CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Moga Bella Temui Kebahagiaan – Muaz Zabir

14-6-2024 09:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9774| Komen: 101

Description: PELAKON Muaz Zabir mengakui tidak mengetahui mengenai perceraian antara kenalan artis, Bella Astillah dengan Aliff Aziz hari ini.


PELAKON Muaz Zabir mengakui tidak mengetahui mengenai perceraian antara kenalan artis, Bella Astillah dengan Aliff Aziz hari ini.

Bagaimanapun, Muaz atau nama sebenarnya Muaz Mohamad Zabir, 27, mendoakan yang terbaik buat Bella dalam mengharungi dugaan hidup.

Katanya, setiap individu mempunyai takdir tersendiri dan dia mengharapkan agar peminat turut dapat mendoakan yang terbaik buat Bella.

“Mungkin takdir yang ditentukan itu adalah yang terbaik untuk kita. Saya tidak tahu bagaimana mahu ungkap perasaan sama ada kasihan atau sebaliknya pada dia (Bella).

“Namun, saya mendoakan Bella agar menemui kebahagiaan dan berjaya mengharungi cabaran hidup selepas ini.

“Seperti mana yang kita tahu, dia wanita yang kuat. Saya harap semua mendoakan yang terbaik buat dia,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran siri terbaharu Viu, Bawah Payung Awan, hari ini.


Menurut Muza dia hanya mengetahui berita berita perceraian Bella dan Aliff setelah dimaklumkan rakan-rakan.

Bahkan, dia juga tidak sempat melayani media sosial kerana sibuk dengan penggambaran.

“Maaf saya betul-betul tak sempat tengok media sosial sebab hari ini sibuk menjalani penggambaran.

“Hari ini saya bernasib baik apabila pihak produksi memberi pelepasan  menghadiri acara ini dan akan bergegas ke Genting Highlands bagi menyambung penggambaran.

“Tapi saya tahulah yang mereka (Aliff dan Bella) sudah bercerai kerana orang sekeliling bercakap,” katanya.

Terdahulu pelakon drama Iskandar Cempaka itu pernah dikaitkan bermain cinta dengan Bella untuk membuatkan Aliff cemburu.

Kemudian tular dalam platform TikTok pendedahan perbualan dan gambar mesra Muaz dan Bella sekali gus meraih reaksi pelbagai netizen.

Hari ini Aliff menceraikan Bella dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 33, melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat pada pukul 1.10 petang selepas mahkamah membenarkan permohonan perceraian yang dibuat Bella pada 11 Mac lalu. 

Sumber – HIBGLAM


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote honam 14-6-2024 10:38 AM
apa lagi.....
Quote sukanyanyi 14-6-2024 10:48 AM
ececececeh.... tp mmg dah takde pape berbulan2 dah kan.. kalo nak sambung balik, tunggu lama2 sikit, at least lepas abis edah.. tu pun kalo masih berminat
Quote LaskarHijayu 14-6-2024 10:52 AM
Ahh kauuu......
Quote Perawankota 14-6-2024 01:02 PM
Tak tau konon… drama kuat
Quote honey_yayan 14-6-2024 01:06 PM
Haaa dah boleh dah tu
Quote beatgirlX 14-6-2024 01:19 PM
Alaa.. Sabar skit.. Pastu ok dah sb time tu Bella nak ngorat sapa2 pun x kisah dahh
Quote Hypothetically 14-6-2024 01:22 PM
sukanyanyi replied at 14-6-2024 10:48 AM
ececececeh.... tp mmg dah takde pape berbulan2 dah kan.. kalo nak sambung balik, tunggu lama2 sikit, ...

I rasa kalau bella nak berbalik pada muaz tu hak dia since dia pun dah cerai, cuma tunggu je lepas iddah, jaga tingkah laku tu sikit waktu ni, sama je mcm alep, boleh je sambung dgn ruru, hidup masing2.
Quote matjerk 14-6-2024 01:29 PM
Hypothetically replied at 14-6-2024 05:22 AM
I rasa kalau bella nak berbalik pada muaz tu hak dia since dia pun dah cerai, cuma tunggu je lepas ...

I pun setuju bella berbalik ke her BabybooSardin Muaz.
Quote sukanyanyi 14-6-2024 02:02 PM
Hypothetically replied at 14-6-2024 01:22 PM
I rasa kalau bella nak berbalik pada muaz tu hak dia since dia pun dah cerai, cuma tunggu je lepas ...

Ha'ah, jgn buat mcm DD, olok2 pegang tangan konon dating.. padahal tgn pompuan tp kan da kena sound.. tgh waktu sensitip, ramai perati
Quote sukanyanyi 14-6-2024 02:03 PM
matjerk replied at 14-6-2024 01:29 PM
I pun setuju bella berbalik ke her BabybooSardin Muaz.

Hai matjerk.. tunggu jugak komen uols psl update kes ni.. amboi, mana dtg sardin tuu
Quote matjerk 14-6-2024 02:12 PM
sukanyanyi replied at 14-6-2024 06:03 AM
Hai matjerk.. tunggu jugak komen uols psl update kes ni.. amboi, mana dtg sardin tuu

Panggilan bella utk muaz kan.. mereka serasi bersama.. dah x salah klu nk teruskn hubungan pun... but im sure... dia x semerenyam tu kot... mesti pasni all out keje n menari kt tiktok... mcm lps cerai dulu...
Quote sukanyanyi 14-6-2024 02:14 PM
matjerk replied at 14-6-2024 02:12 PM
Panggilan bella utk muaz kan.. mereka serasi bersama.. dah x salah klu nk teruskn hubungan pun...  ...

oo gitu.. tula, mungkin la kot fokus kerja n diri sendiri.. tak perlu rebound; rebound pun jarang kekal..
Quote I.K.A888990 14-6-2024 02:21 PM
eh eh amboi amboi amboi kemain

tak sabar aku nak tgu kes khalwat tu..apa citer senyap je...mesti happy kan skandal2 selain ruhanis sarah tu..selamat tak kena londeh lagi
Quote kakasotong2 14-6-2024 02:34 PM
Thread sebelah ada acik porem bgtaw nampak muaz dengan nabelah keluar sama
Quote amarakasih 15-6-2024 02:13 PM
harap b jangan lah tegedik-gedik macam presiden yer....macam terpaling semua terpaling. jaga lah diri, status dan maruah. awak bernasib baik kisah buat alep cemburu tu tak naik sandat. tapi orang tau. so hati-hati lah

I wish you and your kids well
Quote AWEKSAMURAI 16-6-2024 01:49 AM

Sekadar imbau kenangan lalu kiki

[tiktok]7373470008464133394[/tiktok]
Quote AWEKSAMURAI 16-6-2024 01:51 AM
kakasotong2 replied at 14-6-2024 02:34 PM
Thread sebelah ada acik porem bgtaw nampak muaz dengan nabelah keluar sama

Katanya ada love bite kat belakang leher juaaa...2 hari sebelum di ceraikan heheh..
Quote Hypothetically 16-6-2024 07:20 AM
amarakasih replied at 15-6-2024 02:13 PM
harap b jangan lah tegedik-gedik macam presiden yer....macam terpaling semua terpaling. jaga lah dir ...

Same goes to alep, cukup2 lah, akhir zaman dah, org2 lelaki berpusu pusu nak tegakkan agama Islam n fight in the name of Islam, ko masih nak berscandal ke hulu hilir, malu sikit, esp dgn anak2 ko, didik dan bimbing anak2 tu tunjukkan contoh yg baik, jgn susahkan hati mak bapak ko lagi, dont contradict himself, sekejap jadi alim, skjp jadi playboy, bertaubat dgn sebenar benarnya.
Quote myhairisbad 16-6-2024 07:49 AM
Klu ckp no komen, takleh ke

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.056848 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top