MBABANE, Eswatini – Anak perempuan bekas Presiden Afrika Selatan menjadi isteri ke-16 kepada raja memerintah Eswatini, dahulunya dikenali sebagai Swaziland, lapor portal berita Business Insider Africa kelmarin. Nomcebo Zuma, 21, yang merupakan anak kepada Jacob Zuma menjadi isteri Raja Mswati III, 56 dalam satu majlis tradisional, malam Isnin lalu. Majlis tradisional itu diadakan di kampung diraja Ludzidzini di Lobamba, ketika lebih 5,000 orang berkumpul untuk menyaksikan peristiwa bersejarah itu. Isteri baharu itu dilihat menari tarian buluh, upacara tradisional kewanitaan di mana wanita muda berkumpul untuk menyanyi dan menari untuk raja dengan payu dara yang terdedah. Dalam satu laporan oleh Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), pada 2005, Mswati III mengambil Phindile Nkambule yang berusia 17 tahun sebagai tunangnya yang ke-13 dalam satu tarian buluh.
Negara berpenduduk 1.2 juta itu telah diperintah sejak 1986 oleh Raja Mswati III yang tidak asing lagi memilih wanita-wanita lebih muda untuk menjadi isterinya. – AGENSI Sumber – KOSMO! ONLINE |
airfilterkotor replied at 10-9-2024 11:39 AM
Abam Ipan sila cemar duli tred ini.
ifanonline replied at 10-9-2024 11:43 AM
antara negara2 yg masih amal absolute monarch...seronok la raja swaziland
bagi aku, manusia pe ...
airfilterkotor replied at 10-9-2024 12:10 PM
Acik porem taknak dengar ko punya wacana monarki ler.
Lain... wacana yang lain.
ifanonline replied at 10-9-2024 12:25 PM
acik porum nak bijik mereka bergetar melihat raja mswati ke AFK?
primarikey: Raja mswati ni patut pakai braNaik melayut dh tetek diaKlu x pakai bra mau melayut smp ke pusat nt
ADVERTISEMENT