CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia bakal muncul hab pusat data ketiga terbesar Asia selepas Jepun dan India

30-10-2024 10:49 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 30328| Komen: 3

 


KUALA LUMPUR: Malaysia berada di landasan untuk menjadi pasaran pusat data ketiga terbesar di Asia selepas Jepun dan India, yang memanfaatkan sektor utama antaranya utiliti, tenaga boleh baharu (TBB), hartanah dan telekomunikasi, demikian menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

Dalam satu nota hari ini, bank pelaburan itu berkata masa depan industri pusat data Malaysia dilihat cerah berikutan permintaan global terhadap infrastruktur digital terus berkembang dan peranannya dalam ekosistem pusat data dijangka meningkat.

Perkembangan pusat data di Malaysia mengalami pertumbuhan yang ketara, dengan pelaburan yang diluluskan berjumlah RM114.7 bilion antara 2021 dan 2023.

HLIB berkata, Malaysia mempunyai sumber elektrik dan air yang berpatutan dan mencukupi, menarik penubuhan pusat data kerana ia menggunakan sejumlah besar kedua-dua sumber ini, serta pengendali pusat data antarabangsa yang memberikan mereka akses kepada sumber TBB.


"Memandangkan pusat data menggunakan tenaga elektrik dengan banyak, penting untuk meningkatkan penggunaan tenaga yang dijana oleh TBB bagi memastikan objektif sifar bersih Malaysia tercapai.

"Kami menganggarkan secara kasar 35 hingga 40 gigawatt (GW) TBB diperlukan (dengan mengandaikan solar) untuk menjana 7.2GW pusat data," katanya.

Sementara itu, bank pelaburan itu berpendapat selain elektrik dan air, sambungan jalur lebar yang tinggi menjadi utiliti kritikal ketiga dalam industri pusat data.

"Ketersambungan di sini merujuk secara khusus kepada gentian dan bukan sahaja dengan liputan domestik, tetapi juga jangkauan meluas hingga ke sempadan antarabangsa.

"Gentian yang menghantar dan menerima data pada kelajuan cahaya telah menjadi prasyarat untuk rangkaian antara pusat data, korporat, pembangun dan pengguna akhir," katanya.

Di samping itu, lonjakan dalam pelaburan pusat data juga membuka peluang baharu kepada pemaju hartanah.

Pemaju dengan tanah yang sesuai untuk pembangunan pusat data boleh menjual tanah secara terus, membina dan memajak pusat data kepada pengendali atau turut serta mengendalikan pusat data itu, kata HLIB.

Selain itu, ia berkata di bawah sektor pembinaan, kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) yang canggih adalah penting untuk pusat data moden, yang memerlukan konfigurasi lanjutan dan langkah keselamatan siber.

"Kami menganggarkan terdapat nilai pembinaan pusat data bernilai RM130 bilion hingga RM228 bilion (berdasarkan saluran paip beban IT 4.5 hingga 5.1 GW) dan ini akan menjadi rahmat bagi pembina pusat data yang bereputasi," katanya. -BERNAMA


Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 31-10-2024 08:00 AM
Penang sudah panggil penang bay (greater bay are)... Fefeling begitu
Quote ultra78 31-10-2024 09:00 AM
Dengan menjadi hub data centre besar di Asia, diharap banyak local IT company yang ambil peluang untuk provide product & service mereka. Kita tidak boleh hanya cari makan dari syarikat dari luar.
Quote PULANGKAN 31-10-2024 12:24 PM
harap2 tak u-turn lah

risau je. pum pam pum pam dalam media, kebanggaan negara, tiba2 cancel plan macam sebelum2 ni

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.035848 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top