CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

10 tahun kahwin tiada rezeki anak, Marsha nak cuba IVF

29-5-2024 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6806| Komen: 31

Description: Selepas 10 tahun berkahwin tanpa dikurniakan cahaya mata, penyanyi Marsha Milan mengakui mahu mencuba kaedah rawatan kesuburan In-vitro (IVF), namun belum berkesempatan berbuat demikian.

Selepas 10 tahun berkahwin tanpa dikurniakan cahaya mata, penyanyi Marsha Milan mengakui mahu mencuba kaedah rawatan kesuburan In-vitro (IVF), namun belum berkesempatan berbuat demikian.

Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh, 39, berkata, dia dan suami masih mencari waktu sesuai memandangkan proses rawatan tersebut menuntut tempoh masa yang panjang.

“Sebenarnya sudah ada perancangan untuk IVF dari tahun lepas tetapi saya tiada masa lagi, seperti semua maklum kaedah berkenaan memerlukan komitmen penuh dari segi waktu.

“Perkara ini pun dah bincang dengan suami, dia setuju sahaja. Kami sudah berjumpa pakar-pakar sebelum ini, tinggal lagi cari waktu untuk lakukannya sahaja.

“Kalau nak cakap soal tarikh itu pun saya belum tahu, rawatan ini rumit apatah lagi untuk wanita kerana memerlukan rehat dalam jangka panjang, banyak benda saya kena fikir sebenarnya,” katanya kepada Kosmo! Online, baru-baru ini.


Tambah pelantun lagu Darah itu, dia juga terbuka mengenai pengambilan anak angkat andai benar hidupnya ditakdirkan tiada rezeki zuriat meskipun suaminya menasihati agar tidak berfikiran jauh.

“Kalau Allah kata tunggu, kami perlu reda. Suami pula tidak bagi saya fikir terlalu jauh lebih-lebih lagi soal pengambilan anak angkat.

“Saya tidak kisah mengambil anak angkat dan pernah terdetik untuk lakukan perkara tersebut jika tiada rezeki dapat zuriat sendiri.

“Suami pun tidak tergesa-gesa kerana kami pun belum tua sangat dan masih ada masa,” ujarnya.


Marsha mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 2015. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 29-5-2024 11:20 AM
Yg penting ..simpan embryo dulu marsha
Quote Burong_Hantuk 29-5-2024 11:47 AM
teringat kes panas sheols dulu..
Quote Aribaariba 29-5-2024 12:15 PM
Susun ikut priority la marsha... baru la automatik ada masa. Klu pentingkan yg lain selain nk anak, confirm la hal lain didahulukan, trying ivf for baby will be xde masa
Quote HoneyManjer 29-5-2024 12:27 PM
semoga dimudahkan urusan kome la...
Quote kerani_je 29-5-2024 12:48 PM
Burong_Hantuk replied at 29-5-2024 11:47 AM
teringat kes panas sheols dulu..

Kes panasss apo sis huntok? Kasi tumpah teh la sis..

Btw,  i rasa faktor berat badan suaminye tu yg payah lekat anak..Maybe laki marsya boleh cuba kurangkn gundu tu dulu..
Quote kerani_je 29-5-2024 12:50 PM
HoneyManjer replied at 29-5-2024 12:27 PM
semoga dimudahkan urusan kome la...

Marsya mcm bz n aktif dlm bidang seni ni..Rasa dah boleh slow down..Fokus more on family..Lagipun die nk dekat 40 dah pun..Better cepat2 plan ivf tu..
Quote Neno90 29-5-2024 01:50 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan sis. InshaAllah.
Quote HoneyManjer 29-5-2024 02:15 PM
kerani_je replied at 29-5-2024 12:50 PM
Marsya mcm bz n aktif dlm bidang seni ni..Rasa dah boleh slow down..Fokus more on family..Lagipun  ...

tula..tpi dia mmg tak pernah nampak fomo nak beranak mcm seti elizad ke mona ke..
baru ni jer nampak muncul bab nih...
takpe la doakan jer la.....
setengah org mmg tanak anak...tkt org cakap buruk...dia senyap2 jer....kot la kan...kita mana tahu
Quote zuriey 29-5-2024 02:57 PM
Dia ni npk mcm simple2 gitu je
Untung la dpt sauk ank orka
Quote Burong_Hantuk 29-5-2024 03:11 PM
kerani_je replied at 29-5-2024 12:48 PM
Kes panasss apo sis huntok? Kasi tumpah teh la sis..

Btw,  i rasa faktor berat badan suaminye tu  ...

Katanya dulu masa dgn ex bf, sheols pernah gugurkan ....
Quote hokeypokey 29-5-2024 04:36 PM
dh lama eh kawen, tak perasan plak dh 10 tahun.. sendu sgt couple ni sbb takde anak, takde penyondol..
Quote pocongkiutss 29-5-2024 04:41 PM
Ipar & biras dia yg kawin skali dgn dia pun lum ada rezeki anak lg
Quote makcun14 29-5-2024 08:25 PM
Burong_Hantuk replied at 29-5-2024 03:11 PM
Katanya dulu masa dgn ex bf, sheols pernah gugurkan ....

zaman af tengah hot kan,
habis Makeup artis astro bukak cerita.
lantakkan la ...
masa tu sheols bukan muslim pun, patutnya ex bf yang sah lahir islam tu bertanggungjawab tunjuk contoh yang baik. ini tak, heols pulak yang pressure she gugurkan.
Quote NuansaBiru 29-5-2024 08:30 PM
39 m4SiH mUdA
Dah tu umur berapa optimum nak beranak?
50?
Feeling janet jackson?
Quote aina_shaira 29-5-2024 08:33 PM
makcun14 replied at 29-5-2024 08:25 PM
zaman af tengah hot kan,
habis Makeup artis astro bukak cerita.
lantakkan la ...

Nak tahu sape ex bf dia tu
Quote CurangLagi 30-5-2024 01:58 AM
Sian Marsha.. Lupa2 kes dia dulu. Yg smpi makan bnyk pil masuk spital tu. Masa tu dia mmg couple dgn somi ni? Or dgn org lain? Lupa2 ingat. Tp iols hrp she dpt anak la ASAP. Bagus family somi.. 10 yrs pun masi terima seadanya
Quote anony-mous 30-5-2024 02:16 AM
Burong_Hantuk replied at 29-5-2024 11:47 AM
teringat kes panas sheols dulu..

Ish baru nk komen benda yg sama. Sgt2 hot i wonder is it true?
Quote Av3ng3rs 30-5-2024 02:58 AM
CurangLagi replied at 30-5-2024 01:58 AM
Sian Marsha.. Lupa2 kes dia dulu. Yg smpi makan bnyk pil masuk spital tu. Masa tu dia mmg couple dgn ...

Entah2 suami yg tak subur..
Quote leftrani_kel 30-5-2024 05:54 AM
Semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.049415 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top