PETALING JAYA – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, delegasi Malaysia ke China hari ini memfokuskan kepada memangkin pelaburan dalam industri halal di negara tersebut. Timbalan Perdana Menteri itu berkata, dia memulakan rangka kerja di Shanghai hari ini dengan mempengerusikan mesyuarat pre-council bagi mendengar taklimat tentang perjalanan keseluruhan lawatan rasmi mereka di sana. “Hari ini, sepanjang keberadaan saya di sini, saya akan diapit dengan kehadiran Menteri besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Datuk Rais Yasin dan delegasi dari Malaysia dan Malawakil Malaysia di China. “Memangkin pelaburan dalam industri halal adalah fokus utama kami dalam misi di Shanghai hari ini. Insya-Allah, koordinasi yang efektif antara semua pihak adalah kunci bagi memastikan kelancaran setiap apa yang telah dirancang.
“Doakan kejayaan kami pada hari ni dalam membawa pulang kelebihan yang lebih besar buat rakyat Malaysia,” tulis Ahmad Zahid dalam satu hantaran terbaharu di Facebook rasmi beliau hari ini. Sumber – Kosmo |
ADVERTISEMENT