CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Palestin terjejas akan dibawa ke Malaysia untuk rawatan – PMX

5-8-2024 07:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14838| Komen: 51


KUALA LUMPUR – Rakyat Palestin yang terjejas serta mengalami masalah kesihatan akibat serangan reijim Zionis akan dibawa ke Malaysia untuk menjalani rawatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan meneruskan segala usaha dan sokongan kepada rakyat Palestin tanpa tolak ansur.

“Insya-Allah kita akan lakukan sedaya upaya dan akan menyuarakan pandangan tidak kira depan siapa.

“Kita akan bantu yang sakit (atau cedera) sama ada dirawat di sana atau dibawa ke (Malaysia) untuk diberi rawatan,” katanya ketika menyampaikan pidato yang merupakan acara kemuncak pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan akan memperuntukkan sejumlah dana dan akan berbincang dengan pihak Bank Negara bagi tujuan tersebut.

Kata Anwar, beliau juga turut menghubungi beberapa pemimpin negara untuk terus memberikan kerjasama dan dukungan bantuan kemanusian supaya tidak melemahkan semangat rakyat Palestin.


“Saya harap saudara jangan henti bicara setiap hari demi Palestin. Jangan terus berhenti membantu dan bersedia untuk meringankan beban sahabat di Palestin.

“Saya mahu Malaysia terletak di dalam peta sejarah di antara negara yang konsisten dan bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib rakyat Palestin,” ujarnya.



Sumber : KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pinkpunk 5-8-2024 07:56 AM
patutnya pi tolong rakyat sendiri tu. kat hospital gomen tu punya ramai orang susah tunggu queue.. pi lah permudahkan urusan orang kat spital
Quote mehmet 5-8-2024 08:08 AM
Allahuakbar. Apakah ??? Apa lagi kena naik ini.
Quote sayurmayur88 5-8-2024 08:19 AM
tolong sesama muslim tu bagus, tapi rasanya lebih baik bantu rakyat negara sendiri dulu lah..
Quote rospinki 5-8-2024 08:59 AM
Quote Ciktiekus 5-8-2024 09:02 AM
Depe lebih rela syahid kat sana..
Quote edayildiz 5-8-2024 09:24 AM
dorg mana blh tinggalkn negara dorg kot
kalau dh keluar ssh dh nk masuk..
pmx blh tlg halau negro,yindon,myanmar, roghinya tak ek..i kan mlm mlm p jogging i rasa mcm i dk perkampungan negro...ramai nau negro kt kondo ni.
dna org melayu dh bercampur tau..
i pun dh xbrp melayu..
Quote prince_marhaen 5-8-2024 09:56 AM
nnti naik tocang macam chef mamar harga yahudi...
Quote kasibiman 5-8-2024 10:01 AM
kau hantar bantuan kewangan, alatan, headcount sudah la.

fiduciary duty kau sbg pm malaysia adalah kepada malaysia bukan felestin.

eiiii laaaaa L<#$M$!M_!ML{X:A
Quote kotakbaju 5-8-2024 10:08 AM
Jenuh juga tu nak bawak masuk sini. Berapa ramai yang cedera. Tak buleh ka kita hantar kakitangan perubatan untuk bertugas memberi rawatan di sana?
Quote tungkai 5-8-2024 10:36 AM
Nak tolong pun berpada2 lah. Jaga rakyat sendiri dulu. Dah kenapa sibuk2 jadi terpaling concern
Quote scorpionkiki 5-8-2024 10:45 AM
Pmx nak.ambik hati kita...tp tulah, elok fikir bnyk kali dan repercussion atas setiap decision yg govt nak buat
Quote ifanonline 5-8-2024 10:55 AM
bawa masuk wanita dan kanak2 dahulu
Quote fattymah 5-8-2024 11:05 AM
Sebab ni ke patient kena bayar untuk warded kat swasta.. baru nak konek ke dots.. hampeh
Quote sangbara2020 5-8-2024 11:09 AM
tolong la rakyat sndri dlu....ekonomi kita ni bg kuatkan ke...rege myk kasi turun kan ke
Quote CoffeeOverdose 5-8-2024 11:27 AM
melampau sgt ni..rakyat Malaysia la jd mangsa kena tanggung kos perubatan. dhlh ubat mahal skrg. kakitangan medics pun tak byk, hospital kat Malaysia ni pun dh cukup sesak dgn rakyat sendiri. menyampah pulak aku. Humanity pada rakyat Palestine tp pada rakyat sendiri zalim. phuikkk
Quote pejol 5-8-2024 11:29 AM
tengok n setelkan dalam negara dulu oii
Quote TabletSusu 5-8-2024 11:29 AM
sibuk nak tolong org luar sbb nak dpt nama.. rakyat sendiri susah tutup mata je. bawak msuk ramai2 ke sini, sapa yg kena tanggung klu bukan rakyat malaysia jgk?
Quote dua_chzy 5-8-2024 11:32 AM
Patutnya Hamas yang selesaikan masalah rakyat sendiri.
Quote SedihPedih 5-8-2024 12:15 PM
hmm.......... boleh tak fikir dlm2 dulu? jgn nk popular aja

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.062701 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top