CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Perlu Nafkah Sebab Anak Harta Paling Bermakna – Bella Astillah Tak Buat Tuntutan Harta Sepencarian

14-6-2024 09:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9104| Komen: 56

Description: "SAYA tak buat sebarang tuntutan sebab bagi saya harta paling bermakna ialah anak-anak.”

"SAYA tak buat sebarang tuntutan sebab bagi saya harta paling bermakna ialah anak-anak.”

Demikian reaksi Bella Astillah, 30, susulan keputusannya melepaskan tuntutan mutaah, idah, tunggakan nafkah isteri, hutang perkahwinan dan harta sepencarian selepas disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Bagi bekas isteri penyanyi Aliff Aziz itu, berkata, mendapat hak penjagaan dua anaknya iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4, sudah cukup buat dirinya.

“Sudah dapat anak-anak, itu nombor satu yang paling syukur.

Saya tidak mahu panjangkan lagi apa-apa selepas ini. Saya tidak mengharapkan apa-apa daripada Aliff.

“Sekarang ini adalah fasa untuk ‘move on’ (terus ke hadapan) sahaja. Itu jauh lebih penting sebab saya ada banyak perkara lagi mahu dibuat. Saya mahu jaga anak-anak,” katanya kepada HibGlam, hari ini.


Dalam masa sama, pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu bersyukur ramai terus mendoakan dirinya dan berharap hari ini merupakan kali terakhir dia menjejakkan ke mahkamah.

Alhamdulillah, terima kasih semua yang mendoakan saya. Mungkin ini kali terakhir saya berada di mahkamah syariah, Insya-Allah, Alhamdulillah sudah selesai.

“Tolong doakan saya dan anak-anak terus kuat dan bahagia selepas ini, insya-Allah,” jelasnya.

Mengulas tindakannya tidak bersalaman sebelum Aliff melafazkan cerai, Bella enggan memperincikan hal tersebut apatah lagi mahu berbaik dengan bekas suaminya dalam tempoh terdekat.

“Biarlah masa yang menjawab segala-galanya.

Masih belum sempat fikirkan perkara itu (bertemu Aliff). Jadi, kita tengok perlahan-perlahan, insya-Allah,” katanya lagi.

Tambah Bella, dia kini hanya ingin fokus membesarkan dua cahaya matanya selain mendoakan yang terbaik untuk Aliff.

“Saya doakan dia yang baik-baik sahaja,” ujarnya lagi.

Hari ini, Bella dan Aliff sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd. Najib Wan Hamat di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Pada 11 Mac lalu, Bella 
telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Aliff secara `fast track’ dengan alasan sudah tiada lagi persefahaman dan mawaddah (cinta dan kasih sayang).

Namun, pada 4 April lalu, Aliff enggan menceraikan Bella kerana masih sayang terhadap isterinya.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, serta Ara Adreanna, 3. 

Sumber – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sunshinelady 14-6-2024 10:29 AM
wah, happy la si alep ni tak perlu tunaikan tanggungjawab dia sebagai bapa. takde duit la tu kot.
Quote coconico 14-6-2024 11:04 AM
harga ketenangan bagi pihak Bella. tak perlu pening2 lagi or menghadap keluarga dari belah sana. You go girl!
Quote Tiggybiru 14-6-2024 11:06 AM
Hmmmmm iols amek pengajaran..mmg kena bg suami bg duit kat kita.pasai apa? Pasai nk bg dia bertanggungjawab noks..hg lepaih semua tanggungjawab dia dah pasaipa?tu kena tuntut..sikit pun cuba hg tuntut jugak. Nk buktikan yg hg ni isteri terpaling baguih ka?that he should be sorry to let go such a nice woman like you? No girl he wont appreciate that..he just tepuk tangan saja yay no need to pay anything
Quote oggy 14-6-2024 11:24 AM
Aliff tu ada harta ke nak tuntut pun
Quote akuHavocczz 14-6-2024 11:30 AM
Dia tahu si alep tu papa kedana. Tuntut nafkah kang makin panjang makin lama nak kena hadap mamat tak guna tu. Harta dia hanyalah putik jagung dan kata kata manis pada perempuan
Quote mongoose_kidz 14-6-2024 12:07 PM
Bagus pun mcm ni....nak bg bertanggungjawab apa??mmg x bertanggungjawab sejak dr awall lagi...duit pun ntah ade ntah tidak...dr nak kenaa naik court habis masa habis duit hati sakit....baik letgo je yg ni.klau betul aliff tu bertanggungjawab n tahu hukum agama klau x dituntut pun dia akan bagi....bg aku tindakan bella ni betul..
Dari nak mngadap muka si alif tu..baik dia move on keje elok2 besarkan anak2 dgn baik
Quote mongoose_kidz 14-6-2024 12:08 PM
Tiggybiru replied at 14-6-2024 11:06 AM
Hmmmmm iols amek pengajaran..mmg kena bg suami bg duit kat kita.pasai apa? Pasai nk bg dia bertanggu ...

skrg ni biar jela tepuk tgn ....
Klau betul tahu bab agama bnda ni mmg wajib bagi kot...jawab jela kat sana nnt
Quote rayna_raynes 14-6-2024 12:21 PM
Tiggybiru replied at 14-6-2024 11:06 AM
Hmmmmm iols amek pengajaran..mmg kena bg suami bg duit kat kita.pasai apa? Pasai nk bg dia bertanggu ...

Nak tuntut tuntut kena keluar kos juga untuk turun naik court. Pastu dah dapat perintah mahkamah pun bukannya confirm dapat. Enforcement di negara kita ni lemah.

Baik duit tu dia guna untuk sara anak-anak.

Quote Av3ng3rs 14-6-2024 12:26 PM
Edited by Av3ng3rs at 14-6-2024 12:31 PM

Mungkin bella pon malas dh.. malas nk tgk muka in laws, malas nk tgk muka ex laki.. karang kalo tuntut lagi terkait-kait.. mulut in laws pon mcm hamjad.. mslhnye kalo tuntut tu, kalo dpt takpe.. mungkin bella pon taw tak pyh buang masa tuntut nafkah kt laki yg tak berduit.. duit tak dpt, sakit hati yg dpt.. kalau dia ayah yg baik, dia taw itu kewajipan dia tak pyh nk menyusahkan pihak ibu pulak nk turun naik mahkamah.. bella pon duit dia cukup utk anak2 dia.. entah2 selama ni mmg bella yg sara semua.. tu yg dia mcm, dh pegi lantak ko sana..
Quote akuMNdia 14-6-2024 12:28 PM
nafkah anak tetap kena bagi yer sbb tu hak anak.
yg lepas tu cuma nafkah yg patut kena bagi kat bella jer.
Quote Tiggybiru 14-6-2024 12:51 PM
Maksud iols- pengajaran yang iols amek dari kisah ni : seorang isteri takleh melepaskan segala tanggungjawab suami,sbg isteri kena tuntut hak2 kita walaupun sedikit berdasarkan kemampuan suami tu
Sorry kalau semua salah faham ya
Quote ecahaha 14-6-2024 01:02 PM
Nafkah anak memang tanggungjawab bapa. Ibu tak boleh menafikan hak anak. Ibu kena tuntut bapa bertanggungjawab. Bapa tak nak bayar itu baru jadi kesalahan bapa. Tapi kalau ibu tak tuntut, ibu salah. Melainkan anak tu da boleh tuntut sendiri.
Quote deebiz14 14-6-2024 01:09 PM
Meols rase sheols malas da nak melayan alep n fam. Sudah cukup sudah, gitu. Settle out of court je la untuk tuntutan hak atau harta sepencarian tu tu pun klau ade nak bagi.

Dan klau betul penah tabligh, alep patut da tau je tanggungjawab heols kat anak2 tu. Klau tak lunaskan menjawab la ko alep kat akhirat nnt.

Quote Hypothetically 14-6-2024 01:17 PM
Dah lah focus je beri nafkah pada anak2, kereta pun bella yg sponsor that says so much, buang masa je nak tuntut hak yg lain. Make sure yg satu ni ko tak abaikan, tu je peluang ko utk buat baik pada anak2 sendiri, prove yrself as a worthy father.
Quote matjerk 14-6-2024 01:35 PM
Sbb Alip pun sengkek... hihihi
Quote dua_chzy 14-6-2024 02:05 PM
Tiggybiru replied at 14-6-2024 04:51 AM
Maksud iols- pengajaran yang iols amek dari kisah ni : seorang isteri takleh melepaskan segala tangg ...

Sepatutnya la kan bini tak perlu pun nak fight tuntut2. Dah blaja Pendidikan Islam dari Tadika sampai Tingkatan 5 tu patutnya reti la tanggungjawab, etc...
Quote Hypothetically 14-6-2024 02:18 PM
dua_chzy replied at 14-6-2024 02:05 PM
Sepatutnya la kan bini tak perlu pun nak fight tuntut2. Dah blaja Pendidikan Islam dari Tadika sam ...

Kan, kalau tak tuntut pun, alep boleh je dgn sukarela bagi apa yg dia mampu. So kalau bella tak tuntut, so ko pun diam tanda setuju. Cannot brain.
Quote dua_chzy 14-6-2024 02:22 PM
Hypothetically replied at 14-6-2024 06:18 AM
Kan, kalau tak tuntut pun, alep boleh je dgn sukarela bagi apa yg dia mampu. So kalau bella tak tu ...

Menjawab la kat akhirat. Hoh.
Quote Aribaariba 14-6-2024 04:21 PM
Tak bijak. Hak, patut dituntut. Samada lip bagi semua nafkah2 berkenaan yg dituntut tu, another matter. If lip bg, invest n grow duit tu utk future anak. Utk lip, itu bukti dia bertanggungjwb. Klu dia x bayar nafkah yg dituntut, itu bukti dia x bertanggungjawab. You have to put on record benda2 ni bella oiii. Hidup lama lg, insyallah. Xyau in future apa yg terjadi n memerlukan duit. Kau bukan selamanya muda. Tgk artis2 lama yg susah skrg.Patut bertindak bijak dgn menuntut yg hak . Bukan kau mencuri, bukan kau menipu. Aku yakin lip akan mendtgkan isu lg in future n time tu, ko nyesal x tuntut hak

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.049259 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top