaknya terkesan dengan kempen boikot berterusan daripada rakyat Malaysia.

Menurut BFood, syarikat itu mengalami kerugian bersih sebanyak RM29.76 juta pada suku ketiga (S3) yang berakhir pada 31 Mac 2024.

Menerusi kenyataan dikeluarkan, BFood berkata kerugian itu berbeza daripada S3 pada tahun lalu di mana mereka meraih untung bersih sebanyak RM15.94 juta.



Kata syarikat itu, boikot secara berterusan menjadi punca pendapatan Starbucks susut hampir separuh kepada RM138.65 juta.

"Kerugian sebelum cukai yang ditanggung pada suku semasa disebabkan oleh sentimen konflik yang berlaku di timur tengah.”'


Kenyataan itu terus menerangkan keuntungan bersih bagi tempoh sembilan bulan berakhir 31 Mac 2024 lalu di mana BFood mencatatkan sebanyak `RM53.31 juta berbanding untung bersih RM86.13 juta tahun lalu.

Dalam pada itu, syarikat berkenaan turut berkata lembaga pengarah tidak mengesyorkan sebarang dividen untuk suku semasa tahun ini.


"Lembaga pengarah berpendapat prestasi operasi perniagaan syarikat akan bertambah baik secara beransur-ansur sepanjang baki suku tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024."

Tidak hanya Malaysia, Starbucks seluruh dunia terkesan dengan kempen boikot terus menerus daripada orang ramai gara-gara kekejaman terhadap rakyat Palestin.

SUMBER : Sinar Harian/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote allshares 24-5-2024 11:44 PM
Takpe masih kaya raya kan? Anaknya pun masih ber private jet kesana sini. Tutup jela starbucks tu dah ler mahei.
Quote Sazreena 25-5-2024 02:16 AM
Baru setahun dua rugi..selama ni ko untung juta-juta meliyun 7 keturunan makan tak abis xdelak nak meroyan. Anak ko tethap ada bisnes memasing. Tethap makan sedap hidup mewah.
Quote B40tastePosh 25-5-2024 03:46 AM
Kroni Anwar selepas jadi Kroni Mahathir.

Nak risau apa?
Quote dagusengett 25-5-2024 06:35 AM
Tak luak pun income anak beranak tan
Buat je brand kopi lain
Quote netto_ 25-5-2024 07:13 AM
Oh rugi ye. So yg khutbah jumaat semalam ckp jgn boikot sbb diorg ni la ek sbb bayar zakat terbesar katenye
Quote stingergrumpy 25-5-2024 10:41 AM
SIGNATURE ICED CHOCOLATE...Selamanya.....
Quote syamzana 25-5-2024 11:09 AM
mod cuba la buat sesuatu, forum kene hijack dgn spam dah semgu lebih kot

teruk juga kesan boikot ye
Quote suri33 25-5-2024 12:36 PM
Takpa rugi sikit. Incoming projects byk lg khen.
Quote jiwasemangat 25-5-2024 02:29 PM
Menda ni saperr punyerr.. Jamaica or Kerala..?
Quote Decaffeinated 25-5-2024 02:36 PM
International brands ni membantu you feel kinda at home bila travel contoh jalan2 US nampak Starbucks ka KFC ka teringat kampung. Siapa faham, faham ler pelik tapi benar
Quote ulamalu 25-5-2024 02:46 PM
Semua type boikot ke.  Kalau type M takkan rugi kot, masih ada type2 lain yg menyumbang kpd business.
Quote sharlenetexas 25-5-2024 02:46 PM
Banyak komen sebab spammer. Tak leh blockout ke?


Quote ultra78 26-5-2024 03:12 PM
netto_ replied at 25-5-2024 07:13 AM
Oh rugi ye. So yg khutbah jumaat semalam ckp jgn boikot sbb diorg ni la ek sbb bayar zakat ter ...

Yang aku tahu company yg bayar zakat yg dimaksudkan adalah Gerbang Alaf Restaurants (McDonald's) & JCorp (KFC,Pizza Hut,Ayamas).

Starbucks ni bawah Berjaya Foods, company milik Berjaya Group. Antara company milik Berjaya Group adalah Sports Toto.
Quote jfq 26-5-2024 07:48 PM
Mahal sgt
Busuk2 kena spend rm20 at the minimum
Quote jfq 26-5-2024 07:48 PM
Edited by jfq at 26-5-2024 07:49 PM
B40tastePosh replied at 25-5-2024 03:46 AM
Kroni Anwar selepas jadi Kroni Mahathir.

Nak risau apa?


Dan juga kroni negara jamaica
Quote adm7 26-5-2024 08:36 PM
Cuba buat promo buy 1 free 1
Atau potongan harga 50%
Nak tengok macam mana reaksi rakyat
Quote Login_ID 27-5-2024 07:05 AM
Takpelah. Kontrak email
Kerajaan pun dia dapat kan. Dahlah naik lebih sekali ganda nilai kontrak berbanding kontraktor sbl ni
Quote noor2 27-5-2024 07:09 AM
Ingatkan billion
Quote Piramida 27-5-2024 07:10 AM
Tak rasa apa pun utk pihak dia org hehehe..
Sbb sedia kaya raya kepelbagaian business lain yg lebih byk untung.

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.047645 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top