CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sultan Ibrahim beri amaran tarik darjah kebesaran jika cemar nama negara

9-9-2024 09:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 41585| Komen: 20

 


PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memberi amaran akan menarik semula darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan jika ada daripada mereka terlibat dengan jenayah, mencemarkan nama negara atau dihukum oleh mahkamah.

Baginda bertitah, semua penerima darjah kebesaran Persekutuan untuk sentiasa jujur, amanah dan menjaga tingkah laku.

“Sekiranya ada penerima yang mencemarkan nama negara atau melakukan jenayah dan telah dihukum oleh mahkamah, maka segala darjah dan pingat kebesaran akan ditarik balik. ‘Good bye to it’ (selamat tinggal kepadanya),” titah Sultan Ibrahim.

Baginda bertitah pada Istiadat menghadap dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Turut berangkat di istiadat yang berlangsung di Balairung Seri Istana Negara itu ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.


Yang di-Pertuan Agong bertitah, Baginda menilai setiap satu pencalonan yang dibawa oleh kerajaan dan banyak pihak yang menaruh harapan untuk mendapatkan darjah kebesaran.

“Ada juga yang terpedaya dan ditipu oleh agen-agen yang mengambil kesempatan. Malah, ramai juga yang melobi saya untuk mendapatkan darjah ‘Datuk’ dan ‘Tan Sri’. Kenapa saya hendak melayan semua ini?.

“Pertimbangan dibuat kepada calon yang betul-betul layak serta yang telah berkhidmat dan berjasa kepada kerajaan, masyarakat dan negara,” titah Seri Paduka Baginda.

Pada istiadat berkenaan, seramai 116 penerima diperkenankan untuk menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat di Istana Negara, hari ini.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 9-9-2024 10:13 PM
datuk menteri yang turun naik mahkamah atas tuduhan rasuah semua tu ke
Quote riyadhK 10-9-2024 01:11 AM
Tarik je tuanku
Quote Farnor 10-9-2024 01:50 AM
Baru jer tengok ada satu babak lelaki chubby menerima pingat di fb. Agong cucuk perut  that guy tak tau ler bergurau atau isyarat undur ke belakang sikit .. Senyum2 malu lelaki tu sambil berlalu.. Agong jeling jer..
Quote stingerkentot 10-9-2024 04:10 AM

Quote clueless_gamer 10-9-2024 08:19 AM
kepala scammer pun ada datok bagai skrg ni.. harap dapat spot check semua pemegang title ni dan revoke mana yg bermasalah.. buang kerakyatan pun boleh sbb ada yg dah melampau sangat tu..
Quote Thunderclouds 10-9-2024 09:06 AM
Kalo pelaku tu kerabat²??
Leh strip title dakk?
Pangai huduh pn leh busukkn nma negara gk.
Quote Thunderclouds 10-9-2024 09:07 AM
Farnor replied at 10-9-2024 01:50 AM
Baru jer tengok ada satu babak lelaki chubby menerima pingat di fb. Agong cucuk perut  that guy tak  ...

Katenyeh tuh dia punyah gardener yistana
Quote Farnor 10-9-2024 09:55 AM
Thunderclouds replied at 10-9-2024 09:07 AM
Katenyeh tuh dia punyah gardener yistana

Gardener pangkat tertinggi dah yer.. Ingatkan kena warning. Haha
Quote Kurex 10-9-2024 10:31 AM
teringin nak jadi gundik istana
Quote Ilgiying 10-9-2024 10:34 AM
Byk dah gelarn dato ni kat malaysia..dah x exclusive..artis yg tah pape pun dpt gelarn dato
Quote Tinot7 10-9-2024 02:08 PM
Kurex replied at 10-9-2024 10:31 AM
teringin nak jadi gundik istana

Nak jadi gundik, bkn ka pompan jahh?
Hang salah jantina lerr..
Quote Kurex 10-9-2024 02:35 PM
Tinot7 replied at 10-9-2024 02:08 PM
Nak jadi gundik, bkn ka pompan jahh?
Hang salah jantina lerr..

kalau gitu nak jadi lelaki simpanan maharaja
Quote fanaz82 10-9-2024 05:11 PM
Ilgiying: Byk dah gelarn dato ni kat malaysia..dah x exclusive..artis yg tah pape pun dpt gelarn dato

yg ni aku setuju. entah sapa2 je blh dpt gelaran dato
Quote Solokkk 10-9-2024 08:18 PM
Malas mak komen. Nanti masuk lokap
Quote B40tastePosh 10-9-2024 08:24 PM
Tengku Goh....tersenyum sinis
Quote B40tastePosh 10-9-2024 08:27 PM
Kurex replied at 10-9-2024 10:31 AM
teringin nak jadi gundik istana

Sisssy
Quote Tinot7 11-9-2024 05:25 AM
Kurex replied at 10-9-2024 02:35 PM
kalau gitu nak jadi lelaki simpanan maharaja

Maharaja ada ka laki simpanan.. deme ada sida jahh..

Quote Orenn1 11-9-2024 05:32 AM
Si gems pata timo tu bagi malu msia mcm mana pulak, ambil cuti sakit g kawin diam2 dgn kokesen seksi walau imej jubah kat tanahair, walaupun sebenarnya dah kawin pun rupanya selama tu, lps tu cerai bini baru tanpa bini tahu, burukkan imej agama dan negara, ada anak siap tak mengaku, ntah apa2 pepuak ni
Quote Nenasketum 12-9-2024 07:37 AM
Banyak cina scammer latok running around. Itu ke yang penting? How about keluar tulisan cina masa hari kemerdekaan? What an insult to rejimen askar melayu.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.034301 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top