CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yuna Rahim Selamat Melahirkan Cahaya Mata Pertama!

28-5-2024 11:39 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 20812| Komen: 23

Description: Pelakon Yuna Rahim telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Isnin.

Pelakon Yuna Rahim telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Isnin.

Berita gembira tersebut dikongsi oleh suaminya, Muhammad Nurakmal Ayub yang memaklumkan Yuna selamat melahirkan anak mereka pada pukul 1.59 petang.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Yuna turut berkongsi nama anak sulungnya iaitu Muhammad Hud Adyan.

"Alhamdulillah Ya Allah. Isteri saya selamat bersalin pada jam 1.59 petang, 27 Mei 2024."

"Terima kasih pada yang mendoakan. Semoga kalian semua dirahmati di dalam naungan Ilahi. Amin Ya Allah."

Dalam hantaran lain, Yuna memberitahu dia dan bayi sudah dibenarkan pulang ke rumah pada hari ini.


Untuk rekod, Yuna dan Muhammad Nurakmal mendirikan rumah tangga pada 18 Februari tahun lalu.

Sumber: Instagram/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 28-5-2024 11:55 PM
Eh lainnya muka dia ms preggy..tahniah le dh dpt baby
Quote rosevelvet 29-5-2024 12:02 AM
Xleh recall pelakon mn ni
Quote Mary_jane 29-5-2024 12:18 AM
Alhamdulillah, selamat berpantang. Cepatnya masa berlalu.
Quote Missjass 29-5-2024 12:23 AM
rosevelvet replied at 29-5-2024 12:02 AM
Xleh recall pelakon mn ni

Dia dulu berlakon jadi adik mira basics dlm sweet dreams pstu tk perasan dah cerita apa dia berlakon spe tgk SD tu kenal la
Quote rosevelvet 29-5-2024 07:25 AM
Missjass replied at 29-5-2024 12:23 AM
Dia dulu berlakon jadi adik mira basics dlm sweet dreams pstu tk perasan dah cerita apa dia berlak ...

Tahun bila citer tu
Quote Missjass 29-5-2024 11:04 AM
rosevelvet replied at 29-5-2024 07:25 AM
Tahun bila citer tu

2019 rasa
Quote Burong_Hantuk 29-5-2024 11:10 AM
retis sendu mana nih???
Quote Mimo.mimo 29-5-2024 11:18 AM
Missjass replied at 29-5-2024 12:23 AM
Dia dulu berlakon jadi adik mira basics dlm sweet dreams pstu tk perasan dah cerita apa dia berlak ...

Pastu jadi adik tiri wanna ali dalam cerita dengan alif satar tu.
Quote I.K.A888990 29-5-2024 11:19 AM
Alhamdulilah tahniah tahniah
Quote chinta89 29-5-2024 11:39 AM
laaa ku ingat yuna yg menduniah tuhhh duhhhh tsilap org mehhh
Quote MistrezHermanaz 29-5-2024 11:49 AM
eh lain nya muka dia




Quote syamzana 29-5-2024 12:01 PM
dia ni iols ingatkan pelakon remaja lagi (lupa dah cite apa tp blakon best)
tak sgka menikoh ada bby dah pun
ke dia ni kawen awal??

btw, tahniah...welcome baby
Quote Missjass 29-5-2024 12:28 PM
Mimo.mimo replied at 29-5-2024 11:18 AM
Pastu jadi adik tiri wanna ali dalam cerita dengan alif satar tu.

Oh i tak tgk tv3 sekarang so tk tahu dia ada berlakon cerita tu
Quote heythere123 29-5-2024 01:16 PM
rasa macam baru haritu tengok sheols nikah. Dah ada anak ya. Tahniah
Quote alieyrina 29-5-2024 01:35 PM
Aku kenai sbb tengok drama ..lupa tajuk.. yg dini belakon jd main lead. Ok gak lakonan dia tu yg boleh ingat
Quote msdummy.2018 29-5-2024 01:48 PM
Aku hengat citer angkara cinta tuh cerita2 yg sibuk dibahas2 dlm forum ni..hjg2 ada jugak br kuar gua ek?
Quote dekmieDandy 29-5-2024 03:06 PM
yuna ni zaman dia keluar vibe macam elyana mendunia dulu

lepas dah dewasa, amek watak 'dewasa' hilang dah vibe/aura dia tu
Quote whadda 31-5-2024 01:22 AM
Dia ni masa belakon muka budak2 tapi suara besar cam org dewasa
Quote sharlenetexas 31-5-2024 01:32 AM
Mimo.mimo replied at 29-5-2024 11:18 AM
Pastu jadi adik tiri wanna ali dalam cerita dengan alif satar tu.

Pernah jadi adik dd juga. Dua2 watak jahat.

Tgk dia muda2 dh ada double chin padahal kurus.

Tahniah dapat baby.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.051407 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top