Bagaimanapun, usaha membawa pulang Hafiz Francis, 43, yang kini lumpuh separuh badan tidak dapat dilakukan jika mereka tidak melunaskan sepenuhnya bil rawatan hospital yang dijangka berbaki sekitar RM150,000. Susulan itu, ahli keluarga Hafiz yang berasal dari Sook, Keningau merayu bantuan orang ramai untuk mengumpul dana bagi menampung kos rawatan tersebut, sekali gus segera membawanya pulang bagi mengelak lebih lama berada di hospital itu. Adiknya, Nur Alisa Humairah, 32, mengakui mereka sekeluarga kini buntu memikirkan kos yang perlu ditanggung sejak enam hari abangnya dirawat di Hospital Asan Medical Center. Menurutnya, dia dan seorang lagi kakaknya yang tiba di negara itu pada Sabtu lalu masih dalam keadaan terkejut kerana memikirkan keadaan abangnya yang terlantar ketika ini. Katanya, dia mendapat khabar duka itu daripada seorang rakan abangnya memaklumkan kejadian tersebut. “Abang saya dikejarkan ke hospital selepas rebah dan memerlukan pembedahan segera untuk mengeluarkan darah beku di kepala. Pembedahan itu berjaya, namun malangnya menyebabkan dia lumpuh di bahagian sebelah kanan badan dan kini sedang terlantar di unit rawatan rapi (ICU) hospital tersebut. “Setakat Sabtu lalu, kami dimaklumkan kos rawatan telah mencecah RM108,201.03 seperti dinyatakan dalam bil dan jumlah ini terus meningkat setiap hari sehingga RM200,000 jika berterusan berada di hospital ini,” katanya kepada Sinar Harian melalui panggilan aplikasi WhatsApp pada Isnin. Nur Alisa Humaira berkata, mereka sekeluarga bercadang untuk membawa pulang abangnya ke Malaysia dengan segera bagi mengelak kos rawatan bertambah. “Kami bercadang mahu membawanya pulang ke Malaysia dan meneruskan rawatan di sana memandangkan kos rawatan bagi pesakit bukan warganegara adalah sangat tinggi di sini. “Perkara ini turut kami tularkan di media sosial dan setakat ini hanya berjaya mengumpul sekitar RM50,000 untuk membayar kos tersebut. “Kini kami memerlukan sekitar RM150,000 lagi baki yang perlu dilunaskan sebelum membawanya keluar dari hospital dan seterusnya membawanya pulang semula ke Malaysia,” katanya. Sehubungan itu, Nur Alisa Humaira merayu kepada orang ramai supaya dapat menyumbangkan dana kepada mereka untuk menampung bil rawatan tersebut bagi membolehkan abangnya dibawa pulang ke Malaysia. “Kami perlu membawa abang kami pulang ke Malaysia, namun pihak hospital memerlukan pembayaran penuh sebelum urusan keluar hospital dapat dilakukan. “Namun kami tidak mampu melunaskan bil yang tertunggak. Kami kini terdesak dan sangat buntu dan amat memerlukan bantuan. Dengan rasa rendah hati, kami ingin memohon sumbangan ikhlas untuk meringankan beban kami. “Orang ramai yang ingin menyumbangkan dana boleh menghubungi saya terus di talian 012-6425698 atau salurkan terus ke akaun CIMB 7056149003, milik saya. “Bagi mereka yang berada di Korea Selatan boleh disampaikan ke dalam akaun Keb Hana Bank di bawah penama Elik Andirios (11692130780937),” katanya.
|
gigahertz replied at 30-9-2024 06:55 PM
Ni kes Ke 3 kan melibatkan warga malaysia di Korea Selatan ?
Minami2013 replied at 30-9-2024 08:19 PM
Moga dipermudahkan urusan.
Ada terbaca pengalaman org yg dtg ke korea utk kerja, mmg teruk kerja b ...
ashilalat replied at 30-9-2024 08:03 PM
Insurans x cover ke? Kat malaysia je kos hospital utk bukan warganergara murah nak mampos. Tu pon in ...
Minami2013 replied at 30-9-2024 08:19 PM
Moga dipermudahkan urusan.
Ada terbaca pengalaman org yg dtg ke korea utk kerja, mmg teruk kerja b ...
SalenaGomez replied at 30-9-2024 08:25 PM
Kalau hospital gomen, caj pada foreigners sama mcm caj di swasta. Cuma foreigners akan oegi juga g ...
ifanonline replied at 30-9-2024 08:01 PM
kalau nak pergi jauh2 kena ambil insurance
ashilalat replied at 30-9-2024 08:28 PM
Hospital gomen mahal ke? Aritu tgk cas bersalin lah, operate lah xde la smpai ratus ribu. Mcm x sa ...
SalenaGomez replied at 30-9-2024 08:30 PM
Xtahu la rate skrg mcm mana. Tapi pernah borak dgn nurse gomen. Kalau bersalin kat gomen, foreigne ...
ashilalat replied at 30-9-2024 08:28 PM
Hospital gomen mahal ke? Aritu tgk cas bersalin lah, operate lah xde la smpai ratus ribu. Mcm x sa ...
ashilalat replied at 30-9-2024 08:32 PM
Bagus la kalau gitu...mmg patut nya letak harga mahal utk foreigner kan.
ADVERTISEMENT