CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pelawak Harith Iskander dan Dr Jezamine bercerai?

9-7-2024 02:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 55799| Komen: 215

Description: Isteri kepada pelakon dan pelawak terkenal, Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim mengesahkan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini.


Isteri kepada pelakon dan pelawak terkenal, Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim mengesahkan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini.

Menurutnya, dia memfailkannya pada sekitar bulan lalu dan tidak menafikan berita terbabit.

"Betul, saya sudah memfailkan cerai. Saya tidak ingat tarikh sebenar permohonan dibuat, tetapi lebih kurang sebulan lalu," katanya.

Namun begitu, Dr Jezamine belum bersedia berkongsi mengenai butiran mengenai masalah melanda rumah tangga mereka. Tiba masa, dia akan kongsi juga.

"Saya tiada komen. Mungkin nanti saya akan ceritakan," katanya.

Mengikut sumber kes perceraian Dr Jezamine dan Harith bakal disebut di mahkamah, bulan ini.

Sementara itu, Harith, 58, ketika dihubungi Harian Metro untuk mendapatkan pengesahan bagaimanapun memilih tidak mengulas lanjut.


"Saya tiada sebarang komen mengenai perkara ini," katanya.

Untuk rekod Harith dan Dr Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik_ingeniare 9-7-2024 12:24 PM
Alahai yeker? Takde angin ribut tiba tiba cerai.. salam takziah
Quote jlo 9-7-2024 12:24 PM
nampak happy je..siapa sangka ya..
moga yg baik2 untuk dorang
Quote nhao 9-7-2024 12:24 PM
iols upload tonggang terbalik. sorry la uols
Quote nhao 9-7-2024 12:25 PM
jlo replied at 9-7-2024 12:24 PM
nampak happy je..siapa sangka ya..
moga yg baik2 untuk dorang

kan, semua nampak seronok happy, tau2 gini lak
Quote Manusiabesa 9-7-2024 12:27 PM
Halahh marriage ni klu dh berusia belasan tahun, mmg fragile jugak lagi. Xkisah la dh brpa years pon, dugaan tu tetap ada. X dtg dri pasangan, dtg dr org ke3. Penyondol ke, selisih faham ke, cemburu ke, kwangan ke, mcm2. Smua couples xterlepas dri ujian rmhtgga.  Dpt harungi, kekal lg. Xdpt harungi, cerai. Dunia retis plk prgaulan bebas, xda keberkatan. DR pun lawa hot eduketed so bersusun jntan nk try. Almost full package
Quote kakakgarang 9-7-2024 12:34 PM
la.. iolls minta deyolls.. tak sangka.. jgn di sangka air yg tenang tade buaya..
Quote dagusengett 9-7-2024 12:53 PM
Takziah
Takpe dr tu hot mum
Quote misspokoyo 9-7-2024 12:59 PM
Manusiabesa replied at 9-7-2024 12:27 PM
Halahh marriage ni klu dh berusia belasan tahun, mmg fragile jugak lagi. Xkisah la dh brpa years pon ...

betul wei.. abg iols keje blkg tabir pon nampak tak berbatas.. bertepuk tampar dgn retis2.. even krew2 yg pki tudung pon elok je peluk2 artis lelaki...
Quote lilacomot 9-7-2024 01:02 PM
takziah ye....nmpk hepi2 je x sangka kan
Quote prettyuglybabe 9-7-2024 01:06 PM
dua-dua urban pun cerai juga ye..
Quote nhao 9-7-2024 01:07 PM
prettyuglybabe replied at 9-7-2024 01:06 PM
dua-dua urban pun cerai juga ye..

tu la kalo ikutkan masing2 faham la sbb urban kan. tapi tu la
Quote vanillaninja 9-7-2024 01:09 PM
Wow. This one memang tak sangka langsung. Takziah. Semoga yang baik2 je untuk anak2 theyols.
Quote TomyamPuteh 9-7-2024 01:27 PM
Dua2 liberal pun tak serasi gak ke?
Quote Shayang 9-7-2024 01:36 PM
Lawa doktor nih
Dah ada anak dara dah rupanya
Lama gak dorang kahwin
Quote Dysania@72 9-7-2024 01:38 PM
biawak?
Quote Shayang 9-7-2024 01:39 PM
nhao replied at 9-7-2024 01:07 PM
tu la kalo ikutkan masing2 faham la sbb urban kan. tapi tu la

Yg pasti kapel urban rata2 bila cerai takde laa kecoh gaduh saling dedahkan aib pasangan memasing
Tau2 dorang dah nak cerai, pastu takde gaduh ank2 elok je bleh jumpa
Quote nia_salina 9-7-2024 01:41 PM
sbb dh tk sekufu ke. apa job harith ni skang ek. i never find him funny
Quote BoongaKertas 9-7-2024 01:44 PM
nia_salina replied at 9-7-2024 05:41 AM
sbb dh tk sekufu ke. apa job harith ni skang ek. i never find him funny

agree. dia dgn afdlin, susah sikit nak buat meols gelak. utk standup comedian, jeffrey dunham tu kelakar lah gak bg meols.
Quote BoongaKertas 9-7-2024 01:44 PM
tp salam takziah di atas news ni. moga anak2 kekal tabah. tp kalau dah mmg toksik sgt marriage tu, jd besties pun better dr berantakan sampai emosi anak2 terganggu.

Lihat semua komen(215)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-7-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.426997 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top