CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mpox: PKP tidak akan dilaksanakan – Dzulkefly

10-9-2024 03:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15127| Komen: 35

 


SUNGAI BULOH – Kementerian Kesihatan (KKM) tidak bercadang untuk melaksanakan sebarang sekatan termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang cacar monyet atau monkeypox (Mpox) seperti era pandemik Covid-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya telah mengambil langkah siap siaga dan telah menyaring lebih 6.2 juta pengembara yang masuk ke negara ini tetapi kesemuanya negatif.

“Saya berharap situasi Mpox di negara ini tidak dibandingkan dengan negara jiran, Singapura bagi mengelakkan suasana menggusarkan.

“Insya-Allah Mpox tidak akan mengulangi waktu yang sangat kita elak seperti pandemik Covid-19 yang menjejaskan kehidupan seperti sebelum ini.

“Kami tidak bercadang untuk mengadakan PKP atau ‘lockdown’ tetapi saya ingin ingatkan semua jangan terlalu selesa dan sentiasa berjaga-jaga,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sungai Buloh di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha KKM Datuk Seri Suriani Ahmad, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Dr. Ummi Kalthom Shamsuddin dan Pengarah ILKKM Sungai Buloh Robert Wong Kim Han.

Sehingga semalam Singapura dilaporkan mencatatkan 15 kes mpox manakala ketika ini kes mpox di Malaysia kekal sembilan kes yang direkodkan pada akhir tahun lepas.

Dzulkefly mengesahkan sehingga kini sebanyak 52 kes yang disyaki virus Mpox telah didapati negatif dan kebanyakan mereka dijangkiti cacar air.

“Kita telah membuat saringan di pintu-pintu masuk antarabangsa laut, udara dan darat. Alhamdulillah setakat ini negara kita tidak merekodkan kes positif daripada mereka yang disyaki.

“KKM juga bersedia menyediakan anti viral kepada golongan rentan dan imuniti rendah sekiranya perlu bagi mengelak penularan virus Mpox itu.

Sementara itu, pada perkembangan yang lain, Dzulkefly berkata, KKM tiada isu pertindihan bidang kuasa dalam badan berkanun kerana tidak mempunyai banyak badan berkanun malah masing-masing menjalankan fungsinya yang tersendiri.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan menubuhkan Sekretariat Kajian Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan bagi menangani isu pertindihan fungsi dan menjimatkan dana negara.

Kerajaan menubuhkan Sekretariat Kajian Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan untuk menangani isu pertindihan fungsi dan penjimatan dana negara.

Sumber – Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 10-9-2024 03:45 PM
Dengar bulih, pircaya jangan
Quote lipans 10-9-2024 03:52 PM
Kang kena beksin pulak.
Quote sapeka 10-9-2024 04:11 PM
Jgn la pkp
Huhu
Quote Thunderclouds 10-9-2024 05:11 PM
Edited by Thunderclouds at 10-9-2024 05:13 PM

Jadah nk pkp lagi weii
Pakat² seks bebas seks luar tabii ka blaka?
Mpox bukan airborne siyal
Xto la kalo esk² duktur gigih karang cerpen cm zmn kobit dulu nih
Fearmongering at its best
Quote Decaffeinated 10-9-2024 05:17 PM
Kalau straight kenapa nak pkp.
Quote serawadurian 10-9-2024 08:46 PM
iolls tanak komen pasal PKP ke tak. iolls nak komen event manager press conference ni. kenapa hauk sangat setup. meja tak boleh cari besar sikit ke? alas meja pon macam event budak sekolah rendah. backdrop pon takde budget ke untuk buat besar2 cover the background behind all the seats???? ini level munturi kottttt...dan sambutan ulang tahun ke 20.
Quote TeropongThaico 10-9-2024 09:15 PM
Jgn gatal nak paksa org beksin sudah...
Quote gideoncross 10-9-2024 10:02 PM
Say no to PKP, mnyusahkn umat sjagat je
Quote sharlenetexas 10-9-2024 10:06 PM
Thunderclouds replied at 10-9-2024 05:11 PM
Jadah nk pkp lagi weii
Pakat² seks bebas seks luar tabii ka blaka?
Mpox bukan airborne siyal

Gayah gayah sila pakai kondom.


Quote AbukRokok 10-9-2024 11:19 PM
gideoncross replied at 10-9-2024 10:02 PM
Say no to PKP, mnyusahkn umat sjagat je

tapi umat mmg suka pkp....duk belenggang kt umah menari shuffle remix kesana kesini  tggu duit free kerajaan trun dri langit
rindu pkp.JPG


Quote gideoncross 11-9-2024 12:00 AM
AbukRokok replied at 10-9-2024 11:19 PM
tapi umat mmg suka pkp....duk belenggang kt umah menari shuffle remix kesana kesini  tggu duit fre ...

Tringat time tu famous yg carian bab porn mningkat naik lol
Quote gideoncross 11-9-2024 12:00 AM
TeropongThaico replied at 10-9-2024 09:15 PM
Jgn gatal nak paksa org beksin sudah...

Vaccines bkas Corona pun dh tntu expired
Quote TeropongThaico 11-9-2024 12:15 AM
gideoncross replied at 11-9-2024 12:00 AM
Vaccines bkas Corona pun dh tntu expired

Expired tp still boleh guna kata diarg
Quote nisako 11-9-2024 10:52 AM
PKP ape lagi ooooii . mengarut
Quote Noraniza_Iblis 11-9-2024 10:58 AM
semoga nuat tk kene mpoxx
Quote gideoncross 12-9-2024 02:06 PM
TeropongThaico replied at 11-9-2024 12:15 AM
Expired tp still boleh guna kata diarg

Tpi ttap useless
Quote gideoncross 12-9-2024 02:06 PM
nisako replied at 11-9-2024 10:52 AM
PKP ape lagi ooooii . mengarut

Say no to PKP, mnyusahkn org je, nak gi ke kdai runcit dkt rumah pun smua nak mngglabah teks
Quote TeropongThaico 12-9-2024 09:56 PM
gideoncross replied at 12-9-2024 02:06 PM
Tpi ttap useless

Kita sbg raykat marhein yg lemah terpaksa akur....
Baik pak





Dlm hati je...
Quote gideoncross 12-9-2024 11:47 PM
TeropongThaico replied at 12-9-2024 09:56 PM
Kita sbg raykat marhein yg lemah terpaksa akur....
Baik pak

Tu lah kn? Trknang pula msa iol suntik smpai 4 doses. 2 Astra Zeneca, 2 lgi Moderna

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.093216 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top