Kedai ‘ditutup’ angkara sihir dan dipecah masuk antara dugaan yang dialami oleh penyanyi Shiha Zikir sepanjang lebih setahun bergelar tauke Restoran Shiha Zikir Nasi Ayam. Menurut Shiha atau nama sebenarnya, Nurshiha Mohd. Zikir, 37, dia menyedari restoran miliknya seperti disihir selepas beberapa orang kenalan menghubunginya dan memberitahu kedainya tutup. “Ada kenalan dan pelanggan yang datang ke restoran bukan sekali tetapi, dua tiga kali tetapi lihat restoran tutup. “Saya juga selalu dapat panggilan yang bertanyakan waktu restoran dibuka. Walhal restoran saya bukan setiap hari daripada pukul 11 pagi sehingga 10 malam. “Saya ada keluarga yang turut membuka kedai makan untuk saya kata tidak percaya tidak boleh juga kerana benda berlaku dan bukan seorang dua nampak kedai ditutup,” ujar Shiha. Selain itu, restorannya yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur itu juga pernah dipecah masuk.
Meskipun begitu, Shiha masih positif menyifatkan dugaan yang dialaminya sebagai adat dalam dunia perniagaan. “Apa yang boleh saya lakukan hanyalah berdoa agar Allah permudahkan segala urusan. Saya belum berjumpa ustaz lagi, cuma berhubung di telefon untuk meminta doa yang boleh saya amalkan,” kata Shiha. Sebagai orang baharu dalam dunia perniagaan makanan, Shiha mengakui kecewa apabila restorannya diganggu secara mistik. “Saya sedihlah apabila perkara ini berlaku sepatutnya bersainglah secara sihat,” luah Shiha.
|
Perawankota: Pasal kedai kena sihir ni, aku ...
drivethru replied at 14-6-2024 12:32 PM
Aku byk kali lalu depan kedai dia. Tak teringin langsung nak singgah makan.
Perawankota replied at 14-6-2024 12:53 PM
Pasal kedai kena sihir ni, aku pernah terkena masa nak pi makan kt Restoran Puteri Brickfields milik ...
akuMNdia replied at 14-6-2024 03:05 PM
pernah makan nasi ayam dia..order online.
pada aku.. rasa nasi ayam pasar malam kat kpg aku lgi seda ...
sharlenetexas replied at 14-6-2024 02:30 PM
Pertama, sedap tak nasi ayam tu?
Kedua, ada staf mulut hansuang tak?
akuMNdia replied at 14-6-2024 07:05 AM
pernah makan nasi ayam dia..order online.
pada aku.. rasa nasi ayam pasar malam kat kpg aku lgi seda ...
ADVERTISEMENT