|
BEIJING: China berjaya melancarkan kapal angkasa lepas Shenzhou-19 dengan roket pembawa Long March-2F dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, barat laut China, awal pagi tadi. Sepuluh minit selepas pelancaran pada jam 4.27 pagi, kapal Shenzhou-19 berpisah dengan roket dan memasuki orbit ditetapkan. Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA) berkata, kru angkasawan terbabit berada dalam keadaan baik ketika ini. Menurut rancangan, kapal Shenzhou-19 akan bercantum dengan kombinasi stesen angkasa lepas. Selepas itu, kru Shenzhou-19 akan melakukan pertukaran syif dengan kru Shenzhou-18 di orbit. Selain itu, angkasawan Shenzhou-19 akan menjalani aktiviti luar kenderaan (EVA) beberapa kali untuk melakukan eksperimen fizik asas graviti mikro, sains bahan angkasa, sains hayat angkasa, perubatan angkasa, teknologi angkasa dan lain-lain. – BERNAMA-CMG
Sumber : Berita Harian |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-3-2026 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.039085 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.