Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza hanya mampu tergelak berhubung komen mengatakan dirinya tiada 'job', hanya disebabkan sering buat tutorial teknik solekan dalam media sosial. Lebih selesa bersikap hunuzon, Siti atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Taruddin menganggap pihak yang membuat komen negatif mungkin tidak mengikuti perkembangan terkininya. "Ya, saya baru baca semalam dan memang kelakar. "Mungkin tak tahu yang saya baru selesai mengadakan konsert atau mungkin juga dia baru keluar daripada tempurung. "Saya buat 'live' bersolek maknanya saya tengah buat kerja," katanya. Sering berdepan komen negatif dalam media sosial membuatkan penyanyi Aku Cinta Padamu itu percaya komen seperti itu kebiasaannya ditulis oleh mereka yang belum matang fikiran. "Mungkin yang tulis budak-budak sekolah. Biasanya, orang macam itulah tiada benda nak disentuh.
"Tak mengapa, ia tak tinggalkan kesan pun. Kita maafkan sahaja dia," ujar Siti ditemui selepas sesi rakaman Podcast Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 di Balai Berita, Bangsar, di sini, hari ini. Terdahulu, seorang pemilik akaun platform X mendakwa ada beberapa pihak panas hati dan mentertawakan Siti kerana sering mempromosikan produk kecantikannya, SimplySiti dan BeauSiti ketika membuat sesi live dalam TikTok. Tidak mendiamkan diri, anak tiri Siti, Asyraf Khalid tampil membidas tuduhan tidak berasas pihak yang busuk hati itu. Sumber – Harian Metro |
hyie replied at 6-9-2024 12:08 AM
orang tu dah memang jual produk kecantikan dikkkk...lainlah kalau sheols promote dildo masa live tik ...
miss_perfect replied at 6-9-2024 08:21 AM
Kenapa... Gambar... Dia... Macam... Tu?
Scary la.
ADVERTISEMENT