CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Rakam Untuk Koleksi Peribadi, Pasangan Suami Isteri Terkejut Video ‘Intim’ Tersebar Selepas Suami Jual Iphone Di Kedai Telefon

10-9-2024 09:50 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 36043| Komen: 24




NASIB tidak baik menimpa sepasang suami isteri selepas telefon pintar milik mereka dijual di sebuah kedai gadget.

Menurut perkongsian seorang wanita di laman X, dia dan suaminya terkejut apabila mendapati video tidak senonoh mereka yang dirakam untuk simpanan peribadi tersebar di Internet.

Katanya, dia hairan bagaimana ia boleh tersebar sedangkan suaminya sudah menghapuskan semua data dan melakukan log keluar daripada akaun Apple ID (akaun untuk mengakses perkhidmatan jenama Apple).

Tindakan tersebut dilakukan sebelum menjual telefon lama itu sebagai langkah berjaga-jaga untuk melindungi privasi mereka.

 


Namun situasi ini menunjukkan bahawa risiko data peribadi tersebar masih boleh berlaku jika peranti tidak dihapuskan dengan betul.

Dalam dunia digital yang semakin canggih hari ini, melindungi data peribadi dan maklumat sensitif merupakan perkara yang sangat penting.

Sehubungan itu seorang pengguna di platform berkenaan menasihatkan orang ramai agar tidak menjual telefon yang masih berfungsi kepada pihak dikenali.

Sebaliknya, anda hendaklah menghapuskan dengan cara membakar atau mencairkan peranti tersebut.

Ini bertujuan menghapuskan segala maklumat dan data sensitif yang masih boleh diakses pihak yang mempunyai kepakaran dalam pemulihan data.

Nasihat ini tidak hanya terpakai untuk telefon pintar tetapi termasuk komputer, komputer riba, tablet, dan semua peranti yang menyimpan data dan maklumat peribadi.

Bagaimanapun, jika anda menghadapi video atau data peribadi tersebar, adalah penting untuk bertindak dengan betul dan rasional.

Antara perkara yang anda perlu lakukan adalah dengan melaporkan perkara tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pastikan untuk menyertakan butiran relevan seperti link (pautan) video, tarikh, dan platform di mana video tersebut tersebar, agar siasatan dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.

Kredit: mStar 
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jikookie 10-9-2024 09:53 PM
Pelik la manusia yg suka merakam aktiviti seks dorang ni. Tak tahu apa motif
Quote sharlenetexas 10-9-2024 09:57 PM
Laki tengok bini. Bini tengok laki ajelah. Tak payah nak rakam.

Quote insulin 10-9-2024 10:04 PM
Dalam dunia IT, cara sebenar untuk delete data sensitif adalah dengan menghancurkan alat tersebut secara fizikal. Jangan cuba2 jual atau berikan alat itu kepada orang lain.
Quote akido_kido 10-9-2024 10:13 PM
Edited by akido_kido at 10-9-2024 10:15 PM
insulin: Dalam dunia IT, cara sebenar u ...
itu la pasal hfon rosak atau nak format laptop aku tak pernah hantar kedai.memang tak percaya dorang tak ada curiosity nak explore costumer punya file.rosak aku beli baru je
Quote akido_kido 10-9-2024 10:14 PM
Jikookie replied at 10-9-2024 09:53 PM
Pelik la manusia yg suka merakam aktiviti seks dorang ni. Tak tahu apa motif

Mungkin jenis pjj kot.rindu2 boleh tengok
Quote sukacactus 10-9-2024 11:16 PM
Rakam dlm ingatan udah le kome ni pun
Quote babynina30 10-9-2024 11:25 PM
So dalam gelap ke terang nyah ?
Quote gideoncross 11-9-2024 12:04 AM
Jikookie replied at 10-9-2024 09:53 PM
Pelik la manusia yg suka merakam aktiviti seks dorang ni. Tak tahu apa motif

Kat sini pun ada tpi orgnya dh lama tngglam hahahaha, dh musuh dgn iol pun
Quote gideoncross 11-9-2024 12:04 AM
insulin replied at 10-9-2024 10:04 PM
Dalam dunia IT, cara sebenar untuk delete data sensitif adalah dengan menghancurkan alat tersebut se ...

Ataupn d simpan je, xyah nak buat apa2 kat device tu
Quote gideoncross 11-9-2024 12:05 AM
sharlenetexas replied at 10-9-2024 09:57 PM
Laki tengok bini. Bini tengok laki ajelah. Tak payah nak rakam.

Utk tatapan d malam hri tatkala brseorangan kot
Quote L.U.S.M 11-9-2024 01:06 AM
Lenkali dh tahu fetish tgk rakaman vogel sendiri belila camera DSLR ke camera mini ke..jgn pakai HP

Bodoh!!!
Quote Purestteam1 11-9-2024 05:13 AM
salah sendiri
Quote sapeka 11-9-2024 05:48 AM
Perlu ke rakam?
Quote clueless_gamer 11-9-2024 06:47 AM
aku rasa dia recover files dkt device storage ni bukan dkt icloud.. tp ade je kes file leaks dulu cuma cepat2 diorang cover lah kan
Quote darkness 11-9-2024 06:48 AM
Heran apanya laki bini ni ngesek dan rakam. Sedang yg dalam porum neh pun terhegeh naaakk juga tgk..padahal bukan dia punya hahahha perangai 2x5
Quote Tinot7 11-9-2024 07:03 AM
Apa jadi lepaih tu? Saman? Tindakan undang2?
Quote krustykrab 11-9-2024 07:35 AM
clueless_gamer replied at 11-9-2024 06:47 AM
aku rasa dia recover files dkt device storage ni bukan dkt icloud.. tp ade je kes file leaks dulu cu ...

Kalau factory reset boleh recover jugak ke data2?

Quote pokokmeranti 11-9-2024 07:51 AM
dari dulu mmg tahu klu setakat delete/format standard sebenarnya masih wujud fail tersebut. kena guna software tertentu utk 100% delete.
Quote ina_na 11-9-2024 08:10 AM
Pelik2 je org skrg ni..adalah dia org rakam lps tu tgk n nk upgrade bahagian mana yg perlu... Pakai baju nurse ke,atau pakai baju hello Kitty..hehehe

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.380215 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top