CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Netizen Terkilan Dolla Cemarkan Baju Celoreng Tentera

11-10-2024 01:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 25206| Komen: 20

 


Baru-baru ini penampilan kumpulan Dolla memakai baju celoreng tentera ketika membuat persembahan di Hausboom Music Festival 2024 menjadi perhatian ramai.

Tidak kurang juga, ada yang meluahkan rasa terkilan serta mendakwa kumpulan itu mencemarkan baju celoreng tersebut apabila berjoget sakan ketika membuat persembahan lagu Damelo.

Difahamkan, video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok itu telah pun dipadam selepas dikecam oleh netizen.

 
Meskipun video itu telah dipadam namun pengguna Facebook yang dikenali sebagai Hafiz Azri terkilan dengan video berkenaan serta mempersoalkan adakah pihak penganjur lupa untuk merujuk badan bertanggungjawab.


Setakat ini masih tiada kenyataan mahupun penjelasan daripada pihak Dolla mengenai isu berkenaan.


SUMBER: Ohmymedia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 10-10-2024 11:17 PM
Go die with your terkilan.

Creativity killer.
Quote rayna_raynes 11-10-2024 02:21 AM
Overnya, bukan dia pakai uniform tentera Malaysia full pun. Corak tu universal, namanya camo print
Quote Thunderclouds 11-10-2024 08:59 AM
Tu la pentingnya edukesyen.
Sejak bila camo print ni eksklusif utk askar aje??
Pekat molek bodohnye.
Quote A-Are 11-10-2024 09:09 AM
abeh macik2 zumba pakai legging design askar tu boleh pulak...
Quote hannan_rayyan 11-10-2024 09:16 AM
yang dolla pakai bukan uniform tentera tapi pakaian menggunakan material jenis camouflage print, and this camou print is universally use for mcm2 design tidak tertakluk kepada uniform tentera sahaja
Quote areyam 11-10-2024 09:32 AM
Sampai sekarang tak berani pakai kargo corak camo.... sbb ada dengar kata askar marah.... nnt tang tu jugak kena tanggal seluar tu....
Quote belilies 11-10-2024 10:08 AM
Bodohlh hafizi azri ni. Kalo pattern tu dah patented under army takpelah jugak. Tu pattern CAMOUFLAGE kot! Bongok. Malu nak ngaku dia ni jadik hasben, bengap.
Quote surfin_net82 11-10-2024 10:09 AM
Camo print color and design setiap negara dan organisasi adalah berbeza- beza. Kalau betul dorg pakai camo print ekslusif design ATM..mmg patut kena sound. Kalau camo print ntah pa pe beli kat shopee..lantak dia la. Gambar xjelas.
Quote apedehal 11-10-2024 10:12 AM
Kalo ko nak pikir terkilan ko dr dlu dah boleh terkilan..ramai kut guna pattern camo ni buat bmcm jenis pesen
Quote DeLuna85 11-10-2024 10:15 AM
surfin_net82 replied at 11-10-2024 10:09 AM
Camo print color and design setiap negara dan organisasi adalah berbeza- beza. Kalau betul dorg paka ...

Setuju
Quote s@s@ 11-10-2024 10:48 AM
surfin_net82 replied at 11-10-2024 10:09 AM
Camo print color and design setiap negara dan organisasi adalah berbeza- beza. Kalau betul dorg paka ...

ya betoi...

Quote electricopop 11-10-2024 11:10 AM
Camo print memang Malaysia je ke ada? Alahai dia ni pun...
Quote dagusengett 11-10-2024 11:39 AM
Kat decathlon pun ada print camo ni
Salah ke pakai
Lol
Quote supernaturalee 11-10-2024 11:42 AM
areyam replied at 11-10-2024 09:32 AM
Sampai sekarang tak berani pakai kargo corak camo.... sbb ada dengar kata askar marah.... nnt tang t ...

heyyy melanggar hak asasi berpakaian
takde sape blh simply2 suruh org bukak pakaian
even polis pun kena tunjuk waran

tlg jgn spread 'awareness' yang totally salah ni


Quote EncikRhoma 11-10-2024 01:24 PM
Buto...bukannya diorang pakai full uniform ada lambang tentera. Spender corak tu pun ada la orang jual seluruh dunia
Quote mawardia 11-10-2024 06:48 PM
Unless diaorg amik uniform TDM yg ori kemudian purposely custom uniform tu untuk show ni, tu memang lahanat la perangai sebab tu uniform army kita kot.........TAPI ni bukan uniform TDM kan jadinya mohtippp sojar loreng nak terasa hati????????????
Quote anilanil 11-10-2024 07:22 PM
Kat soppie & ladaza bersepah corak camouflage ni dari t-shirt sampai ke bedsheet. Uniform fake pon ada utk budak2 sambut hari kanak2 tapi mmg hodoh la kalo kain camouflage ni dibuat design baju seksi. Ko pulak menari menggelupur atas stage mmg la tak kena. Kalo budak yg buat yer comel.
Quote rayna_raynes 11-10-2024 07:26 PM
anilanil replied at 11-10-2024 07:22 PM
Kat soppie & ladaza bersepah corak camouflage ni dari t-shirt sampai ke bedsheet. Uniform fake pon a ...

spender dengan baju dalam pun berlambak yg camo print haha

Quote kucim 11-10-2024 11:20 PM
Edited by kucim at 12-10-2024 01:04 PM

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-12-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.099955 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top