CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Heboh Fazura, Fattah nak bercerai, netizen ungkit - “Macam mana nak berpisah, kalau ke bilik air pun dah rindu”

13-9-2024 11:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 95691| Komen: 32

 


“Macam mana nak berpisah, kalau ke bilik air pun dah rindu.”

Itu pengakuan pelakon Nur Fazura ketika diwawancara genap seminggu bergelar suri yang sah kepada lelaki pilihan hatinya, Fattah Amin pada tahun 2017.

Biarpun jawapan dizahirkan dalam nada gurauan, frasa tersebut menjadi sebutan ramai malah dijadikan bahan untuk mengusik pasangan kekasih atau pengantin baharu.

Tujuh tahun berlalu, hari ini ayat sama diulang seorang netizen dalam ruangan komen sebuah portal berita yang tertanya-tanya punca bintang filem Gol & Gincu itu memfailkan perceraian.

” Dulu Fattah masuk bilik air pun dah rindu, sekarang apa sudah jadi,” tulis seorang netizen.

Ini kerana sejak digandingkan bersama dalam Hero Seorang Cinderella sehingga diijabkabul
pada 27 November 2017, mereka menjadi contoh pasangan selebriti romantis.

Kemesraan kedua-dua artis sensasi itu disukai peminat malah semakin meraih perhatian selepas kelahiran cahaya mata pertama mereka, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun.



Menerusi komen lain, ada juga pemilik akaun mengungkit pengakuan Fattah yang memuji layanan serta sikap positif isterinya ketika mengulas dakwaan kemelut perkahwinan mereka pada Julai lalu.

“Pergi toilet pun dah rindu, dia tak pernah bagi saya senduk nasi dan tuang air sendiri,” kata netizen lain.

Terdahulu, Fazura memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, hari ini.

Isu keretakan rumah tangga Fazura, 41, dan Fattah, 33, hangat diperkatakan dalam media sosial apabila mereka didakwa tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran akaun masing-masing.

Tidak cukup itu, kisah rumah tangga Fazura dan Fattah dibincangkan di sebuah laman sembang hingga menarik perhatian netizen namun kedua-duanya menafikan spekulasi terbabit.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 14-9-2024 12:01 AM
7 tahun dulu, komen ni la juga bikin cikpor2 bengkek sampai mencaci nista.
Quote nolya 14-9-2024 01:31 AM
Ke bilik air pun rasa rindu
itu dulu2, ketika cinta menggebu2
Hari ini, rindu hanyalah sisa2 bahagia
yg terlerai entah kenapa
terasa pahit bagai hempedu
mejadi racun di dlm kalbu
Quote amyfaha 14-9-2024 02:20 AM
Patah ni sejenis jantan playboy senyap yg x guna.  dulu  dia tinggalln sherry ibrahim pun dia Diam tak berkutik terdamparrrr sherry sorang2 kene hadap reporter. Lopa pun dia jugak yg layan 2x5 menggeletis last2 gitu jugak dia tinggalkan lopa.
Quote Rogue98 14-9-2024 03:57 AM
Lain kali gi berak sama2....
Quote Rogue98 14-9-2024 04:03 AM
amyfaha replied at 14-9-2024 02:20 AM
Patah ni sejenis jantan playboy senyap yg x guna.  dulu  dia tinggalln sherry ibrahim pun dia Diam t ...

Takkan nak paksa kahwin dgn orang yg kita tak minat.
And lofa yg dump dia sbb nak kahwin dgn anak raja.
Quote noor2 14-9-2024 04:44 AM
Edited by noor2 at 14-9-2024 04:47 AM

Bodohnya yg ambil kata2 ni...tu kata2 org baru kawin atau tgh syg mmg la...ko ataupun mana2 manusia pun dah kawin lama nanti x de maknanya nk rindu 24jam...

Satu lagi untuk pasangan x yahla nk tunjuk ko bahagia satu dunia dgn kata2 romantis sgt..bila gaduh cerai mcm ni org ambil balik kata2 tu...

Moral: jgn terlalu nk show off
Quote cadarblogsot 14-9-2024 05:38 AM
Rogue98: Lain kali gi berak sama2....
komen win
Quote cadarblogsot 14-9-2024 05:39 AM
Memang terkezut mak dut baca news depa file divorce. Apa pun, ibarat mcm hollywood fazura ni mcm demi moore & bruce willis
Quote gangerina 14-9-2024 07:52 AM
beza umur tu betui kaaa....wow wow...
Quote gideoncross 14-9-2024 02:49 PM
Netz ummah Malaya ni mmg jnis yg mnyembah retis, apa je yg retis post, tu lh yg dorg puja puji pdahal irl, stupun netz ni x thu yg kat internet cuma utk tontonan umum. Behind closed doors xde nya retis tu nak tunjuk
Quote gideoncross 14-9-2024 02:49 PM
noor2 replied at 14-9-2024 04:44 AM
Bodohnya yg ambil kata2 ni...tu kata2 org baru kawin atau tgh syg mmg la...ko ataupun mana2 manusia  ...

Netz ummah Malaya ni sma mcm pminat2 Kpop, apa yg je yg retis/idol tu buat or tunjuk kat internet, tu lh yg bengap2 ni prcya
Quote gideoncross 14-9-2024 02:59 PM
"Dulu Fattah masuk bilik air pun dah rindu, sekarang apa sudah jadi,” tulis seorang netizen"

Hahahahaha, netz Malaya can be so stupid. Ppl can fall out of love lh bitches
Quote sharlenetexas 14-9-2024 03:00 PM
Kali ni kalau cirit birit takde nak rindu dah.

Quote apedehal 14-9-2024 03:01 PM
gideoncross replied at 14-9-2024 02:49 PM
Netz ummah Malaya ni sma mcm pminat2 Kpop, apa yg je yg retis/idol tu buat or tunjuk kat internet, ...

Iols purcaya mana2 ummah negara pun camtu cuma brunei boleh dikira dgn jari ja retisnya ke xda..ntahla iols xkenal mana2 retis brunei..tgk huliwud sana smpai skang pun bgasak team hailey team selena..dr ritu lg nk serang ummah malaya ko dah knp kak
Quote sharlenetexas 14-9-2024 03:02 PM
amyfaha replied at 14-9-2024 02:20 AM
Patah ni sejenis jantan playboy senyap yg x guna.  dulu  dia tinggalln sherry ibrahim pun dia Diam t ...

Jangan lupa, jahlop dating dgn ramos tulang ayam masa dia dgn patahkayu.

Quote sharlenetexas 14-9-2024 03:03 PM
gideoncross replied at 14-9-2024 02:49 PM
Netz ummah Malaya ni mmg jnis yg mnyembah retis, apa je yg retis post, tu lh yg dorg puja puji pdaha ...

Netz ummah brunei macamana pulak?

Quote L.U.S.M 14-9-2024 03:16 PM
sharlenetexas replied at 14-9-2024 03:03 PM
Netz ummah brunei macamana pulak?

Terpaling kepochi.....sibuk artist negara org
Quote L.U.S.M 14-9-2024 03:17 PM
gangerina replied at 14-9-2024 07:52 AM
beza umur tu betui kaaa....wow wow...

Dah 34 dh bamtah..kaka faz next week br 41
Quote Kampungpeoplesz 14-9-2024 03:20 PM
Bila dah nak cerai, habis semua kambus balik ekkkk

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.095678 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top