CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fattah bawa diri ‘kerja’ dengan Pak Mat Western - "Tindakan saya mungkin mengejutkan buat rakyat Malaysia"

1-10-2024 12:03 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 44686| Komen: 94


 


Di sebalik kemelut yang melanda rumah tangganya, pelakon popular Fattah kini membawa diri dengan menjual ‘kambing perap’.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 34, dilihat tampil dalam video pemasaran sebuah syarikat terkenal yang dimuat naik di media sosial, hari ini.

Berdasarkan video berdurasi lebih lima minit itu, Fattah memainkan watak sebagai pemilik syarikat terbabit yang mana ia tidak pernah didedahkan sebelum ini.

Dalam video tersebut, meskipun Fattah merupakan pemilik syarikat itu, namun beliau sanggup untuk turun ke lapangan untuk bertemu dengan pelanggan.


Dialog Fattah dalam video berkenaan turut mencuri tumpuan orang ramai yang dipercayai memberi bayangan terhadap situasi yang dialaminya.

“Kita ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk. Lagipun pangkat dan kemasyuran ini semua tidak akan kekal lama.

“Satu hari nanti kita kena kembali kepada-Nya,” katanya ketika ditanya oleh pembantunya iaitu Una.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai memuji kata-kata Fattah yang disifatkan memberi maksud mendalam selain mendoakan agar urusan pelakon itu dipermudahkan.


“Terbaiklah Fattah bawa diri untuk cari rezeki buat keluarga demi sekeping daging kambing,” kata Rumaizi.

“Kata-kata Fattah memang terbaik. Semua ini tak akan kekal dan akan kembali kepada Allah SWT juga,” ujar Adam.

“Kenapa aku rasa jalan cerita ini kena sahaja dengan Fattah. Ibarat kambing perap itu semangat dia dan seluruh negeri sokong dia,” jelas Siti Hawa.

Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dengan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote QueenGambit 1-10-2024 12:11 AM
Ok la dah tak kayu. Latunan skrip pun clear. Mimik
Muka  on point! Love [em:17:]
Quote bintangct 1-10-2024 12:22 AM
bosan je
Quote MatDeghem 1-10-2024 07:00 AM
kalau ini yang terbaik untuk abdol...
dan dengan kebebasan ini membuat dia maju dgn career nya... then go for it.

Tiada orang lebih mengetahui tentang diri kamu melain diri kamu sendiri.





Quote lightheaded67 1-10-2024 07:14 AM
dari jadi biawak lagi malu patah. imej lah hape ngarut aje,bukan kerja jadi bapak ayam
Quote clueless_gamer 1-10-2024 08:57 AM
too much limelight from the public is not good either.. ramai netizen nilah yg  terpaling sempurna, semua org nak di kecam nya nanti..

kau buat jelah apa ko rasa elok, jangan perdulikan suara sumbang yg bersahutan tu ye, hidup depa pun huru hara juga tu, just need to get something to vent off kekdahnya
Quote I.K.A888990 1-10-2024 09:08 AM
lama ngefan kau bang baru tau hang real owner pak mat western haha

Quote mamapea 1-10-2024 09:09 AM
MatDeghem replied at 1-10-2024 07:00 AM
kalau ini yang terbaik untuk abdol...
dan dengan kebebasan ini membuat dia maju dgn career nya... th ...

aku nmpk fa mmg bebas btl...sorry la kalau aku ckp mcm masih dok kejar glamer...
Quote Hypothetically 1-10-2024 09:11 AM
Good luck fattah, mungkin ada hikmah di sebaliknya, semoga fattah terus maju dan maju. Never gives up. Create the best version of u, all the best.
Quote alien88 1-10-2024 09:12 AM
Pak Mat Western ni kalau buat promo kemain ya, laju ambk artis yg isunya tgh panas
padahal makanan dkt Pak Mat Western tak pernahnya panas dgn service slow
apa2 pon bam pattah npk herlok dlm iklan ni.. doa yg baik2 utk 3F
Quote manehnya 1-10-2024 09:14 AM
motip?
Quote menjad 1-10-2024 09:20 AM
Bagus lah fatamin tak nampak tenggelam dik masalah rt... kerja terus xder nak up2 status terpaling
Quote sr10 1-10-2024 09:25 AM
Edited by sr10 at 1-10-2024 09:26 AM
mamapea replied at 1-10-2024 09:09 AM
aku nmpk fa mmg bebas btl...sorry la kalau aku ckp mcm masih dok kejar glamer...


Dia Masih muda, nama pun bidang hiburan. Bior la. Yg tua pun dok terkejar kejar glamor. Yg tua pun Masih suka berhibur konsert sana konsert sini.
Quote fattymah 1-10-2024 09:25 AM
Pak mat herlok noh
Dahsyat stokis...ramai fomfuan
Quote hyie 1-10-2024 09:27 AM
bamtah helok dalam video ini iya..okje kan lakonan heshe, macam ni la sejak beberapa tahun lepas, acik netizen je yang masih stuck kat lakonan heshe di zaman awal kemunculan heshe lepas menang hero remaja yihhh
Quote cikus 1-10-2024 09:53 AM
Move forward ja bamtah...dah mokcik tu x mou dah susah senang bersama....
Quote MatDeghem 1-10-2024 09:54 AM
mamapea replied at 1-10-2024 09:09 AM
aku nmpk fa mmg bebas btl...sorry la kalau aku ckp mcm masih dok kejar glamer...

boleh tak bg mat kata....demi sesuap nasi.
Quote fanaz82 1-10-2024 09:56 AM
pak mat western sauk semua artis panas2
Quote cikus 1-10-2024 09:56 AM
Mna ada retis lelaki...buh tepi fan clubnya....sbb ngalah @ hormat kat biniey...la nie baru bangkit balik...
Quote Fazzbulous 1-10-2024 10:05 AM
gini la bru sesuai dgn level bamtah..yaa dak?hihihi...

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.037358 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top