CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Wajibkan sijil halal akan tambah beban peniaga, malukan negara' - Teresa Kok

7-9-2024 10:24 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 80373| Komen: 147

 


Cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan daging babi serta alkohol mendapatkan pensijilan halal berpotensi menambah beban kepada perniagaan termasuk melibatkan ribuan pengusaha restoran Melayu.

Ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata langkah itu bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya selain mungkin menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan di luar negara.

"Apabila kerajaan mewajibkan premis makanan mempunyai sijil halal, ia dilihat akan menambah beban kepada perniaga kecil.

“Walaupun banyak restoran tidak menyediakan daging babi atau alkohol, mereka tidak memohon pensijilan halal. Ini termasuklah ribuan pengusaha restoran kecil Melayu.
 
"Pengenalan pensijilan halal secara wajib akan menambah kos pentadbiran. Pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela, membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, dan bukannya dilaksanakan secara paksa yang akan menambah kesukaran operasi perniagaan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Semalam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilapor mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, menjelaskan ada beberapa langkah yang perlu diambil sebelum ia boleh dilaksanakan.

“Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.
 
“Apabila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal, beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda.

“Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” katanya.

Mengulas lanjut, Teresa berkata pengguna berhak memilih sama ada untuk mengunjungi restoran yang telah disahkan halal atau tidak.

"Pensijilan halal secara mandatori akan menghadkan fleksibiliti perniagaan dan mempengaruhi kebebasan pilihan pengguna.

"Pengawalan yang berlebihan ini bukan sahaja mengekang kebebasan pengurusan perniagaan tetapi juga tidak menghormati kehendak pengguna," tambahnya.

Katanya, Malaysia pada masa ini tidak mempunyai undang-undang sedemikian dan pelaksanaan mandatori ini bercanggah dengan undang-undang sedia ada serta mungkin memerlukan pindaan kepada pelbagai undang-undang.

“Lebih penting lagi, campur tangan ini bertentangan dengan semangat kebebasan ekonomi dan autonomi perniagaan yang sering dianjurkan oleh kerajaan, dan akan memberi kesan negatif kepada kerajaan perpaduan.

“Jika pensijilan halal ini diwajibkan, ia bukan sahaja akan mencetuskan reaksi negatif dalam negara, malah mungkin memalukan negara kita di peringkat antarabangsa," katanya.

Sumber – Malaysiakini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote suri33 7-9-2024 11:24 AM
Memalukan negara apa cibai. Masalah betul bila yg kat atas jenis telan yg haram. Babi dan rasuah dua2 haram.
Quote nikaido 7-9-2024 11:48 AM
ya sukati restoran itu la dia nak lebih ramai pelanggan melayu islam ke tidak. pelanggan juga ada pilihan kl xnak pegi restoran yg xde sijil. tak perlu sampai wajib
Quote serawadurian 7-9-2024 11:50 AM
wajibkan lah pada business owners yang nak cater to muslim community. boleh attract tourists from muslim countries yang duit berkepok macam the middle eastern countries. kok ni kaum kaum dia menjual kat muslims, ambik duit muslims mau. tapi ikut peraturan muslims tak mau. banyak kau punya cantekkkkk!!! kalau tanak ambik sijil halal jgn la pelawa duk attract muslim community. jangan employ maid indon pakai tudung untuk serve. kau suruh je lah orang kau dengan suar katok tu serve. jgn bagi muslims masuk. bagi warning terus cafe/kedai ni tak halal. ada beran? kan consumers general goods and food items kat msia ni majoritynya muslim? instead mudahkan lah proses pensijilan tu biar tak jadi beban. buat task force utk cari kelemahan then improve. takde lah issue menjadi beban lepas tu. itu pon nak kena bagitau?
Quote Skuau 7-9-2024 11:56 AM
serawadurian replied at 7-9-2024 11:50 AM
wajibkan lah pada business owners yang nak cater to muslim community. boleh attract tourists from mu ...

dia cukup faham sikap melayu yg lemah bang...tu yg dia 'berani' ckp camtu...Dia tau Melayu makan dulu..halal haram nanti fikir....
Quote honeybee1802 7-9-2024 11:56 AM
Sijil halal tu bukan takat bab halal je ah soh oiii... berkait dgn kebersihan sekali...cth kitchen tu takleh bercampur barang mentah dan dah dimasak.which is bgs la utk pengguna...cumanya utk peniaga kecil ni agensi berkaitn kena la kaji mcm mana nak sesuaikan..kadang spacenya kecik ke...kadang ooperator pakai pekerja tak cucuk vaksin la...
Quote L.U.S.M 7-9-2024 12:00 PM
Apa masalah nyonya ni

Sebuk masuk campur affairs Muslims!!!
Quote kucingitam 7-9-2024 12:07 PM
wajibkan juga pada peniaga muslim.. ya, peniaga muslim dia ttakkan beli ayam  dari cina.. tapi masalahnya kalau dia beli ayam dari supermarket pon (contoh la) confirm ke ayam tu halal. fishball, fishcake, tofu tu dari pengeluar islam ke? confirm? especially yang meniaga yong tau foo tu. satu lagi bab kebersihan. tu pun termasuk juga dalam kategori halal tu.. betul ke peniaga melayu ni kitchen dia bersih?
Quote orkid_amani 7-9-2024 12:13 PM
Sebetulnya kedai makan yg register under SSM diwajibkan apply sijil Halal tak kisah laa owner muslim @ tak. Tak fair laa kalau typa C & I jaa yg kena apply. Tp type C banyak jual makanan yg target customers diorang type M that y kita as Muslim kena aware pasai Halal ni.
Quote mawardia 7-9-2024 12:14 PM
Ok kalau taknak wajibkan takpe.

Tapi peniaga jgn meroyan kalau takde pelanggan.
Jgn mainkan sentimen racism kalau takde pelanggan nak masuk.

Kalau peniaga (restoran atau gerai tepi jalan) taknak apply sijil halal, that's their choice.

Kalau customer muslim memilih untuk masuk kedai atau beli daripada gerai yg ada sijil halal je, that's their choice.

I ol pun dah tak membeli kat 1 gerai tepi jalan ni lepas kantoi tokey dia amik supply daging drpd supplier non muslim.

Koserrr haku nak percaya dah demer ni.

Selagi boleh tunggang.

Jadi, pilihan di tangan anderrrrr.
Quote sfrnna 7-9-2024 12:45 PM
Dlm byk2 politician, dia ni paling I x suka. Semua yg keluar dari mulut dia macam org x p sekolah
Quote Glass_shoes 7-9-2024 12:59 PM
G minum sesudu sawit sehari lah ah so
Quote axl_bach 7-9-2024 01:03 PM
Dah btol lah dia kata tu..... Keep it optional, buat apa nk mandatorikan.....

Hak peniaga lah nk apply or not, ikut model bisnes dan target market dorg.....

Mmg btol pun berlambak pengusaha kedai melayux apply for Halal Jakim ni, atas pelbagai sebab.....

Penggunalah yg sepatutnya cakna, dan buat pilihan atas pensijilan Halal Jakim, dan juga keyakinan kita sendiri terhadap sesuatu produk.....
Quote Goodluckdontcry 7-9-2024 01:26 PM
Dasar bebal menyibuk selalu psl urusan yg xberkaitan langsung dgn agama dia, ajaran dia, cara hidup dia etc...tp suka sgt jd penyibuk ala cilaka...kalau org berckp general tp tersentuh sikit jer psl kaum dia...melalak mcm anjing salak bukit...mmg perangai ala binatang yg selalu dia mkn... harktuihh

Thailand negara kafir pun kemain ada badan halal sbb nak tarik perhatian negara2 Muslim utk majukan ekonomi dia sbb Thailand melihat sektor halal ni bg pulangan besar dr segi ekonomi dan pendptan negara...ko mcm...eeeee den sakit ati ni...so stopla..den maki sendirian berhad je... kehkehkeh otak seciput tp perasan bijak nak mampus...g mampus la senang... kehkehkeh
Quote bakingsoda 7-9-2024 01:53 PM
Edited by bakingsoda at 7-9-2024 01:54 PM

walaupon sekilas mcm anti islam, tapi betul la yg acik teresa cock ni cakap. kalau nak wajibkan semua peniaga makanan ada sijil halal, bayangkan macik jual kuih/nasi lemak gerai pacak? takkan melayu boleh dpat exception kot padahal ada je kes peniaga melayu kantoi jual mknn kotor/tak halal kan? yg kes nasi ayam hari tu? yg acik kepam tgh sedia mknn kat kedai boleh biar anak kencing kat tepi dia pastu dia pegang bebird anak pastu sambung sentuh mknn balik?! eewww!! jd sebagai pengunna yg bijak dan pentingkan halal haram, sila kunjungi premis yg ada sijil halal jakim je. kan senang? premis pulak kalau nak tarik pelanggan yg strict bab halal haram, usaha dapatkan sijil halal. kan senang? takde la acik2 jual nasi lemak tepi jalan menung nak apply sijil halal walaupon dah guna bahan yg halal, padahal status bahan tu standard kita masak kat rumah je.
Quote TomyamPuteh 7-9-2024 01:54 PM
Bila pemakan babi tegar berbicara tentang babi.Nampak jelas babinya.
Quote nazzse 7-9-2024 02:01 PM
Babi dah start bercakap
Quote akaisora 7-9-2024 02:13 PM
melampau puak ni.besar kepala.dasarrr b.....
Quote axl_bach 7-9-2024 02:15 PM
bakingsoda replied at 7-9-2024 01:53 PM
walaupon sekilas mcm anti islam, tapi betul la yg acik teresa cock ni cakap. kalau nak wajibkan semu ...

Itulah, benda xder isu pun, nk triggered kononnya masuk campur hal Islam bagai....

Ahso ni ckp dari perspektif perniagaan.... Dah kalau mandatori nk ambil sijil halal Jakim, mau marah peniaga melayu kecil2an.... Bkn senang nk comply the regulation....
Quote gigahertz 7-9-2024 02:23 PM
Skuau: dia cukup faham sikap melayu yg lemah bang...tu yg dia 'berani' ckp camtu...Dia tau Melayu makan dulu..halal haram nanti fikir....

cuba tanya ketua dia si anwar ibrahim. kes arak kat sekolah SJKC tu pun anwar takde bunyik
terus menteri perempuan tu kena hentam.

Lihat semua komen(147)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.134688 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top