CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ben Amir siap siaga tawan Kem Pangkalan Everest - "Saya akan memulakan ekspedisi ke Everest Based Camp pada bulan depan"

14-6-2024 11:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5187| Komen: 24

Description: PELAKON Ben Amir kini rancak melakukan persediaan ekspedisi mendaki Kem Pangkalan Everest atau Everest Base Camp (EBC) di Khumjung, Nepal bulan depan.

PELAKON  Ben Amir kini rancak melakukan persediaan ekspedisi mendaki Kem Pangkalan Everest atau Everest Base Camp (EBC) di Khumjung, Nepal bulan depan.

Kata Ben atau nama lengkapnya, Muhammad Amir Sabaruddin, 34, bagi merealisasikan impian itu dia melakukan latihan berjalan kaki sejauh 10 kilometer (km) sehari di atas treadmill dengan membawa beg galas seberat 10 kilogram (kg).

“Sebaik selesai penggambaran, saya akan memulakan ekspedisi ke Everest Based Camp pada bulan depan.

Sebagai persiapan pada waktu lapang saya melakukan latihan berjalan kaki sejauh 10km sambil membawa bebanan seberat 10kg. Cara ini sebagai latihan untuk membiasakan diri nanti.

“Memang teruja dan tidak sabar untuk mendaki EBC kerana itu merupakan salah satu impian saya,” katanya kepada HibGlam ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Bawah Payung Awam, semalam.


Pelakon filem Polis Evo 3 itu turut memberitahu, dia akan meneruskan penggambaran sebaik pulang daripada pengembaraan ke EBC yang memakan masa 17 hari.

“Sebaik sahaja balik nanti saya akan masuk ke set penggambaran dan diharapkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Saya akan berada di sana 17 hari. Setiap hari akan memperuntukkan masa mendaki tujuh hingga lapan jam,” katanya.

Meski sudah bersedia fizikal dan mental, Ben tidak menafikan terselit rasa bimbang di hati seandainya berlaku sebarang perkara tidak diingini ketika pendakian nanti.

“Sudah tentu saya akan mengambil langkah berhati-hati sebab balik daripada ekspedisi itu nanti terus terlibat dengan penggambaran.

“Tidak dinafikan perasaan bimbang itu ada. Tetapi untuk misi ini kami menggunakan khidmat mereka yang profesional. Dia yang akan membantu dan beritahu apa yang perlu dilakukan di EBC nanti,” katanya.

Untuk info, EBC terletak di ketinggian 5,364 meter dengan memiliki pemandangan sekitar kawasan pergunungan Himalaya.

Lokasi tersebut menjadi tempat tarikan buat pengembara dan pendaki gunung yang gemarkan cabaran aktiviti lasak. 

Sumber - HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 15-6-2024 07:47 AM
Moga berjaya.
Quote JunkMail 15-6-2024 08:31 AM
Tak payah nak ekspedisi sangat lah
Quote lasagna 15-6-2024 04:42 PM
kalau azhan rani kaka caya gak laa,
sbb azhan ada bukti slalu mendaki submit,
dia ni ntoh ler.. cam lembik jer..
Quote kitaserupaaa 15-6-2024 05:47 PM
Best nya dpt gi EBC. Aku teringin gak nak gi sana tapi kene amik cuti min 3 minggu. Tu pun kalau cuaca ok. Kalau cuaca tak ok,  ade risiko flight dari Kathmandu - Lukla - Kathmandu boleh delay berhari2. Jalan darat pula jauh juga berhari2 baru sampai.
Quote sharlenetexas 15-6-2024 05:59 PM
Semoga selamat one piece.
Masih ngeri hawari hilang sampai skrg tak jumpa.



Quote sharlenetexas 15-6-2024 05:59 PM
Aku agak heols akan kena hencap.

Quote amyfaha 15-6-2024 06:20 PM
Natang claim bercoti alone dan lonely tp sahsah camera bergerak cam tgn org yg merakam si natang ni
Quote rayray28 15-6-2024 06:31 PM
Jgn ikut cm abil dah laaa..tibehhh cedera kaki bagai drama je lebih
Quote Cookeelaat 15-6-2024 06:49 PM
Good luck. BUT sila buat wasiat dan pesanan siap2, apa2 jadi kang takyah nak sibuk minta bantuan dan derma sana sini minta bawa balik apa bagai.
Quote I.K.A888990 15-6-2024 09:45 PM
berhati2 lah di sana nanti ye
tapi knp tak ramai yg komen kat abg jep ni

btw jgn lupa tgk drama dia dgn kaknab hokey
Quote kaedahnya 15-6-2024 10:56 PM
hesmes aa pulak. btw dia ada abang tak hmm
Quote Ytee 17-6-2024 07:19 PM
lawa rambut
Quote dedek12 17-6-2024 07:21 PM
Suka tgok vtt dia gi travel
Quote hasniey 17-6-2024 07:41 PM
Bukan ke dia ada cedera sebelum ni?larat ke nk g ebc?
Ke org lain ek.ramai sgt pelakon yg cedera
Quote cikenit2007 17-6-2024 08:43 PM
All the best.
Quote sayurmayur88 18-6-2024 11:40 AM
bahaya lah daki everest tuh.
Quote Thunderclouds 18-6-2024 01:22 PM
sayurmayur88 replied at 18-6-2024 11:40 AM
bahaya lah daki everest tuh.

Itu mt. Everest.
Yg dia nk p ni ebc.
Base camp sajork.
Paling² teruk pn altitude sickness (tp ada jugak yg mati sbb ni)
Moderate track gini beginners pn leh wat insyaallah.
Janji badan fit & leh menten stamina.
Quote dreamcatcher 18-6-2024 01:28 PM
Dia dah sampai gunung kinabalu ke belom?
Quote sayurmayur88 18-6-2024 02:13 PM
Thunderclouds replied at 18-6-2024 01:22 PM
Itu mt. Everest.
Yg dia nk p ni ebc.
Base camp sajork.

oic, pangkalan everest sajor.. pa2 pon hati2 buat ben..

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.046297 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top