Semoga kita menjadikan cerita individu ini tentang pengorbanannya terhadap seorang insan bergelar sahabat sebagai pengajaran. Perkongsiannya di Facebook meraih perhatian selepas dia mendedahkan kesilapannya kerana terlalu baik hati dan bersangka baik dengan rakan baik. Cerita individu itu, rakan baiknya itu telah berhutang dengan ah long pada awal tahun lepas namun tidak dapat membayar semula gara-gara bisnes kecil-kecilannya jatuh dan tidak mendatangkan keuntungan. "Pelbagai gangguan dilakukan (ah long) sehingga dia depression. Sebagai rakan dari kecil, tak sampai hati dan saya telah buat personal loan sebanyak RM60,000." Meskipun sedar apa yang dilakukannya agak bodoh namun dia berkata akui berniat baik mahu membantu sahabatnya yang sedang memerlukan. Selepas permohonan pinjamannya diluluskan oleh pihak bank, dia terus berikan wang itu kepada rakannya untuk selesaikan hutang dengan ah long tersebut.
"Dah bincang dengan dia (rakan) untuk bayar saya bulan-bulan dengan jumlah sekian-sekian untuk saya bayar kepada bank." Namun, katanya selepas dibantu sahabatnya itu langsung tidak membayar kembali wangnya seperti yang dipersetujui dan asyik berikan alasan untuk mengelak. "Saya bayar kepada bank seperti biasa kerana saya masih mampu. Sehingga sekarang tiada usaha dilakukan untuk membayar saya walaupun bisnes dia dah okay. Sehingga ada sedikit perbalahan berlaku. Kepada yang pakar, adakah cara lain untuk kawan saya ini bayar tanpa sebarang argument?" Sumber – Beautifulnara |
dua_chzy replied at 10-9-2024 06:12 PM
Anak mati di tangan pengasuh pun, acik kasik salah mak pertikai itu ini. Doubting the bapak buat tho ...
_kelly replied at 10-9-2024 02:09 PM
ye betul..2024 iols berazam untuk jadi orang jahat..what is empathy and humanity? never heard of i ...
dua_chzy replied at 10-9-2024 10:11 PM
Lagik senang survive kalau jahat sebenarnya.
Yang pi bunuh diri tu mana hado jahat2 blako macam Y ...
_kelly replied at 10-9-2024 02:17 PM
kan uols..hidup ini memang tak adil, yang jahat nampak macam senang je hidup..naik pangkat, gaji b ...