CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Riena Diana & Keith Foo Banyak Persamaan, Nafi ‘Sailang’ Daripada Tiz Zaqyah

15-6-2024 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6957| Komen: 9

Description: Pelakon Riena Diana memberitahu dirinya dan aktor Keith Foo mempunyai banyak persamaan selepas menjalani penggambaran untuk drama terbaharu di slot Samarinda yang berjudul Salju Rindu.

Pelakon Riena Diana memberitahu dirinya dan aktor Keith Foo mempunyai banyak persamaan selepas menjalani penggambaran untuk drama terbaharu di slot Samarinda yang berjudul Salju Rindu.

Menurut Riena, mereka baru mengenali satu sama lain dalam tempoh lebih kurang sebulan dan akui selesa berteman rapat.

"Secara peribadi, kami berkawan rapat dan tengah mengenal hati budi masing-masing. Nak beritahu lebih-lebih pun kami masih baru. Doakan yang terbaik kalau ada jodoh Insya-Allah dipermudahkan."

"Mula-mula masa shooting pun kami dah macam berkawan baik di set. Bila cuma nak cari chemistry di set benda lain pula yang jadi."

"Sebenarnya tidak berlaku cinta lokasi sebab kami berkawan baik di set cuma mungkin selepas beberapa minggu tu baru sedar kami banyak persamaan. Bila dah kenal dengan lebih rapat, kami banyak persamaan yang menyebabkan kami kongsi benda yang kami suka dan tak suka."



Dalam pada itu, disoal mengenai hubungan Keith yang pernah digosipkan dengan pelakon Tiz Zaqyah, Riena tidak mahu mengulas lanjut tentang perkara itu.

"Saya rasa tak sesuai untuk saya jawab lebih baik tanya tuan badan sendiri betul tak Keith dengan Tiz sebab setahu saya mereka hanya bekerjasama untuk satu produk dan ada video mereka berdua untuk promosi produk tersebut."

"Tapi saya tak boleh nak ulas lebih-lebih sebab lebih baik tanya Keith dengan Tiz sendiri. Baru-baru ini yang saya mengenali Keith katanya dia single. Saya tak rampas sesiapa."

Riena berkata demikian semasa ditemui di sesi sidang media I Can See Your Voice Musim Ketujuh di ROM 8 Studio, Petaling Jaya, semalam.

Terdahulu, Riena dan Keith membuat pengakuan bahawa mereka sedang bahagia bersama dan tidak menolak jika ditakdirkan mereka bertemu jodoh, suatu hari nanti.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AWEKSAMURAI 15-6-2024 10:28 AM
Entah lah aku cuma rasakan dorang propa utk drama terbaru dorang je ..masa dorang ckp dorang together aku nampak muka fake je dedua
Quote sukanyanyi 15-6-2024 10:47 AM
AWEKSAMURAI replied at 15-6-2024 10:28 AM
Entah lah aku cuma rasakan dorang propa utk drama terbaru dorang je ..masa dorang ckp dorang togethe ...

Hahah.. kalo betul fake, mcm tahpape je retis sanggup fake-kan relationship untuk drama.. kalo aku, benda tu buat jatuh saham.. buat org pikir, ko kejap ngan org ni, kejap lg ngan org tu.. aku yg tak paham dunia rentis kot. Tp yg ni aku rasa mcm betul je.. sbb aku kesian si rina ni dgn ex asyik on off. So harap dia hepi la plak kali ni
Quote AWEKSAMURAI 15-6-2024 10:59 AM
sukanyanyi replied at 15-6-2024 10:47 AM
Hahah.. kalo betul fake, mcm tahpape je retis sanggup fake-kan relationship untuk drama.. kalo aku ...

Itu lah dunia artis depan camera lain bakang camera lain ..tu belum citer sampai ke atas katil lagi arini mengonjeng esok mcm dh xde apa2
Quote lasagna 15-6-2024 04:38 PM
keith xde bagi statement ke psal ni?
asyik si lailer ni jer yg berkata-kata..
Quote pakwetizzaqyah 16-6-2024 12:17 PM
dah lawa.. sapa yang tak nak selesa... cantik peha tiz...muah
Quote Carcosa 16-6-2024 04:56 PM
Propahhhh. Saja nak promot drama.
Mcmla kita2 ni bongok mcm dia 2 ekor
Quote Ytee 17-6-2024 07:16 PM
oooo ok
Quote dedek12 17-6-2024 07:24 PM
Moga berbahagia la lailerrr kalau propa hmm taktau nak kata...
Quote prettygood 18-6-2024 04:04 PM
keith foo ni islam ke

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.184868 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top