CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Sejahat-Jahat Saya Pun, Hati Saya Takkan Tergamak..” – Azlan Bakal Bernikah Pada Hari Selasa, Tepis Tuduhan Hilangkan Diri

28-5-2024 12:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 29406| Komen: 130

Description: Baru-baru ini, seorang individu yang sempat tular di media sosial kerana bayinya yang menghidap sakit paru-paru kronik iaitu Mohd Azlan telah mengesahkan dirinya telah mengambil borang nikah pada Ahad ...

Baru-baru ini, seorang individu yang sempat tular di media sosial kerana bayinya yang menghidap sakit paru-paru kronik iaitu Mohd Azlan telah mengesahkan dirinya telah mengambil borang nikah pada Ahad lalu dan berancang untuk berkahwin pada hari Selasa.

Kata Azlan, dia amat berterima kasih kepada pihak masjid yang membantu melancarkan segala urusan persiapan pernikahannya. Menurut individu ini, dia akan melakukan ujian HIV dan ujian darah pada hari ini sebelum akad nikah esok.

"Ya betul, tadi saya pergi ke masjid untuk selesaikan kertas kerja berkaitan borang nikah. Esok (Isnin) akan pergi ke klinik untuk buat ujian HIV dan ujian darah. InsyaAllah kalau semua dipermudahkan, lusa (Selasa) saya akan akad nikah dengan pasangan.
 

"Dia beritahu saya apa yang penting sekarang ni adalah untuk percepatkan segalanya, tidak kisah apa pun yang berlaku sebelumnya. Tiada manusia yang dapat lari daripada kesilapan."


Dalam pada itu, Azlan turut menepis dakwaan bahawa dirinya dan pasangan telah menghilangkan diri. Katanya, dia pergi bertujuan untuk mengambil borang nikah manakala bayinya pula ditinggalkan di rumah bersama pasangan serta ibu mentuanya.

"Kalau saya lari, siapa yang akan jaga mak saya yang lumpuh. Sudah bertahun saya jaga mak saya tak akan saya senang-senang nak tinggalkan dia seorang diri di rumah."
 
"Sejahat-jahat saya pun, hati saya tak akan tergamak tinggal mak saya seorang diri."


Terdahulu, Mohd Azlan telah tular di media sosial apabila sebuah hantaran melihatkan bayinya yang baru berumur 11 bulan dengan memakai bantuan alat pernafasan harus menaiki motor untuk ke hospital.

Susulan tularnya hal itu, orang ramai telah berpakat untuk menyumbangkan bantuan kepada keluarga ini.

Sumber : Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 27-5-2024 11:03 PM
Comey comey anak anak. Bulat bulat. Rambut lurus. Kulit bersih.
Quote sharlenetexas 27-5-2024 11:09 PM
No comment.


Quote Piramida 27-5-2024 11:17 PM
Kot ada pulak yg jatuh kesian nak sponsor majlis nikah baju nikah katering nikah blablabla. Rakyat mesia pemurah.
Apa pun bagus jugak benda jd viral.. Terus nikah.
Quote Sesuatu… 27-5-2024 11:35 PM
Apa status girlfriend dia ni sbnrnya? Ingtkan masih isteri someone
Quote slyfynx 27-5-2024 11:49 PM
Then yang sblm ni dok sama2 NFA kah?
Pasni kot ade yang kesian, leh sponsor baju, pelamin.
Quote Teropongcctv 28-5-2024 12:47 AM
Syukur bila terbongkar gini nak dihalalkan juga akhirnya.
Nanti ramai ke yg sudi sponsors nnt
Quote kaedahnya 28-5-2024 01:24 AM
kesian orang susah senarnya. tak tau nak explain macam mana. tapi kalu betul menagih tu, efek bukan kat diri sendiri saja. menurun ke anak anak.
Quote otai_g 28-5-2024 04:26 AM
kaedahnya replied at 28-5-2024 01:24 AM
kesian orang susah senarnya. tak tau nak explain macam mana. tapi kalu betul menagih tu, efek bukan  ...

Dia mendadih zaman dulu. Agak x adil kalo nak hukum org berdasarkan kisah silam dia. Skrg dia dah bertaubat.
Quote jlo 28-5-2024 07:21 AM
betul..taktau nak comment camne..cuma doa dipermudah kan urusan dia..comei2 anak dia
Quote vanillaninja 28-5-2024 07:52 AM
otai_g replied at 27-5-2024 08:26 PM
Dia mendadih zaman dulu. Agak x adil kalo nak hukum org berdasarkan kisah silam dia. Skrg dia dah  ...

So betul lah dulu pernah? And duit derma yang dapat dulu guna untuk beli benda tu?
Quote BoongaKertas 28-5-2024 07:54 AM
even org ckp depa mcm2, satu benda iols masih respek. they masih jaga anak special tu. depa x lari. moga dipermudahkan urusan mereka sekeluarga.
Quote Omai 28-5-2024 08:18 AM
news pasal dorang ni akan kekal dalam internet ni sampai la anak dorang besar beranak pinak pulak... hmm
Quote ketambangkang 28-5-2024 08:20 AM
satu part dh selesai, so skrg ni nak tau adakah anak tu betul2 sakit? sbb MO dr tahun 2016 tu sama so netizen perlu tahu sbb yg menderma pon sbb kesian kat bdk tu je
Quote green~tea 28-5-2024 08:25 AM
Test la ujian air kencing tu dulu.. positive dadah ke tidak..

Lain mcm menunggang agama nya
Quote green~tea 28-5-2024 08:28 AM
otai_g replied at 28-5-2024 04:26 AM
Dia mendadih zaman dulu. Agak x adil kalo nak hukum org berdasarkan kisah silam dia. Skrg dia dah  ...

Sorry aku skeptical orang gini sembuh mendadih
Quote nazzse 28-5-2024 08:30 AM
green~tea replied at 28-5-2024 12:25 AM
Test la ujian air kencing tu dulu.. positive dadah ke tidak..

Lain mcm menunggang agama nya

Sikit pun takda malu berzina sampai keluar 2 anak. Dah biasa sgt agaknya foc s** zaman skrg.

Keja nelayan dok plak kedah susah nak 100% clean
Quote green~tea 28-5-2024 08:31 AM
nazzse replied at 28-5-2024 08:30 AM
Sikit pun takda malu berzina sampai keluar 2 anak. Dah biasa sgt agaknya foc s** zaman skrg.

Kej ...

Nelayan laa paling ramai amek dadah...

Sbb nak bersengkang mata and ada drug pusher
Quote lightheaded67 28-5-2024 08:37 AM
kenape aku rasa ayat dia ayat pancing.
Quote Fly_over 28-5-2024 08:45 AM
kalau x diviralkan. x dinikahi agaknya.. Allah dah lama bg peluang. now aib terdedah.

Lihat semua komen(130)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.058810 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top