CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Paris 2024: Petinju Wanita Itali Patah Dagu Dan Tarik Diri Selepas Ditumbuk Dengan Kuat Oleh Peninju Algeria

2-8-2024 03:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 423| Komen: 1|Original author: YgBenar


PARIS – Petinju Itali, Angela Carini terpaksa menarik diri daripada perlawanan selepas pusingan pertama.

Carini yang turun beraksi menentang lawan dari Algeria, Imane Khalif ditumpaskan hanya dalam tempoh 46 saat.

Khelif menang pertarungan pertama di Sukan Olimpik selepas dibenarkan bertanding dalam kategori wanita welterweight meskipun berlaku pertikaian kelayakannya.

Khelif sebelum ini telah hilang kelayakan bertanding Kejohanan Dunia kerana tahap testosteron.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menegaskan bahawa Khelif telah memenuhi kriteria kelayakan untuk bertanding.

Dalam pertarungan itu, Carini telah ditumbuk dua kali oleh Khelif dalam pusingan pertama.

Pukulan itu dilihat mematahkan bahagian dagu peninju Itali itu sebelum berundur ke belakang.

Carini kembali ke tengah gelanggang dan meninggalkan pertarungan dan menyebabkan Khelif diumumkan sebagai pemenang.


Petinju Itali itu mendakwa sebelum pertarungan bahawa dia ‘hanya boleh menyesuaikan diri dengan peraturan Olimpik’, Carini yang enggan bersalam selepas tamat perlawanan kemudian dilihat menangis di tengah gelanggang selepas tamat pertarungan.

Sumber :  malaysiatribune.news 


Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Dalcott 8-8-2024 10:57 AM
adoii sakit giler

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2026 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.022370 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top