CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Janda Rimas Diganggu Guru Besar, Siap Suruh Masuk Office Ajak Kahwin - "CB Tu Berperwatakan Alim, Bersongkok Setiap Masa, Jadi Imam Tapi Gatal!" ...

10-9-2024 09:27 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 34983| Komen: 23

 


Seorang wanita memegang status janda berkongsi satu kisah diganggu oleh seorang lelaki yang merupakan Guru Besar di tempat anak-anaknya bersekolah.

Selepas bercerai, wanita itu telah berpindah ke tempat baharu dan perlu mendaftar anak-anaknya ke sekolah berdekatan, seterusnya perlu sertai group whatsapp sekolah.

"Join grup WhatsApp sekolah yang ada kesemua ibu bapa dan cikgu. Cikgu besar (CB) suka PM tepi (mesej secara peribadi) forward poster-poster agama.

"Tapi timing out, hantar pukul 10 malam mesti pasal AI Mulk dan jam 5 pagi pasal Tahajud. Hampir setiap hari, saya jadi annoyed, saya block."

Selain itu, wanita ini turut berkongsi kejadian semasa hadir ke sekolah untuk mengemas kini rekod anak-anak dan perlu berjumpa Guru Besar.

"Saya nak serah sijil cerai untuk kemas kini rekod sekolah anak-anak kat kaunter pejabat sekolah. Kerani suruh saya jumpa CB dalam ofis dia."


"CB cakap lepas ni boleh kahwin dengan dia. Saya tak respons, anggap dia bergurau, tapi saya tak boleh terima gurauan bodoh macam tu."

"Jijik! Saya terus cakap rushing nak pergi kerja."

Perbuatan wanita itu yang tidak melayan Guru Besar itu ternyata menjadi masalah apabila lelaki tu cuba menimbulkan isu melibatkan anak-anaknya.

"Sekarang nampak macam CB cuba cari pasal melalui anak-anak saya. Tak bagi anak saya tunggu adik dia kat sekolah sementara jam 5 petang."

"Anak saya, si abang tiada kelas agama di sebelah petang sebab dah darjah enam.

Adik dia ada kelas agama. Dia paksa anak saya balik, katanya ada peraturan baharu.

"Sedangkan saya tak boleh nak pergi ambil anak saya awal sebab kerja. Biasa dia balik sekali dengan adik jam 5 petang. Sekarang kena transit pula."

Wanita itu boleh bersemuka dengan lelaki tersebut namun lebih memilih untuk tidak membesarkan cerita.

"CB tu berperwatakan alim, bersongkok setiap masa, jadi imam tapi gatal!"

Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada mana-mana guru di luar sana. Jangan sesekali cuba mengambil kesempatan dan membuat perkara yang boleh memakan diri nanti.

Sumber – mStar, Oh Media

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote theotherfriend 10-9-2024 09:45 PM
Lambat lagi la dapat pembelaan. Enabler kuat dalam sistem sekolah ni. Bocor soalan pun sanggup, ini pulak takat mesej2. Hujung2 yang salah pompuan jugak.
Quote akido_kido 10-9-2024 10:19 PM
Pakai songkok je alim? Dekat indon songkok bukan ke macam biasa je
Quote kaedahnya 10-9-2024 11:51 PM
tinggi pulak keyakinan diri cikgu besar tu nak try makjan
Quote gideoncross 11-9-2024 12:07 AM
Skrg ni nak brcinta pun slh sbb mudh d slh ertikn, ksimpulannya baiklh brcinta in secret
Quote B40tastePosh 11-9-2024 02:02 AM
Sebab tu kena haramkan poligami biar takde orang alim gatal. Dah ada cucu pun nak gatal sebab tak malu dibackup agama.
Quote Purestteam1 11-9-2024 05:11 AM
Cikgu shari (masam² manis) ke tu?
Quote Weller 11-9-2024 05:16 AM
ni try mak budak.


ada pengetua try ngorat cikgu janda/ibu tunggal yg mengajar kat sekolah dia. 2 reject dia, yang ke-3 dia try jadi bini no.2. gilo la....
Quote manop 11-9-2024 08:33 AM
keji nye perangai liberal
Quote fanaz82 11-9-2024 08:55 AM
apa lagi, kumpul bukti report PPD la. bukan main gatal lagi GB. kalau duda boleh la nak consider, kalau laki orang tak payah le
Quote ifanonline 11-9-2024 09:25 AM
ko ingat tok imam kote tak keras ke?
Quote copy_paste 11-9-2024 10:17 AM
layan aje la bg mudahkan urusan ko,
aku dulu masa muda remaja selalu kena g bank uruskan duit kompany layankan aje org bank yg gatal,xkemana pun,pandai2 la mengelak
Quote makciktijah 11-9-2024 10:30 AM
slalu jenis2 bersongkok kopiah ni miang. dr zaman2 IRC, YM dulu mmg jenis gini yg miang.
Quote swateng1 11-9-2024 12:45 PM
BOLEH BUAT ADUAN KAT UNIT INTERGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA YE PUAN, AJAR SIKIT JANTAN SANGAP ACAH2 ALIM PENONGGENG AGAMA MCM TU. ZAPPPPP UI AKAN TURUN TERUS BILA ADA ADUAN.
Quote clueless_gamer 13-9-2024 04:58 AM
safety tips..

kalau nak jumpa seseoang yg kita tau akan cakap benda yg lucah atau melampau kan, pegang phone dan turn on kan voice recorder tu.. letak atas meja hadap ke dia speker tu..

kalau nak lagi elok, beli je spy cam yg mcm clip tu, boleh viralkan kt fb ke tiktok ke biar mangsa lain pun boleh buat laporan juga nanti.. yg paling elok boleh report polis je terus..

benda camni dah jadi sejak lebih 20 tahun dulu.. forumer dlm ni pun ramai yg ade pengalaman dgn cikgu miang ni kan.. tu dah jadi crime pattern bukan lagi kebetulan..
Quote makkenits 13-9-2024 09:59 AM
aku ni bukan J tapi pjj dgn husband atas sbb keja.. kat ofis baru ni, mmg semua tau yg aku pjj sorg2 kat sini dan anak2 semua stay dgn husband.. ada la officemate aku yg perangai sesuatu sgt awal2 aku masuk sini.. suka masuk bilik keja aku dgn alasan suka tgk bilik aku yg kemas dan luas drpd bilik dia.. pastu panggil aku dgn nama yg lain drpd org lain panggil.. cara tgk pun mmg semacam..

sejak tu, mmg aku x layan dan ngelak je drpd selisih dgn dia.. kalo dia dtg bilik pun, mmg aku buat2 sibuk nak kluar jumpa org.. x kira bab aku suka melawan cakap dia lg skrg dia tgk aku mcm aku musuh dia.. baru aman hidup aku skrg ni.. kalo yg tanya kenapa aku x report dia, sbb xde bukti bertulis dan dia xde cakap yg pelik2 yg blh aku record tp kalo ko berdepan dgn dia n tgk body language dia, ko tau la dia tu something...
Quote ifanonline 13-9-2024 10:09 AM
makkenits replied at 13-9-2024 09:59 AM
aku ni bukan J tapi pjj dgn husband atas sbb keja.. kat ofis baru ni, mmg semua tau yg aku pjj sorg2 ...

org pompuan ni kadang2 menuduh sebelah pihak je...ape yg menyebabkan dier jadi mcm tu? ada pepatah mengatakan "lalat akan tertarik dgn taik"

cuba check diri sendiri ada sifat dan berperwatakan taik tak?
Quote makkenits 13-9-2024 10:21 AM
ifanonline replied at 13-9-2024 10:09 AM
org pompuan ni kadang2 menuduh sebelah pihak je...ape yg menyebabkan dier jadi mcm tu? ada pepatah ...

ko jgn start.. aku baru masuk seminggu je kat sini dan as introvert, mmg communication aku dgn anak2 buah aku je.. kalo communicate dgn officemate lain mmg atas dasar keja je, tu pun through office group whatsapp.. kalo xde apa, mmg aku dok sorg2 dlm bilik aku buat keja.. time lunch mmg aku spend dgn anak buah aku (semua pompuan) atau sorg2 je.. lps office hour, mmg xde dah jumpa or msg org lain dlm office tu kecuali anak2 buah (tu pun kalo ada benda urgent).. sampai tahap aku terjumpa ex staf aku (lelaki) sblm ni kat shopping mall pun aku x berani nak ajak dia pi mkn2 sbb nampak x elok aku mkn berdua dgn dia wpun di tmpt terbuka.. so celah mana aku yg trigger perangai x senonoh dia?
Quote aciksenah 13-9-2024 10:22 AM
Memang teruk la kalau GB sanggup buat mcm tu. Tapi Iols nak komen satu je. Memang tak boleh tinggal anak tanpa jagaan macam tu. Walaupun dah darjah 6. Nanti apa2 hal, pihak sekolah pulak dipertanggungjawabkan.
Ayahnya memang tak ambik tau langsung ke pasal anak2. Semua bagi mak yang uruskan?? Awak tu bercerai dengan mak..bukan dengan anak..gituh senanh lazerkan ayahnya..
Quote ifanonline 13-9-2024 10:32 AM
makkenits replied at 13-9-2024 10:21 AM
ko jgn start.. aku baru masuk seminggu je kat sini dan as introvert, mmg communication aku dgn ana ...

kadang2 org pompuan tak sedar punca trigger tu dtg dari diri sendiri...memang lah kita tak perasaan tabiat buruk diri kita sendiri...cuba selidik dan cermin diri balik...

lelaki tidak akan ganggu kalau sesuatu perkara itu tak trigger dier...baik verbal atau non-verbal

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.033882 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top