|
SEREMBAN – Kadar tol lebuh raya yang akan dibangunkan selepas ini boleh dikurangkan sekiranya kos pembinaannya dapat dikawal, selain tidak berlaku sebarang unsur ketirisan dan rasuah. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, wujudnya ‘bayaran-bayaran’ bagi tujuan mempercepatkan kelulusan dalam setiap projek pembangunan sebelum ini juga menyebabkan kos projek terbabit meningkat. Katanya, isu berkenaan sering dibangkitkan sebelum ini dan beliau berharap supaya kos pembangunan lebuh raya itu dapat diteliti supaya tiada kebocoran berlaku. “Saya penah ucap dulu, semasa pengalaman saya dengan UEM di peringkat awal, bagaimana kos itu terpaksa ditingkatkan pada hal boleh dikurangkan kerana terlalu banyak bayaran yang diberikan untuk pantaskan kelulusan. “Ini mesti dihentikan, saya percaya untuk projek-projek seterusnya pastikan kelulusan disegerakan,” katanya sewaktu berucap merasmikan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (Arah Selatan), Lebuhraya Utara Selatan, di sini hari ini.
Sumber – KOSMO! ONLINE |


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-7-2026 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.365070 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.