CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

'Sekat atau lapor kepada pihak berwajib' - Rossa

27-5-2024 10:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19369| Komen: 4

Description: "Golongan seperti ini sentiasa ada. Tambah lagi sekarang zaman media sosial sehinggakan mereka tidak pandang lagi pendidikan. Tidak ada rasa hormat kepada orang lain.

"Golongan seperti ini sentiasa ada. Tambah lagi sekarang zaman media sosial sehinggakan mereka tidak pandang lagi pendidikan. Tidak ada rasa hormat kepada orang lain.

"Selaku pengguna media sosial, saya minta jika ada perkara begitu, adalah lebih baik sekat saja atau lapor kepada pihak berwajib."

Demikian kata penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa mengulas fenomena sebilangan influencer (pempengaruh) media sosial dari negaranya yang memburukkan nama Malaysia kepada pihak luar.

Penyanyi lagu Tegar ini berkata, apa yang dilakukan ini bertujuan mengganggu hubungan harmoni yang sudah lama terjalin antara kedua-dua negara dan rakyatnya.

"Perkara-perkara yang tidak baik ini akan mempengaruhi persahabatan dan seterusnya merosakkan hubungan yang sedia ada.

"Sedangkan lebih banyak orang yang sukakan Malaysia. Banyak juga rakan-rakan saya yang datang ke Malaysia untuk menikmati makanan dan pengalaman yang cukup berbeza dari Indonesia.


"Mereka datang untuk menikmati pemandangan, membeli belah dan banyak lagi. Senang cari barang-barang yang tiada di Indonesia," katanya ditemui pada sidang media konsert Divas & Diamonds 2024, di sini hari ini.

Rossa berkata, dia berharap pengguna media sosial agar jangan ragu-ragu untuk 'unfollow' pempengaruh ini atau melapor kepada pihak sepatutnya untuk tindakan lanjut supaya perkara negatif ini tidak terus tersebar.

Terdahulu, baru-baru ini tular video seorang wanita warga negara Indonesia mendakwa jarang menemui masjid dan tidak pernah mendengar laungan azan sepanjang dia berada di Malaysia.

Wanita menggunakan nama TikTok @pinotdiah itu berkata, dia pernah pergi ke beberapa buah lokasi sekitar Terengganu, Kuala Lumpur dan Johor, namun mendakwa tidak pernah mendengar laungan azan.

Dia bagaimanapun teruk dikecam oleh netizen Malaysia dan memuatnaik video terbaharu memohon maaf kepada rakyat Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, konsert Divas & Diamonds 2024 anjuran Syarikat Mega Eve Sdn Bhd akan menggabungkan Rossa bersama Datuk Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah pada 7 September ini di Arena Larkin, Johor Bahru.

Rossa melahirkan perasaan teruja dapat berkongsi pentas dengan Dayang dan berhasrat untuk berduet menerusi sebuah lagu nanti.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 28-5-2024 01:27 AM
Rossa pun malu la ngan minah tu, tunjuk sgt bodoh sampai viral isu nasional
Quote BoongaKertas 28-5-2024 08:00 AM
lapar sohor betul minah indo tu. giler betul. nasib vid sheols x masuk dlm fyp meols.
Quote Omai 28-5-2024 09:07 AM
nak jadi influencer, femes. kene jadi bodo dulu. tu syarat wajib dia.
Quote Neno90 29-5-2024 03:39 PM
Budak² baru...semua utk content je

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-7-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.050948 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top