CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja perempuan 14 tahun menyamar staf hospital Serdang guna MyKad palsu- KKM

8-8-2024 10:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 46631| Komen: 224



PUTRAJAYA- Remaja perempuan berusia 14 tahun yang bertindak menyamar sebagai staf perubatan di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang dilaporkan menggunakan kad pengenalan palsu bagi mengelakkan identiti dikenali.

Susulan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum berita mengenai remaja yang menyamar sebagai staf hospital itu.

Kata KKM, semalam pihak pengurusan HSIS menerima laporan mengenai tingkah laku mencurigakan seorang individu yang menyamar sebagai kakitangan di situ.

“Tindakan pantas pihak HSIS telah berjaya mengesan identiti individu terbabit dan laporan polis telah dilakukan.

“Siasatan awal mendapati individu tersebut telah menggunakan kad pengenalan palsu,” katanya sebentar tadi.

Mengulas lanjut, KKM berkata, pihak polis juga telah berjaya menahan individu terbabit pada hari ini.


Katanya, kes itu masih di dalam siasatan dan pihak KKM akan memberi kerjasama penuh bagi membantu pihak polis.

Terdahulu, seorang remaja perempuan telah ditahan polis selepas dilaporkan menceroboh dewan bedah hospital selain mengaku sebagai pegawai perubatan dan mahu membantu menjalankan pembedahan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, turut ditahan bersama suspek sehelai baju scrub, seluar scrub dan lanyard hak milik hospital berkenaan.

Beliau berkata, suspek ditahan susulan laporan dibuat kakitangan hospital berkenaan berkaitan seorang remaja perempuan tidak dikenali dalam dewan bedah yang mengaku sebagai pegawai perubatan.

Suspek juga akan dibawa ke Mahkamah Sepang esok bagi permohonan reman oleh pihak polis. 

Sumber: KOSMO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hart_attack 8-8-2024 10:56 PM
Igtkan luar negara,skali msia.
Berani dia mnyamar jadi doctor.
14 tahun kot. Apa yg dia cari sebenarnya
Quote gigahertz 8-8-2024 10:59 PM
hart_attack: Igtkan luar negara,skali msia. Berani dia mnyamar jadi doctor. 14 tahun kot. Apa yg dia cari sebenarnya

i umur 14 tahun tengah main starcraft II.

Quote lolipopmanish 8-8-2024 11:02 PM
Mcm mana bole kantoi ??
Quote Mary_jane 8-8-2024 11:20 PM
Naya betul masuk2 OT terus nak bedah orang.
Quote fefeeling 8-8-2024 11:34 PM
Semangat nak jd dokter ke dik.. keje lebih 12jam ko sanggup dik?
Quote ninja boy 8-8-2024 11:36 PM
Edited by ninja boy at 8-8-2024 11:40 PM

Gigih main doctor2 kunun, org lain pi hospital sesak berdiri jalan berebut lift bau pun x hingin melepak hospital
Quote any42 8-8-2024 11:51 PM
Berani lain mcm bdk ni. Ape yg dia fikir smpai berani ambil tindakan mcm tu.
I nk jejak hospital pun kecut perut. Dia slmba msuk operation theatre
Quote ilahaz 8-8-2024 11:56 PM
Teringat cerita catch me if you can..
Quote Gunama 8-8-2024 11:58 PM
Teruk nyer sekuriti spital? Lokap kan lama2 incl parents skali biar dia rase
Nyawa org nk buat main2
Kuangajo giler!
Quote sukacactus 9-8-2024 12:04 AM
Selalu baca news mcm doktor dgn polis ni kerjaya yg penyamar suka kan?
Quote Carcosa 9-8-2024 12:48 AM
Kau dah kenapa? Menyamar doktor biasa bolehlah aku maafkan sikit, walaupun lahanat jua perilaku.
Ini terus ke surgeon kau berangan ye?? SPM pun tak tau lagi dpt brp A, terus berangan nak jadi surgeon.
Anak sapa ni weiiii? Bwk kan ke mahkamah, mcm budak celaka 12 tahun bwk kereta dgn adik2 2 ekor tu. Puas hati aku dia kena angkut naik mahkamah dgn bapak2 dia sekali. Gembira rasa di jiwa
Quote kaedahnya 9-8-2024 01:15 AM
Aku baca kat twitter budak tu kelaku dia tak macam teenager, tapi ada menangis jugak kena marah dengan Dr sebab apa tah. tak tau la kena marah tu sebelum or selepas kena tangkap tu.
Quote Lampuled 9-8-2024 01:51 AM
Nak tahu jugak bangsa apa budak tu? Dia anak doktor ke? Berani betul. Ioll pegi sepital or kkm facilities memanjang cuak sbb staff bekeng². Jumpa mak guard risau. Tp kalau dia betul minat harap ada org lah guide dia smpai berjaya jd warga kkm. Sbb ioll tgk ramai warga kkm skrg mcm tak minat dgn keje diaorg. Biar bg keje kpd yg betul² ada passionate idok lah muka muncung layan patient lebih kurang je.
Quote dua_chzy 9-8-2024 01:53 AM
Seminggu juga dia sempat main doktor2 sebelum kantoi.

Aku dah pernah komen seblom ni how unketat sekuriti kat public hospital is.

Kau masuk wad jam 3 pagi, kau boleh tembak mati suma worang yang ada kat wad tengah membuta masa tu.

Quote matbad 9-8-2024 01:53 AM
kaedahnya replied at 9-8-2024 01:15 AM
Aku baca kat twitter budak tu kelaku dia tak macam teenager, tapi ada menangis jugak kena marah deng ...

Keberaniannya luar biasa
Quote TOPwind 9-8-2024 04:02 AM
tetek dia besar ke, kecik
Quote None68 9-8-2024 04:07 AM
Dasat tu masuk OT room terus
Quote honeybee1802 9-8-2024 06:39 AM
kaedahnya replied at 9-8-2024 01:15 AM
Aku baca kat twitter budak tu kelaku dia tak macam teenager, tapi ada menangis jugak kena marah deng ...

Dia lom tau mulut surgeon camno...haha..
Tinggi sgt..terus mwnyamar jd doktor...kalo misi pelatih ke mau lama skit menyamarnya...
Selalu dgr org ckp subjek sains mcm skit lg nak jd doktor..kang..dah ado ni..tp biology lom amik la nak oiii
Quote Mimo.mimo 9-8-2024 07:44 AM
Seminggu kan dia jadi doktor? Takkan takde orang perasan? Nak amek darah, cucuk ubat. Explain pesakit sakit apa

Lihat semua komen(224)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.077299 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top