CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Jika Pihak Sana Berkeras, Saya Pun Berkeras Juga. Saya Geram Dan Yakin Di Pihak Benar" - Puteri Sarah Saman Bekas Pekerja RM1 Juta

2-8-2024 01:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9945| Komen: 13





Pelakon Puteri Sarah Liyana, 39, tetap dengan pendirian untuk meneruskan tindakan undang-undang dengan menyaman bekas pekerjanya, Nazatul Nazira.

Memetik BH Online, Sarah yang hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur petang semalam, berkata dia yakin berada di pihak benar dan mahu menuntut haknya.

“Saya failkan dua saman iaitu fitnah dan pecah amanah. Saya mahu perjuangkan hak yang saya tunggu dari tahun lalu. Kita tunggu ada atau tidak jalan penyelesaian.

“Jika pihak sana berkeras, saya pun berkeras juga. Saya geram dan yakin di pihak benar, semoga saya dapatkan kembali hak saya,” katanya.

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan saman dan tuntutan RM1 juta sebagai ganti rugi terhadap Nazatul Nazira yang didakwa membuat kenyataan fitnah.

Ia susulan Nazatul Nazira dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah dan tidak benar mengenai aktres itu antaranya menggelar Puteri Sarah bodoh sombong dan mengambil dadah.


Puteri Sarah turut menuntut individu itu menarik semula kenyataan fitnah dilemparkan dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya.

Apapun, harap kedua-dua pihak dapat selesaikan dengan cara baik tanpa saman menyaman.



Sumber : BH Online








Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 2-8-2024 04:08 PM
Bagi meols yg marhaen lagi hina dina ni, meols rasa nak tergelak plk baca Part kenyataan berbaur fitnah tu.
Part mendadih, yelah boleh dibuktikan sheols tak amek.
Part bodoh sombong tu cemana chuols??

Quote awex^returns 2-8-2024 04:10 PM
aku tengok Nazatul tu dah start keluarkan posting
dan begitu yakin dia akan menang
habislah kau PS
menceceh lagi banyak²
Kalah nanti jangan nangis kat bucu bahu Yindon tu
Quote akido_kido 2-8-2024 04:26 PM
Dua2 cakap yakin menang habis siapa sebenarnya yg salah? Masing2 yakin [em:4:]
Quote hokeypokey 2-8-2024 04:27 PM
Ok jom standy popcorns
Quote Meraki 2-8-2024 07:44 PM
Sape salah sape betul ni
Quote cm_vungtau 2-8-2024 07:50 PM
Entah2 kalau menang pun lawyers fees lagi mahal
Quote sharlenetexas 2-8-2024 07:51 PM
Jangan buang masa mahkamah.


Quote Carcosa 4-8-2024 01:20 PM
Part "Saya geram" tu menampakkan kau sgt tak classy yach.
Lantok ah sapa nak merentan meroyan bila si PS kena hencap tak classy. Kisah plk aku.
PS - Paling Saman. Paling Stupid. Paling Sentap.
Quote Bebawang 4-8-2024 06:29 PM
Aku harap ps ni kalah. Dulu masa zmn dgn sol n ira mmg sokong dia tp lama2 rasa dia ni bingit sgt. So moga dia kalah
Quote TeropongThaico 4-8-2024 06:34 PM
Standby dgn popcorn & air soda jom

Quote bottombikini 4-8-2024 08:37 PM
Carcosa replied at 4-8-2024 01:20 PM
Part "Saya geram" tu menampakkan kau sgt tak classy yach.
Lantok ah sapa nak merentan meroyan bila s ...


sori la walaupun tak suka perangai sol
tapi nehi nehi nak sapot dia ni
Quote Manusiabesa 4-8-2024 08:39 PM
awex^returns replied at 2-8-2024 04:10 PM
aku tengok Nazatul tu dah start keluarkan posting
dan begitu yakin dia akan menang
habislah kau PS

Yindon tu sidai dia beb.
Aku nengok ig aa, xpenah la aa reply comment ps kt comment section.
Pastu rupanya ps kena besaing dgn ayu tinting.
Rkyt sana rupanya ngeshipp aa dgn ATT.
Lmbt lg ps kena sidai klu dok hrp AA
Quote awex^returns 5-8-2024 09:00 AM
aku doakan siapa yang jujur menang, siapa yang teraniaya menang
siapa yang acah² jujur tapi menipu dan acah² teraniaya tapi dialah yang menganiaya orang melingkup

tak kisah PS tau Nazatul

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.059518 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top