Pelakon Syatilla Melvin tidak dapat menahan sebak apabila anak lelakinya, Syeriv Samheizy yang baru berusia tujuh tahun menjadi imam solat mereka sekitar bulan lalu. Menerusi perkongsian di Instagram, Syatilla ada memuat naik foto memaparkan anak lelakinya itu sedang menunaikan solat serta bangga bangga anaknya sendiri mengetuai solat mereka.
“Sekadar berkongsi, anak kami dah boleh jadi imam. Ya Allah sebak tak habis lagi bila teringat dia minta nak jadi imam saya bulan lepas. “Mengalir air mata kita dalam sembahyang bila dengar anak kita baca bacaan dalam solat. Tak sangka sungguh, dia betul-betul boleh pimpin saya solat Maghrib dekat surau foodcourt. Saya takkan lupa surau tu sampai mati,” luahnya. Sementara itu, Syatilla turut menjelaskan dia tidak memaksa anak lelakinya itu untuk menjadi imam namun Syeriv sendiri menawarkan diri. “Tiada paksaan, dia sendiri mahu. Sekarang saya faham erti bangga yang sungguh bangga. Doakan Syeriv jadi anak soleh dunia akhirat, dapat jaga dan bimbing adik-adik buat kebaikan,” kongsinya. Sumber: Rotikaya Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|