CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Trump akan dedah rakaman UFO jika menang Presiden AS

9-9-2024 09:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 43315| Komen: 88

 


WASHINGTON  – Calon Presiden Parti Republikan, Donald Trump berikrar untuk berkongsi video tentang pertembungan jarak dekat melibatkan objek terbang tidak dikenali (UFO) daripada fail tentera jika beliau dipilih semula sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), lapor portal berita Daily Star kelmarin.

Trump berkata, beliau akan mendesak Pentagon untuk menyahklasifikasikan rakaman video yang didakwa menunjukkan pertemuan dekat dengan UFO.

Ia bertujuan supaya rakaman video itu boleh ditonton oleh masyarakat buat kali pertama. 

Trump memberitahu seorang pengacara media digital, Lex Fridman bahawa beliau pasti akan mendedahkan rakaman rahsia UFO kepada orang awam.

Fridman bertanya: “Adakah anda akan membantu mendesak Pentagon untuk mengeluarkan lebih banyak rakaman (UFO)?”

Trump menjawab: “Oh ya, sudah pasti, saya akan buat itu (mengarahkan rakaman video UFO dikeluarkan). Mungkin ada hidupan di planet lain.”


Beliau berdepan saingan utama, Kamala Harris daripada Parti Demmokrat untuk merebut jawatan ketua negara AS dalam pilihan raya pada November ini. – AGENSI


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 10-9-2024 08:50 AM
wow sangat menarik ni
Quote mrseller 10-9-2024 11:38 AM
Trump start baca mastika kah?
Quote ifanonline 10-9-2024 12:04 PM
maka benarlah wujud area 51
Quote kemaruk 10-9-2024 12:14 PM
Ufo tak semestinya kapatebang alien

Kalau spenda korang terbang melayang ditiup angin dari tingkat 20, tapi tak dapat dikenalpasti pon tetap dipanggil ufo gak
Quote surfin_net82 10-9-2024 12:20 PM
Lain macam pilihanraya kat sana, umpan UFO pun blh..
Quote Mary_jane 10-9-2024 12:24 PM
Tazabar nak tengok ufo ittew.
Quote Radzor 10-9-2024 12:27 PM
sedagheee... kalau saya menanggggg... saya tunjuk video ufooooo
Quote Purestteam1 10-9-2024 02:25 PM
jgn kena game sudah
Quote Firenzza 10-9-2024 03:55 PM
Modal hari ni menang esok turun minyak lagi epic
Quote supernaturalee 10-9-2024 04:10 PM
Radzor replied at 10-9-2024 12:27 PM
sedagheee... kalau saya menanggggg... saya tunjuk video ufooooo




Quote AbukRokok 10-9-2024 04:11 PM
who cares about ufo nowadays?  hanya budak2 pencinta sci fi movie xfile je
Quote clueless_gamer 11-9-2024 06:56 AM
dia ni pandai janji ikut demographic.. betul businesman minded tu digunapakai

dulu masa dia nak naik jadi pesiden.. dia janji dgn geng evengelist yg dia akan iktiraf baitulmaqdis as capital city of serail.. terus mencanak naik rating dia yg padahal dah sendu masa tu.. korang nampak tak permainan dia tu
Quote ultra78 11-9-2024 07:57 AM
Ufo tu adalah mainan jin dan syaitan. Mereka kan boleh menyerupai apa yg masyarakat tempatan obses. Di negara maju mereka menyerupai menjadi bigfoot,alien,ufo etc. Di nusantara sekadar menjadi hantu bungkus aje sebab level pemikiran rakyat tahap tu aje.

Kenapa mereka suka menyerupai alien race dengan teknologi maju? Utk convince manusia untuk percaya yang merekalah yg cipta manusia dan manusia sembah mereka. Ada sesetengah orang sudah berfikiran sebegini.

'Alien' tu bukan dari planet lain,tapi adalah puak jin syaitan yang sudah lama mendiami bumi.
Quote Tinot7 11-9-2024 08:13 AM
Iols pun nak tgk..
Quote lightheaded67 11-9-2024 08:19 AM
Edited by lightheaded67 at 11-9-2024 09:00 AM
ultra78 replied at 11-9-2024 07:57 AM
Ufo tu adalah mainan jin dan syaitan. Mereka kan boleh menyerupai apa yg masyarakat tempatan obses.  ...


kan. aiol stujuk. deme puak j ni lagi gila glemer, nk nmpk top jah. jadila alien.
my preciousssssss. tiber gollum
(sbb tu acik acik dulu ajar kena bolayan je deme, tp mana maunya. kot dpt tgk yg hok ropa tak semenggah, pengsan) (pstu mcm yg kita tau, mmg ade spisis j yg boleh bsidai kat angkasa kan, cuma kalau deme jd spy, deme kena hamput dgn batu ke ape lupa dah, cuma sbb umah kita biasa j tu hantu raya hantu kopek toyol smua tu je, jd terhad pahaman bab j, dorg ade yg jenis sgt handal Allah beri power, tgk kesah nabi sulaiman tu, tp apepon, ikut masing2 nk pcaya mana satu  )
Quote Dwdrum 11-9-2024 08:33 AM
Lobais memang tidak boleh hadam tentang UFO... Yang di cari evidence extraterrestrial life dalam pelbagai form...living matter di outer space... Flying object (UFO) itu bukan living matter tetapi cari pencipta flying object itu ALIEN yang boleh datang dalam pelbagai ropa.. Shape and form ... Lain nya definition alien ini di guna kan kepada manusia or benda asing yang ber beza dari normal... Colony.. Unit... Etcetera seperti pati di consider alien (pendatang asing)... Ini normal term di guna kan di north amerika... British standard aku tidak pasti...
Siapa yang baca buku or tengok documentary (ilmiah) tentang  extraterrestrial ini... Bukan die hard fan sci fi novel or movie.... Depa boleh spot inacuracy dalam movie.. Aku sendiri bukan fan star wars etc...
Quote bulalof 11-9-2024 09:44 AM
the truth is out there.
Quote plywood 11-9-2024 10:42 AM
ultra78 replied at 11-9-2024 07:57 AM
Ufo tu adalah mainan jin dan syaitan. Mereka kan boleh menyerupai apa yg masyarakat tempatan obses.  ...

sedihnya dengar mentaliti nusantara setakat level hantu bungkus hahaha

Quote lightheaded67 11-9-2024 10:49 AM
plywood replied at 11-9-2024 10:42 AM
sedihnya dengar mentaliti nusantara setakat level hantu bungkus hahaha

sama aje dua dua bakalan goreng dek acik teram, sana pon ada acik acik jin lerrrrr

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.703080 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top