CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Satu juta orang penduduk Palestin berdepan kematian, kebuluran bulan depan - PBB

14-6-2024 10:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4058| Komen: 1

Description: BANDAR RAYA NEW YORK – Ketua program bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa lebih sejuta penduduk Palestin di Semenanjung Gaza berdepan kematian akibat kebuluran menjela ...


BANDAR RAYA NEW YORK – Ketua program bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa lebih sejuta penduduk Palestin di Semenanjung Gaza berdepan kematian akibat kebuluran menjelang pertengahan Julai ini.

Agensi berita Anadolu melaporkan Ketua Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan, Martin Griffiths sebagai berkata, konflik di Sudan, Gaza dan lokasi lain di dunia menjadi semakin buruk sekali gus di luar kawalan.

“Perang ini memaksa berjuta-juta orang berada di ambang kebuluruan,” katanya.

Tambah Griffiths, hanya isu teknikal yang menghalangnya untuk mengisytiharkan kebuluran di lokasi-lokasi terjejas ketika ini, sedangkan ramai penduduk dunia telah mati kelaparan.

“Ini menyedihkan kerana kebuluran pada abad ke-21 ini adalah bencana yang boleh dicegah,” tegasnya.


Justeru, Griffiths mendesak negara-negara maju Kumpulan 7 (G7) untuk menggunakan penga­ruhnya bagi membantu menghentikan kebuluran.

“Menunggu pengisytiharan rasmi mengenai krisis kebuluran sebelum bertindak ibarat ‘hukuman mati’ terhadap ratusan ribu orang dan akan meningkatkan kemarahan masyarakat dunia,” ujarnya.

Negara-negara G7 terdiri daripada Itali, Britain, Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Jepun dan Kanada.

Menjadikan perang di Gaza sebagai contoh jelas dan nyata, Griffiths berkata: “Separuh daripada populasi Gaza iaitu lebih sejuta orang dijangka berdepan kematian dan kelaparan menjelang pertengahan Julai ini.

“Di Sudan pula, sekurang-kurangnya lima juta orang terumbang-ambing dan berada di ambang kelaparan. Penduduk di lebih 40 lokasi panas yang menderita kelaparan berisiko tinggi mengalami kebuluran bulan depan termasuk di bahagian Al Jazirah, wilayah Darfur yang dilanda perang serta bandar Khartoum serta Kordofan,” tambahnya.

Menurut PBB, konflik Sudan yang bermula pada April 2023 telah mengakibatkan lebih 16,000 kematian, manakala hampir 10 juta orang hilang tempat tinggal dan lebih 25 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan.

Ia menjadikannya antara krisis pelarian dan kelaparan terbesar di dunia.

Menjawab soalan mengenai pekerja bantuan kemanusiaan dihalang di Gaza dan Sudan, Griffiths berkata: “Keadaan ini mesti berubah, kita tidak boleh membuang masa walau seminit pun.

Menurut Griffiths, PBB akan terus melakukan segala yang terdaya untuk menyelamatkan nyawa penduduk dunia, namun katanya, bantuan kemanusiaan sahaja bukanlah jalan penyelesaian kepada krisis sekarang.

“Dunia mesti berhenti ‘memberi muka’ kepada penjenayah-penjenayah perang yang membuatkan orang awam di Gaza dan Sudan kebuluran.

“Sudah tiba masanya untuk kita mengutamakan diplomasi yang akan mengembalikan masa depan orang ramai dan G7 akan menerajuinya,” kata Griffiths.

Hampir 37,200 rakyat Palestin terbunuh sejak Oktober tahun lalu di Gaza dengan kebanyakan mereka ialah wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 84,800 yang lain cedera, demikian menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Lapan bulan selepas perang Israel berlarutan, Semenanjung Gaza kini hampir musnah sepenuhnya, di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat oleh Rejim Zionis. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dio5774 14-6-2024 10:53 AM
pbb asyik bagi report tindakan haram yilek

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.052331 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top