CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hafidz Roshdi Terkilan, Beri Masa 24 Jam Untuk Individu Padam Fitnah Terhadap Ibu – ‘Saya Perlu Bertindak!’

16-6-2024 06:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 196494| Komen: 6705

Description: Pelakon Hafidz Roshdi terkilan apabila ibunya, Haniza Mohd Jabar didakwa telah difitnah di media sosial.

Pelakon Hafidz Roshdi terkilan apabila ibunya, Haniza Mohd Jabar didakwa telah difitnah di media sosial.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Hafidz berkata, dia terpaksa bertindak selepas bertubi-tubi tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepada ibunya.


Fitnah terhadap ibuku. Seperti yang boleh dilihat di media sosial sekarang, ibu saya galak difitnah dan dicerca.

Saya terkilan dengan apa yang terjadi dan menjadi kewajipan untuk saya tepis semua tuduhan dan fitnah yang jelas telah dilemparkan kepada Bonda saya yang tersayang.

Saya selalu memilih untuk berdiam diri dan bersabar selama ini tapi bila ibu disentuh, saya perlu bertindak!


Dakwa Hafidz, individu yang memfitnah ibunya itu dikenali sebagai Keturunan Oyen dan dia memberi amaran supaya berhenti daripada menyebarkan fitnah.

"Kepada individu yang menggelarkan dirinya sebagai Keturunan Oyen, saya menyarankan agar anda berhenti serta merta dari menyebar fitnah ke atas ibu saya dengan menyiarkan tuduhan yang palsu dan menjijikkan ini."

"Pihak saya sedang membawa perkara ini kepada pihak berkuasa untuk menegakkan yang haq."

Tambahnya, dia memberi tempoh masa 24 jam bagi mana-mana pihak yang memuat naik hantaran mengenai ibunya berhubung isu fitnah di media sosial untuk memadam kandungan tersebut sebelum tindakan undang-undang diambil.

"Kepada pihak yang menaikan posting di blog dan semua media sosial, sila turunkan artikel yang mengandungi gambar ibu saya berkaitan dengan isu ini dalam tempoh 24 jam."

"Jika gagal berbuat demikian dalam tempoh yang diberi, saya tidak akan teragak-agak untuk menggunakan hak saya untuk mengambil tindakan undang-undang."

Dalam pada itu, Hafidz sempat menyatakan rasa sayang terhadap anak-anaknya, Humairah dan Umar.


"Kepada anak-anak abah, Humairah dan Umar, walaupun kita berjauhan, Abah sedang usahakan yang terbaik untuk kita. Humairah dan Umar sentiasa di hati Abah. Doa Abah untuk anak-anak kesayangan Abah sentiasa akan titipkan."

Terdahulu, bekas isteri Hafidz iaitu Nurul Shuhada mendedahkan menerima ‘screenshot’ perbualan daripada pengikutnya di mana ibu kepada bekas suami didakwa mengata dirinya dengan orang terdekat.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matjambu 16-6-2024 08:21 PM
aku awal sangat ke masuk
Quote matjambu 16-6-2024 08:22 PM
mod..bagi la tacang lebih..aku dah support teres ko bukak ni..
Quote rendangayam 16-6-2024 08:26 PM
Awal sgt
Quote KakRumiMenari 16-6-2024 08:57 PM
Aigooo i cant unseen b1 & b4 hahahaha #ytjt
Quote Lolalala 16-6-2024 09:06 PM
Tak de ke SS fitnah oyen tu? Yg HR tulih tu pun x clear laa
Quote dedek12 16-6-2024 09:06 PM
Apa kes
Quote klopis 16-6-2024 09:54 PM
Hahahahahaaha
Quote qaqaarjuna 16-6-2024 10:11 PM
Apa kes pulak ni
Quote dua_chzy 16-6-2024 10:40 PM
Tak sangka mak Hafidz Roshdi lawa macam muka Leez AF versi 60an.
Quote matjambu 17-6-2024 12:04 AM
mod ni pemalas la..tepek la bukti katanya keturunan oren tu fitnah..
Quote matjambu 17-6-2024 12:05 AM
aku sangat gigih nak naik level 8
Quote syamzana 17-6-2024 12:05 AM
fitnah apa??? mana nak baca???
mohon tt tepek bukti. tak pun bg la link.

dia ni belakon lg ke dah kerja grab/ehailing sepenuh masa???
Quote matjambu 17-6-2024 12:05 AM
KakRumiMenari replied at 16-6-2024 08:57 PM
Aigooo i cant unseen b1 & b4 hahahaha #ytjt

cari kacang lebih ke nak naik level..
Quote matjambu 17-6-2024 12:07 AM
syamzana replied at 17-6-2024 12:05 AM
fitnah apa??? mana nak baca???
mohon tt tepek bukti. tak pun bg la link.


kena seru MKL masuk sini..mane tau dia leh spill
Quote matjambu 17-6-2024 12:10 AM
laaaa…momod amik cite kt benang ngai pastu bukan tered..
Quote KakRumiMenari 17-6-2024 12:17 AM
matjambu replied at 17-6-2024 12:05 AM
cari kacang lebih ke nak naik level..

Mustilah chuols.. susah nak cari pangkin nak lepak skrg ni.. hahaha
Quote azwanaliori 17-6-2024 12:24 AM
Jd bini menyusahkan jd janda pun menyusahkan. Mmg suwei bala ngai ni
Quote _blackbird 17-6-2024 12:36 AM
Mana receipt?
Quote putericahaya999 17-6-2024 12:41 AM
Cantik dan muda mamanya berbanding menantu nya sblmni

Lihat semua komen(6705)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 2.309001 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top