CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Emma Maembong, Suami Sahkan Sudah Bercerai Secara Baik, Sudah Habis Idah

8-10-2024 12:27 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 39462| Komen: 49

 


Tiada angin tiada ribut, pelakon Emma Maembong mengesahkan dia dan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar sudah bercerai secara baik.

Memetik Harian Metro, Emma berkata tempoh idah sudah pun habis, Emma berkata dia sedar krisis rumah tangganya hangat diperkatakan di forum gosip namun memilih berdiam diri.

Menurut Emma lagi, dia masih lagi memuat naik gambar bersama bekas suami demi menjaga emosi anak-anak.

“Saya sebolehnya cuba menutup kisah peribadi saya walaupun saya menerima banyak panggilan telefon daripada rakan-rakan media sebelum ini.

“Sebenarnya tujuan saya masih memuat naik foto bersama bekas suami di Instagram hanyalah untuk menjaga emosi anak-anak supaya mereka tidak terkesan dengan perpisahan ini. Saya nak anak-anak saya melihat keluarganya masih bahagia,”katanya.

Sementara itu, Emma enggan berkongsi lebih lanjut bilakah perpisahan itu berlkau kerana baginya ia bukan perkara yang indah untuk dikongsikan.


 

“Bagi saya, perpisahan ini bukan satu berita yang patut dibanggakan dan sebab itu saya mengambil Langkah berdiam diri dan tidak bercerita kepada orang luar atau buat sebarang pengumuman.

“Namun, disebabkan hari ini saya menerima panggilan anda (media), saya rasa sudah tiba masanya untuk beritahu kepada umum supaya ia tidak lagi ditanya. Saya akui perkahwinan ini bukan satu perjalanan yang mudah. Banyak dugaan yang perlu ditempuh,”katanya.

Dalam pada itu, Emma bersyukur hubungannya dengan bekas suami masih baik dan masing-masing reda dengan perceraian yang berlaku serta menganggap ianya proses untuk memperbaiki diri ke arah lebih baik.

“Fokus kami sekarang adalah membesarkan anak dengan sepenuh kasih sayang. Walaupun sudah tidak bersama, kami akan tetap buat aktiviti keluarga bersama-sama dengan dua cahaya mata kami,”katanya.

Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.




Sumber - Harian Metro, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akido_kido 8-10-2024 01:38 AM
Satu2 boleh tak.kes fatzura pun belum khatam lagi hok aloh
Quote Ciktiekus 8-10-2024 07:25 AM
Baru dapat baby je kan baru baru ni
Quote pinkpunk 8-10-2024 07:54 AM
tenggelam dia ngn kes mekjura... tapi bagus. ramainya kelab janda msia ni ye.. bilalah myollsnya turn
Quote emera 8-10-2024 08:00 AM
Pajurah, ko tgk ni. Elok je x memekak sana sini.
Quote kimimo 8-10-2024 08:13 AM
emera replied at 8-10-2024 08:00 AM
Pajurah, ko tgk ni. Elok je x memekak sana sini.

Setuju!!! Padahal pajura tu dalam kategori next level lahh sebelum2 ni kalau nk dibandingkan dgn emma kembong ni yang nampak busuk selama ni tapi yang nampak busuk ni jugak bagus time cerai takde nak melalak sana sini. duhhhh
Quote Sendawg 8-10-2024 08:16 AM
Can I claim her?
Quote nanasno 8-10-2024 09:22 AM
sayang nya, baru dapat baby and anak diorang cute gila.
Quote nazzse 8-10-2024 09:49 AM
yg ni baru terasa nak ucap takziah. Pandai emma kawal keadaan, tak burukkan ex. Different level wlpun dua2 janda tak habis sekolah.

Salute emma
Quote dagusengett 8-10-2024 09:51 AM
Ohhh takziah
Wonder what happen
Quote kucingitam 8-10-2024 09:59 AM
emma ni kalau dgr dia bercakap dlm temuramah tersangatlah matang.. sayang la anak2 comel,
Quote Nnasda53 8-10-2024 10:04 AM
Setakat ini saja jodoh depa.
Apa pun semoga masing2 berbahagia.
Quote chandrahusin 8-10-2024 10:09 AM
sayangnya, anak2 diorg super cute
Quote hayrin86 8-10-2024 10:17 AM
Persoalannya, bila bercerai? Jadi macam kes Jaclyn Victor yang merahsiakan tarikh bercerai sudah..
Quote shinyoung 8-10-2024 10:22 AM
Nmpk emma matang handle situation.. Dia tahu dia public figure orang nak tahu cerita tapi dia gigih tutup mulut & x gelabah nak bercerita dekat wartawan or tulis berjela dekat ig.. Dah habis iddah baru announce.. Molek kan begitu.. Adik beradik, PA pun xde nak drop hint bg org speculate mcm2.

Semestinya dia pun ada kisah perceraian dia sendiri tapi still secretive. Hopefully emma boleh cool until the end. Be good coparenting & dont hold grudges dkt each other kesian anak2..
Quote Sendawg 8-10-2024 10:22 AM
hayrin86 replied at 8-10-2024 10:17 AM
Persoalannya, bila bercerai? Jadi macam kes Jaclyn Victor yang merahsiakan tarikh bercerai sudah..

Kalu dah habis iddah tu maknanya bulan 6-7 haritu lah kot.
Quote cikus 8-10-2024 10:25 AM
Terbaeek emma & x hubby....family,adik beradik, in laws, PA...semua tutup mulut...tutup aib pasangan wlpon tahu masing2 ada kelemahan masing2...
Quote NazRysha 8-10-2024 10:31 AM
encemnya laki emmma
adoi ema
beranak la anak pompuan dulu
Quote seri_mawr 8-10-2024 10:39 AM
tang ni boleh puji emma ni....

maybe penceraian berpunca dari diri sendiri kadang tu yang memilih berdiam diri.....
Quote Wawal 8-10-2024 10:40 AM
Wehhhh tibehhhh. Takpelah. Semoga dipermudhkn bsr kn ank2

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.097328 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top