CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Taska ‘jaga’ Al Fateh tak berdaftar dengan JKM, asuh sembilan lagi kanak-kanak

9-9-2024 09:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 41298| Komen: 8

 


ALOR GAJAH – Taman asuhan kanak-kanak (taska) yang mengasuh Muhammad Al Fateh Amri Mohd. Fikry Amri, bayi lapan bulan yang maut selepas disumbat botol susu dan ditekup bantal oleh pengasuhnya didapati tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Kalsom Nordin berkata, taska tersebut pernah membuat permohonan untuk mendaftar pada tahun lalu tetapi tidak mempunyai dokumen sokongan yang lengkap.

“Taska itu belum berdaftar dengan JKM dan sedang dapatkan sokongan pendaftaran dari Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi aspek keselamatan.

“Ia bagaimanapun sudah mendapat sokongan daripada agensi yang lain seperti Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Pejabat Kesihatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, hasil soal siasat pengusaha taska, premis terbabit dipercayai mengasuh seramai 10 kanak-kanak termasuk Muhammad Al Fateh.


“Susulan kejadian yang menimpa Muhammad Al Fateh, seramai dua penguat kuasa JKM melakukan pemeriksaan di premis terbabit pada pukul 3.30 petang semalam, selain turut dihadiri pasukan forensik polis.

“Hari ini, Unit Kanak-kanak (Taska) dan juga Unit Penguatkuasaan JKM sekali lagi hadir melakukan pemeriksaan dan taska ini merekodkan kehadiran 10 orang kanak-kanak termasuk mangsa bayi yang meninggal dunia semalam,” katanya.

Katanya lagi, operasi lak atau sita khas akan dilaksanakan segera setelah pemeriksaan forensik oleh pihak polis selesai dilakukan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308). 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 10-9-2024 02:08 AM
Gittuuuuu sissy.
Quote pinkpunk 10-9-2024 09:28 AM
sian anak2 lain ngan makpak dorang.. adoi aniaya oranglahnak cari taska baru, nak kena bayar registration fees.
Quote yondu 10-9-2024 02:22 PM
i rasa ni bukan pengasuh tekup bantal. i pernah lepas habis SPM kerja sekejap dekat taska2 macam ni, diorang ajar time bagi susu, sendal bantal bawah leher lepastu letak kain keliling supaya botol tu tak bergerak2. Mungkin baby ni dibedungkan lepastu sumbat botol, dia merengek2 lampin dengan bantal tu pun terbalik ke muka. Yang mengasuh pun bz melayan gosip agaknya sampai tak perasan keadaan arwah.

i perasan, ramai juga yang buat style sama. Sendal botol dengan kain @ bantal. Menyusu budak biasanya tak lama kan melainkan bfeed. Kenapa la tak dipegang sekejap botol tu kan, sedih i dengan kes ni
Quote orkid_amani 10-9-2024 03:43 PM
yondu: i rasa ni bukan pengasuh tekup ...
biasa baby 8m dah pandai pegang botoi susu sendiri kalau diajaq minum botoi.
Quote wikedsaikel 10-9-2024 04:13 PM
JKM kena ambil banyak lagi pekerja untuk bahagian khas yg siasat tadika tabika ta ta ka ka. Dah jadi macam ni baru lah nak bising.
Quote nisako 11-9-2024 10:54 AM
sian budak tu
Quote jiwasemangat 11-9-2024 11:11 AM
Kalau tak daftar.. maksud nya.. pekerja tuu tak salah kerr..???
Quote nuryakmal 11-9-2024 12:05 PM
jiwasemangat replied at 11-9-2024 11:11 AM
Kalau tak daftar.. maksud nya.. pekerja tuu tak salah kerr..???

salah la. taska salah, pekerja pun salah.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.054776 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top