CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Cara percakapan mereka itu main lepas, tiada pihak yang akan mengawal – Linda Onn kecewa deejay baharu tiada etika

9-9-2024 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16634| Komen: 114

 


Tidak menitiberatkan soal adab dan etika, Linda Onn meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir penyampai radio ketika bertugas di konti.

Kata Linda atau nama sebenarnya Rozlindah Onn, 46, sebagai bekas penyampai radio, dia berpendapat mencampuradukkan bahasa dan tidak menjaga tutur kata menjadi antara kesilapan yang kerap dilakukan.

“Saya sangat menitikberatkan cara penyampaian baharu. Dari sudut etika mereka bersiaran sekiranya mereka tidak mendapat pendidikan cukup daripada pihak atasan seperti penyelia atau pengurus program.

“Cara percakapan mereka itu main lepas, dan tidak pihak yang akan mengawal. Saya tidak kata semua penyampai begitu, tetapi ada segelintir yang berbuat demikian,” katanya dalam temu bual sebuah program hiburan.

Tambah Linda, tidak mengira sama ada penyampai radio berpengalaman atau baharu, etika penyampai itu perlu dipelihara sekali gus dapat memberikan pengaruh yang baik kepada pendengar.


“Saya tidak mengatakan kecewa dengan cara penyampai mereka itu kerana cara kita dulu lain, sekarang lain.

“Cuma adab dan etika di radio itu perlu dijaga tidak mengira sama ada zaman sekarang atau dahulu, supaya pendengar tahu adab sebagai penyampai radio itu bagaimana,” jelasnya.

Pada masa sama, pelakon filem Cicakman 2: Planet Hitam itu berkata, dia kini tidak terikat dengan mana-mana stesen radio selain sibuk menguruskan ‘stesen radio’ sendiri iaitu Onns FM yang bersiaran dalam TikTok.

“Bukan kata tidak boleh melupakan atau tidak. Berhenti mahupun tidak boleh berhenti kerana perkara itu sudah ada dalam diri saya.

“Tetapi buat masa sekarang belum ada ruang untuk saya kembali ke radio. Akan datang siapa tahu akan dipanggil balik.

“Jadi buat masa sekarang, saya buat radio sendiri saja,” katanya.

Linda memulakan kerjaya sebagai penyampai radio sekitar akhir 1990-an dan pernah berkhidmat dengan beberapa stesen radio antaranya Era FM, Sinar FM, Suria FM dan Kool FM. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 9-9-2024 02:34 PM
iols dah tak dengar radio swasta melainkan buletin fm.. iols set dekat kereta radio klasik nasional je
Quote akuHavocczz 9-9-2024 02:37 PM
What to expect kalau semua diciduk dari program mi segera. Takde kelulusan pun. Sama jugak dengan pengacara
Quote Mary_jane 9-9-2024 03:10 PM
Dj bila on air macam bersembang dengan kawan2 kat mamak je.
Quote Sazreena 9-9-2024 03:18 PM
Takde ilmu, tak diberikan ilmu, jadi DJ sebab pemes je.
Quote cikperiukkera 9-9-2024 03:49 PM
Mary_jane replied at 9-9-2024 03:10 PM
Dj bila on air macam bersembang dengan kawan2 kat mamak je.

Betul…paling x suka dgr dorg ber kau aku time bersiaran…pengacara tv pun sama. X alert langsung dgn penggunaan kata ganti yg lebih sesuai & sopan…x buat research pn ye jugak..menceceh syok sendiri dorg ni.
Quote MrsJane 9-9-2024 03:56 PM
Kurex replied at 9-9-2024 02:34 PM
iols dah tak dengar radio swasta melainkan buletin fm.. iols set dekat kereta radio klasik nasional  ...

Alamak sorry. I tertekan report tadii masa nak swipe page ni
Quote kucingitam 9-9-2024 04:12 PM
terima kasih linda menyuarakan suara hati kami2 semua..
Quote Tiggybiru 9-9-2024 04:26 PM
Iols dgr mix fm still boleh diterima telinga
Quote Hoola 9-9-2024 04:34 PM
Kurex replied at 9-9-2024 02:34 PM
iols dah tak dengar radio swasta melainkan buletin fm.. iols set dekat kereta radio klasik nasional  ...

steady bam kurex..
ingat achik aje dgr klasikfm...
megimbau nostalgia nak2 ptg2 drive balik kirija....
gitewww
Quote Orix 9-9-2024 04:36 PM
Sheols gigih betulkan dgan nasi ayam sheols. Buka tutup buka tutup. Tp dekat mytown tu sendu je… nasi ayam sheols ok laa…
Quote Hoola 9-9-2024 04:38 PM
Edited by Hoola at 9-9-2024 04:39 PM

betul linda
mulut org jaman sekrg mmg hagsuang
samada DJ ka, pengacara tv live ka, bos2 muda kat opis ka, mmg krg ajaq!
yg staff kedai outlet ke, staff restoran mkn segera, ke kafe pun sama....sembang sesama depa kat kaunter while im at the counter to pay/take order.eg:ko balik ni nk buat apa ? or tgh borak hal bekas lakinya dgn bini baru while i was shopping and overheard..ko ghase????..omaigoddd xprofesionalima lgsunggggggg!!!!
Quote princessmiang 9-9-2024 04:40 PM
Paling cilaka yg guna “aku, kau, korang” dengan pendengar
Quote mummycomel 9-9-2024 04:43 PM
masalah nya stesyen tv radio ni dari dulu sampai skarang pandang rendah kat  Rakyat Malaysia, ingat kami ni low mentality hadap Sangat dengan pelawak hambar idaman chuols tu... Sapa yang low mentality skarang ni?
Quote Mary_jane 9-9-2024 04:49 PM
cikperiukkera replied at 9-9-2024 03:49 PM
Betul…paling x suka dgr dorg ber kau aku time bersiaran…pengacara tv pun sama. X alert langsung  ...

Dulu dj radio X Fm yang mula panggil kau aku. Berbulu je telinga dengar. And tetiba radio tu dah takde, merge dengan stesen lain ke apa tak pasti. Tapi gen Z sekarang ni boleh je terima kot, zaman dah berubah gitew.

Belum cerita lawak sesama diorang je yang faham & ketawa tak ingat dunia. Betul2 macam sembang kedai kopi.
Quote -Suri- 9-9-2024 04:51 PM
Meols setuju dgn linda
Quote TomyamPuteh 9-9-2024 04:57 PM
Dulu aku suka dgr Kool FM sbb ada Haiza. Sekali Fakenil masuk, tiga tiga aku pangkah terus.
Quote sleepandream 9-9-2024 05:03 PM
bahasa rempit sikit kan...
bahana stesen2 radio amik produk raja lawak
Quote becir 9-9-2024 05:18 PM
Traxx, mix and light fm deejay ok
Quote kotakbaju 9-9-2024 06:18 PM
Kurex replied at 9-9-2024 02:34 PM
iols dah tak dengar radio swasta melainkan buletin fm.. iols set dekat kereta radio klasik nasional  ...

Betul2 menggamit kenangan ni

Dulu2.iols pendengar setia radio klasik. Sekarang tukar ke kedah fm.

Lihat semua komen(114)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.411336 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top