CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Jangan spekulasi video papar warga Bangladesh pakai kemeja-T PDRM

3-9-2024 08:17 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 27362| Komen: 15

 


BALIK PULAU: Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di sini, mengambil maklum mengenai video tular memaparkan lelaki disyaki warga Bangladesh memakai baju-T tertera tulisan 'IPD Barat Daya' dan 'Polis Diraja Malaysia'.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata video itu dikesan pihaknya pada jam 1.30 tengahari tadi selepas dimuat naik pemilik akaun TikTok @muhammad.firdaus025.

"T-shirt berkenaan dibuat sekitar tahun 2016 dan tujuan penggunaan baju-T ini adalah bagi aktiviti sosial seperti senaman, gotong-royong dan sebagainya.

"Sebarang penggunaan baju-T berkenaan tidak ada kena mengena dengan penugasan rasmi PDRM di daerah Barat Daya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Kamarul Rizal menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung video berkenaan.

Terdahulu tular rakaman video berdurasi 23 saat memaparkan lelaki tempatan merakamkan gelagat seorang lelaki yang didakwa warga Bangladesh memakai baju-T tertera logo PDRM dan nama IPD Barat Daya.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 3-9-2024 04:56 PM
motif bangla nak pakai baju pdrm buat aktiviti sosial
Quote Rdizz 3-9-2024 06:15 PM
Kenapa bagi bangla pakai t.shirt berlogo tu? Nk mncuci membersih gotong royong, pakai baju biasa sudah lah. Dah bagi pakai, lepas tu mintk org jgn spekulet pulak, apa punya kepala, cerdik sgt ehh
Quote kakikuDibibirmu 3-9-2024 06:18 PM
suatu hari nanti
pastikan bercahaya
pintu akan terbuka
kita langkah bersama

di sutu kita lihat
bersinarlah hakikat
debu jadi permata
hina jadi mulia



[youtube]a5_H4SUImGY[/youtube]

http://youtu.be/a5_H4SUImGY
Quote TeropongThaico 3-9-2024 08:33 PM
Dkt baju tu takde tulis ke apa2 berkaitan gotong royong tu. Kalau takde mmg tak patut lah blh mengundang salah faham
Quote sharlenetexas 3-9-2024 08:34 PM
Asal boleh je kan?

Quote mawardia 3-9-2024 08:34 PM
Atau mungkin kah he ol ni SB yg undercover?
Assignment he ol ialah menjadi bangla. Who knows kan.
Jgn memain dgn credibility SB yahh.....bab berlakon ni they ol nombor syatu in the world!
Quote sharlenetexas 3-9-2024 08:37 PM
mawardia replied at 3-9-2024 08:34 PM
Atau mungkin kah he ol ni SB yg undercover?
Assignment he ol ialah menjadi bangla. Who knows kan.
Jg ...

Ada yg dari bukit aman menyamar tukang kebun kat rumah timbalan ocpd. Okt tu kena tangkap masa dia balik dari umrah sbb kes jual dadah.

Quote mawardia 3-9-2024 08:39 PM
sharlenetexas replied at 3-9-2024 08:37 PM
Ada yg dari bukit aman menyamar tukang kebun kat rumah timbalan ocpd. Okt tu kena tangkap masa dia ...

Iyer. Biasa je tu. I've seen them in worse characters!
Quote sharlenetexas 3-9-2024 08:40 PM
mawardia replied at 3-9-2024 08:39 PM
Iyer. Biasa je tu. I've seen them in worse characters!

Cer cite uols. Nak tau gak.

Quote mawardia 3-9-2024 09:00 PM
sharlenetexas replied at 3-9-2024 08:40 PM
Cer cite uols. Nak tau gak.

Semua mereka boleh jadi.
Kerja dlm opis, luar opis, dlm longkang, luar longkang, kutip sampah, drug addict, semua they ols boleh tapau.
Namron, Eman Manan, Rosyam Nor tu smua mereka side eye kan aje aacengittewww

Mereka ni ramai dlm kalangan kita. Rupa & penampilan they ol sama je mcm kita civilians ni.

Apa saje tugasan diberi. Mereka mampu buat noks.

Kalau disuruh jadi poremer pun, kena panjat pagar RP 10, kau kumpul la kacang sampai dapat panjat pagar 10. mcm nak mampus nok kumpul kacang sampai level 10.
Quote sharlenetexas 3-9-2024 09:13 PM
mawardia replied at 3-9-2024 09:00 PM
Semua mereka boleh jadi.
Kerja dlm opis, luar opis, dlm longkang, luar longkang, kutip sampah, dr ...


Entah2 ada acik porum kerja SB.

RBA tu dah biasa sangat.

Quote misszazaz 11-9-2024 04:47 PM
amek kat mana tu
Quote shernazz 11-9-2024 05:23 PM
Choi..
Kawan iols.laki dia kena rembat baju hujan polis masa masuk rumah
Padahal baju hujan tu dalam pagar atas moto
Bodo punya indon..sebab masa tu nampak indon tu masuk pagar terus amek n lari..

Kawan iols cakap maybe indon tu dah lama aim


Quote Tinot7 11-9-2024 06:16 PM
mawardia replied at 3-9-2024 08:39 PM
Iyer. Biasa je tu. I've seen them in worse characters!

Camne kaka kenai deme?

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.029960 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top