CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff Syukri Pesan Pekerja Kena Angkat Kalau Bos Telefon Walau Cuti, Selepas Waktu Kerja

14-6-2024 11:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9341| Komen: 73

Description: Usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri berpendapat pekerja perlu sentiasa bersedia apabila menerima panggilan daripada majikan ketika di luar waktu bekerja atau pun pada hari minggu.


Usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri berpendapat pekerja perlu sentiasa bersedia apabila menerima panggilan daripada majikan ketika di luar waktu bekerja atau pun pada hari minggu.

Menerusi video dikongsikan di TikTok, Aliff berkata pekerja tidak seharunya berkira untuk menerima panggilan daripada majikan mereka kerana mereka akan dihargai jika rajin.


“Bos selalu telefon masa bukan waktu kerja boleh angkat tak? Okay bila bos korang telefon bukan waktu kerja kena angkat wajib angkat mana tahu ada perkara penting.

“Kalau bos telefon waktu cuti Sabtu Ahad kena angkat tak? Kena angkat sebab orang yang rajin, orang yang bos hargai ini adalah orang-orang yang tak berkira.


“Jadi walaupun masa cuti kena beritahu ‘ya bos, kenapa bos apa yang boleh saya bantu?’ Kalau katakan kau tengah sibuk, kau tak sempat nak angkat telefon balas WhatsApp cakap ‘kenapa bos tadi saya tengah mandi, tengah berak’” katanya.

Menurut Aliff lagi, daripada situ juga majikan dapat melihat pekerja yang berdedikasi dalam masa yang sama dilihat menghormati majikan.

“Jangan senyap sebab kalau kita sendiri nak jadi bos kepada pekerja kita tapi anda tak boleh menghormati bos anda, anda tak nampak dedikasi macam mana bos anda nak naikkan pangkat, nak naik gaji.

“Jadi anda seorang pekerja yang bagus kena sentiasa mengangkat telefon majikan walaupun malam, siang atau pagi ke petang. Cuma kalau tak sempat tu kenalah balas,” katanya.

Sumber : Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 14-6-2024 11:51 PM
Kalau pekerja telefon boss luar waktu kerja, boss angkat tak?


Quote miss_perfect 14-6-2024 11:54 PM
Teruknya bos.
Quote misc 15-6-2024 12:30 AM
Yihhh sgt bos mcm ni. Hormat la sikit waktu rehat org.Boss aku siap mintak maaf berkali2 kalau terpaksa call time aku off day. Tu pun sekali je dlm beberapa tahun.
Quote AWEKSAMURAI 15-6-2024 12:54 AM
Otak ko lah sejemis bos xde hati perut mmg gini lah .. jibai
Quote SedihPedih 15-6-2024 01:13 AM
Boleh alepp....bayar laaaaaa utk staff tu dgr suara bingit kau lepas office hour
Quote HappyGumbira 15-6-2024 01:43 AM
Tak setuju lgsg. Bila masa staff nk kualiti time dgn famili kalau melayan ko manjang. Kita contact staff luar waktu kerja pun via chat wa tu pun mmg btl2 hal emergency, kunci opis hilang ke apa. Kalau hal kerja, lagi boleh tunggu next day, tggu je la
Quote slyfynx 15-6-2024 01:46 AM
Boleh, tp 1 phone call tu dikira OT sejam. X masuk buat keje, tu kire jam lain.
And setiap perkataan yang ko jerit, 1 jam OT lg
Quote matbad 15-6-2024 02:24 AM
Biadapnyaaa kacau masa stuff..bukannya stuff tu kena hamba abdikan diri utk majikan..ambk adk bradik la jd stuff..dok 1rumah mudah nak suruh apa2
Quote bungarose 15-6-2024 04:20 AM
Ngko demand staff cenggituh, ngko kena sanggup ler bayar gaji dia 24jam 7 hari seminggu

Bukan bayar gaji 8am to 5pm tapi ngko suruh dia bekerja 24jam
Quote lyshafull 15-6-2024 04:50 AM
Nk expect ape dri company mcm ni
Amik kesempatan last2 dyrg je kaya
Yg pekerja x de pun duit lebih nk bagi
Quote bulalof 15-6-2024 07:17 AM
bodoh punya mentality for a so called boss.
Quote Afifi82 15-6-2024 09:52 AM
Puiiiii! Sila mereput.
Quote tagas 15-6-2024 09:58 AM
Semak laaaaaa

Nak cowti pun semakkkk
Quote ekselen 15-6-2024 10:13 AM
kalo dlm contract kata waktu cuti is waktu cuti meaning kau x boleh diganggu lah.. lain la dlm contract kata keja kau kena sentiasa standby even waktu luar working hours br la ayat toklip ni leh terpakai...utk aku xsuka diganggu waktu cuti kecuali kalo benda boleh settle verbally je.. kalo kena online berjam2 malas la iols melainkan bos bg OT..
Quote marchikobonzo 15-6-2024 10:16 AM
Pegi mati lah..orang nak rehat lepas kerja..bos aku pun kalau call lepas waktu kerja dia punya apologise lagi lama dari nak tanya hal kerja..
Quote animcute 15-6-2024 10:30 AM
a s ni contoh booss toxic sb anggap life staff tu utk jadi hamba abdi
truthfully akaq sbg boss tu rasa bersalah klu call outside working hours..minta maaf have to call/text,  tu pun klu emergency shj. klu setakat nak tanya surat tu letak kat file mana jgn la call staff, tu boss bodoh namanya..
Quote Kiahlemau 15-6-2024 11:06 AM
Mujur la aku tak pernah dapat boss gile mcm ni....ko ingat bayar gaji tu utk jadi macai ko 24/7 ke?
Quote m2506 15-6-2024 11:09 AM
xkosa nak layan..
jgn kan call.. wasap pun aku malas reply...
Quote Zeatyisaac 15-6-2024 01:32 PM
I dulu ada dua handphone. Satu, kegunaan ofis, satu untuk family di kampung. Balik kerja, I offkan HP office. Nak dijadikan citer, my boss meninggal weekend. I baru tahu Isnin tu, tapi I pergi jugaklah ziarah.

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.050981 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top