CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Lembaga putih tumpang bergambar dengan Raffi Ahmad, Ariel Noah

28-5-2024 09:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9314| Komen: 3

Description: JAKARTA – Sekeping gambar yang dikongsikan oleh pelakon Indonesia, Raffi Ahmad menjadi perhatian pengguna media sosial kerana memaparkan kelibat lembaga menyeramkan, lapor portal berita Okezone semal ...

JAKARTA – Sekeping gambar yang dikongsikan oleh pelakon Indonesia, Raffi Ahmad menjadi perhatian pengguna media sosial kerana memaparkan kelibat lembaga menyeramkan, lapor portal berita Okezone semalam.

Ketika kejadian, Raffi melakukan pengembaraan motosikal bersama rakan-rakan selebriti lain iaitu penyanyi Ariel Noah, pelakon dan pengacara, Gading Marten serta pelawak, Desta Mahendra.

Salah satu lokasi yang mereka tuju adalah di Langkat, wilayah Sumatera Utara.

Dalam gambar yang dikongsikan, keempat-empat selebriti tersebut tersenyum ketika berdiri di hadapan sebuah bangunan kosong.

Namun, momen itu bertukar misteri apabila  susuk putih dengan bayangan hitam dilihat berdiri di dalam bangunan di belakang mereka.

Meskipun dari kejauhan, lembaga itu dapat dilihat dengan jelas dan seolah-olah sedang memandang ke arah empat jejaka berkenaan.


“Cuba lihat gambar ini. Nampak tak?” kata  Raffi dalam hantaran tersebut.

Netizen yang melihat gambar itu masing-masing meluahkan rasa terkejut dan perasaan seram serta memberikan pelbagai komen.

“Mungkin ia pun peminat anda semua,” kata seorang netizen.

“Kenapa gambar ini muncul pada pukul 12.04 tengah malam? Seram rasanya,” ujar pengguna lain.

Sementara itu, Raffi kemudian menjelaskan bahawa bangunan tersebut merupakan bekas hospital yang menjadi tempat kelahiran Ariel.

“Dahulunya ini adalah hospital tempat lahir @arielnoah, namun kini ia sudah jadi bangunan kosong,” katanya. – AGENSI 

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaedahnya 29-5-2024 12:17 AM
entahlaa. mata aku fokus kat ariel jah huhu. hensem ar pulak.
Quote Neno90 29-5-2024 03:50 PM
Jauh sgt. X berapa nak nampak
Quote lasagna 31-5-2024 03:37 PM
kak rock skrg dia bkn kira waktu muncul dah,
baik siang atau mlm.. ikot peredaran zmn moden kot..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-7-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.087713 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top